Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengerusi Institut Jantung Negara
Thursday, 21 August 2025
20 Ogos 2025
26 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengerusi Institut Jantung Negara bersama Pengurusan Tertinggi Institut Jantung Negara.


- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YBrs. Puan Zuraini binti Othman, Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
Thursday, 21 August 2025
20 Ogos 2025
26 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka Kunjungan Hormat daripada YBrs. Puan Zuraini binti Othman, Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) bagi mempersembahkan Jemputan Majlis Perasmian Projek Container Akmal Challenge (CoACh) dan Peluncuran Buku “Wira dan Wirawati Kastam” yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan pada 24 September 2025 kelak.
Hadir sama YBrs. Tuan Ayub bin Zainal, Timbalan Pengarah AKMAL; Puan Salina binti Mohamad, Pendaftar dan Tuan Mohd Hanai bin Harun, Pegawai Perhubungan.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL)
Thursday, 21 August 2025
20 Ogos 2025
26 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
Kunjungan ini bertujuan adalah bagi mempersembahkan Watikah Pelantikan Semula TYT Tun Seri Setia sebagai Canselor UNIMEL bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2028 serta mempersilakan TYT Tun Seri Setia bagi menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL.
Dalam pertemuan ini turut disampaikan taklimat berkenaan Pelan Strategik Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 2025-2026.
Turut hadir Tuan Hj. Jeffri bin Abdul Wahab, Pendaftar UNIMEL; Tuan Hj. Ismail bin Hasim, Bendahari UNIMEL; Tuan Hj. Muhammad Igbal Zahin bin Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Encik Mohd Kadri bin Md Saleh, Penolong Pendatar.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Wednesday, 20 August 2025
20 Ogos 2025
26 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Hadir sama YBhg. Datuk Zohari bin Said, Timbalan Pengerusi SPA; YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ahli Suruhanjaya SPA; YBhg. Datuk Ikhbal Hanam bin Mukras, Setiausaha SPA dan Puan Sharenawane binti Hussin, Timbalan Setiausaha (Pengambilan).


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Seri Ts. Nor Hisham bin Mohammad
Wednesday, 20 August 2025
19 Ogos 2025
25 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YAS Dato’ Seri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Hadir sama YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah JBPM; YS Datuk Nazili bin Mahmood, Pengarah Pembangunan JBPM; YS PPjB Mohd Zaidi bin Maat, Pengarah JBPM Melaka serta PgKB I R Saiful Iswandy bin R Hassan, Timbalan Pengarah JBPM Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek
Tuesday, 19 August 2025
18 Ogos 2025
24 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mendengar taklimat perkembangan Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek yang diadakan bersama pihak UTeM dan wakil penduduk Kampung Bukit Nibong.
Dalam perjumpaan ini TYT Tun Seri Setia memberi pandangan agar projek-projek yang telah dijalankan ditambah baikan lagi serta mewujudkan pelbagai lagi program yang akan memberi manfaat kepada penduduk kampung.
Program yang telah berlangsung hampir setahun ini telah berjaya menjalankan pelbagai projek antaranya ialah Projek Pembuatan Kerisik Kampung; Projek pembuatan kaki palsu menggunakan pencetak 3D; Projek pembuatan lilin wangi menggunakan minyak masak terpakai dan Projek Sistem Ternakan Ikan Keli Mudah Alih – Portable Aqua Smart System (PASS).


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat Keselamatan Istana Melaka
Tuesday, 19 August 2025
18 Ogos 2025
24 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah diberikan Taklimat Keselamatan Istana Melaka oleh YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Hadir sama YDH. SAC Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka; YDH. ACP Zulkiflin Arin, Ketua Cawangan Khas Melaka dan YDH. SUPT. Muhammad Zaki Ramat, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuaaan Trafik (JSPT) Negeri.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Rahim bin Adam
Monday, 18 August 2025
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
17 Ogos 2025
23 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terkahir kepada Allahyarham Datuk Haji Rahim bin Adam, mantan Pengerusi Masjid Tengkera yang telah kembali ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yanh soleh. Al-Fatihah.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Meraikan Ulang Tahun Kelahiran cucuanda iaitu Sophea Asmalina binti Mohd Ridhwan
Monday, 18 August 2025
16 Ogos 2025
22 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Meraikan Ulang Tahun Kelahiran cucuanda iaitu Sophea Asmalina binti Mohd Ridhwan bersama ahli keluarga serta kenalan-kenalan rapat di Mari Suites, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Saadah, Jalan Ujong Pasir, Melaka
Monday, 18 August 2025
15 Ogos 2025
21 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Saadah, Jalan Ujong Pasir, Melaka.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Mohd Rafi bin Mohd Yusof bersama jemaah yang hadir di masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Mendiang Datuk Wira Wong Soon Lin di kediamannya di Padang Temu serta menziarahi YBhg. Datuk Chew yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










