Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas
Monday, 05 January 2026
31 Disember 2025
10 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir sekaligus menyempurnakan pelancaran Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas di Encore Melaka.
Moga tahun baharu ini membuka lembaran penuh harapan, kekuatan dan kejayaan buat kita semua.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka
Monday, 05 January 2026
30 Disember 2025
9 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir je Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Masjid As-Solihin, Paya Rumput.
Turut hadir YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim & Pengurusan Bencana Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, diteruskan dengan bacaan surah Yasin, Doa Selamat yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Kemudiaanya jemaah bersama-sama mengalunkan Zikir Munajat dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.
Semoga Allah menerima segala kebaikan kita sepanjang tahun 2025 serta mengampuni segala dosa kita.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Perpisahan YBhg. Datuk Haji Ahmad Sazali bin Omar, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka
Tuesday, 30 December 2025
29 Disember 2025
8 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan YBhg. Datuk Haji Ahmad Sazali bin Omar, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YB. Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Melaka Berselawat Sempena Ambang Tahun Baharu 2026
Monday, 29 December 2025
27 Disember 2025
6 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Melaka Berselawat Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 di Dataran MBMB malam tadi bersama lebih 5,000 pengunjung.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Habib Ali Zainal Abidin AI Hamid yang menyampaikan tausiah dan selawat yang telah dipimpin oleh Kumpulan Ahbabus Sham & Hadra Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YTM Kolonel Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; dan YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang
Monday, 29 December 2025
26 Disember 2025
5 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang.
Sebelumnya TYT Tun Seri Setia hadir ke majlis penyerahan kaki palsu cetakan 3D kepada En. Nordin bin Kadir telah berlangsung di Kampung Bakar Batu, Kandang.
Kaki palsu ini merupakan hasil penyelidikan oleh penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan dihasilkan menggunakan teknologi pembuatan tambahan moden Selective Laser Sintering (SLS). Reka bentuknya yang ringan serta dilengkapi lubang pengudaraan bertujuan meningkatkan keselesaan dan fungsi harian pengguna.
Projek ini direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama pihak industri Kedidi Global Sdn. Bhd., dengan sokongan dana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai inisiatif berimpak sosial yang menggabungkan kepakaran akademik, teknologi, dan keperluan komuniti.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Pernikahan Anak YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka
Monday, 29 December 2025
25 Disember 2025
5 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Pernikahan Anak YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka iaitu Cik Laili Nurlaila binti Ab Rauf & Pasangannya, Encik Muhamad Faiz bin Juhari yang berlangsung di Seri Bendahara, Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Dinner Ceremony in Conjunction with the 30th Anniversary Celebration of the Gao Feng Malaysia Lion and Dragon Dance Association
Monday, 29 December 2025
December 24, 2025
29 Hours 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, who in-Pertua Negeri Melaka completed the Inauguration of the Dinner Ceremony in Conjunction with the 30th Anniversary Celebration of the Gao Feng Malaysia Lion and Dragon Dance Association.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025
Monday, 29 December 2025
23 Disember 2025
28 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir anjuran sekaligus menyempurnakan Pelancaran Buletin Impak NGO Malaysia anjuran Yayasan Generasi Malaysia (YGM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Press di Kuala Lumpur.
Turut hadir YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed Bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol; YBhg. Tan Sri Profesor Dr. Abdul Latiff Bin Abu Bakar, Pengerusi Yayasan Generasi Malaysia dan YDH Inspektor Jeneral Dato’ Sri Haji Mohd Khalid Bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara.
Peranan NGO adalah penting sebagai pelengkap kepada dasar Kerajaan, bahkan ada terkadang inisiatif yang dimulakan oleh NGO kemudiannya dijadikan dasar oleh Kerajaan. Begitulah peri pentingnya peranan NGO dalam negara ini. Mereka menjadi penghubung di antara cita-cita nasional dan realiti sebenar rakyat di lapangan.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025 antaranya kepada YDH Inspektor Jeneral Dato’ Sri Haji Mohd Khalid Bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara yang dianugerahkan Anugerah Khas Pemimpin Terbilang 2025.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pameran Apresiasi Seni Karikatur Sasterawan Agung Negara
Monday, 29 December 2025
21 Disember 2025
26 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Pameran Apresiasi Seni Karikatur Sasterawan Agung Negara yang diadakan di Galeri 3D World Youth Foundation, Bandar Hilir.
Pameran Apresiasi Seni Karikatur Sasterawan Negara ini dijayakan bagi menghargai para pejuang seni sastera negara sepanjang zaman. Dizahirkan dengan mengangkat seni karikatur yang mulai berkembang sebagai salah satu cabang seni yang makin diterima umum. Pameran mengumpulkan 10 karikaturis berprofil dengan pelbagai gaya dan media. Sama seperti seni tulisan, seni karikatur juga mempunyai disiplin dan prinsip yang menuntut ketajaman pemerhatian, kritikal dan penyampaian yang halus kepada subjek. Melalui pameran ini, kita telah meraikan dua seni yang bergabung secara alami.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Received a Courtesy Call from the YB. Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul, the Head of the People’s Hall
Monday, 22 December 2025
December 20, 2025
25 Jamadilakir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Who is in the Pertua Negeri Melaka received a Courtesy Call from the YB. Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul, the Head of the People’s Hall in Melaka Palace, Bukit Beruang.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










