Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad
Sunday, 04 May 2025
4 Mei 2025
6 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Jumaat di Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj, Kampung Bukit Beruang
Friday, 02 May 2025
2 Mei 2025
4 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj, Jalan Istana, Kampung Bukit Beruang, Melaka.
Sebelum ke masjid TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya 2025
Thursday, 01 May 2025
30 April 2025
2 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya 2025 yang diadakan di Bukit Baru Melaka.
Turut hadir YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan serta YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Alias
Wednesday, 30 April 2025
30 April 2025
2 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Alias, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.
Turut hadir Cik Masita Binti Haji lsmail, Penolong Pengarah 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka; Encik Mohd Farhan Hasri Bin Hassan, Pengurus Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka dan Encik Norhafizan Bin Isa, Pengurus Memorial Tun Abdul Ghafar Baba Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Perasmian Galeri 3D Wonders of The World (WOW3D)
Wednesday, 30 April 2025
30 April 2025
2 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Galeri 3D Wonders of The World (WOW3D) World Youth Foundation di Bandar Hilir, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Puan Seri Maheran Binti Jamil
Tuesday, 29 April 2025
29 April 2025
1 Zulkaedah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Bint Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Puan Seri Maheran Binti Jamil, Yang DiPertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan bersama delegasi PUSPANITA Kebangsaan di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Binti Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi BISTARI Melaka serta YBhg. Datin Haslinda Binti Mokhtar, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Negeri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Encik Abdul Rashid Bin Bahari
Tuesday, 29 April 2025
29 April 2025
1 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Abdul Rashid Bin Bahari, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Hadir sama Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah FAMA dan Puan Wan Nora BirWan Ahmad, Pengarah Kanan Pemasaran Produk Proses.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Pantai Kundor 2025
Sunday, 27 April 2025
27 April 2025
28 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Pantai Kundor oleh YB. Tuminah binti Kadi@Mohd Hashim, Adun Pantai Kundor di Arena Petanque, Pantai Kundor, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Shah Alam
Saturday, 26 April 2025
26 April 2025
27 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah cawangan Shah Alam di Shah Alam, Selangor.
Manakala pada sebelah malam TYT Tun Seri Setia menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Duyong yang diadakan di Stadium Tun Fatimah, Semabok serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap ADUN Taboh Naning di Alor Gajah, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Negeri sempena Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama
Friday, 25 April 2025
25 April 2025
26 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri sempena Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2025 yang diadakan di Hotel Courtyard by Marriot, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










