Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Masjid Kampung Hulu untuk Solat Jumaat
21 Julai 2023
3 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin
Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyambut keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Masjid Kampung Hulu, Melaka untuk Solat Jumaat.
Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda, YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB. Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Khutbah Solat Jumaat telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Seusai Solat Jumaat, Seri Paduka Baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 orang Anak-Anak Yatim.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation (AKF) yang pertama
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kongres Asian Karate Federation (AKF) ke-18
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023M
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam bersama delegasi Executive Council World Karate Federation (WKF) dan Asian Karate Federation (AKF) serta Malaysia Karate Federation (MAKAF)
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam bersempena Asian Karate Federation Senior Championship 2023
17 Julai 2023
28 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam bersempena Asian Karate Federation Senior Championship 2023 anjuran Malaysia Karate Federation (MAKAF) di Casa Del Rio, Melaka.
Majlis ini diadakan bagi menyambut kedatangan delegasi-delegasi daripada World Karate Federation (WKF) dan Asian Karate Federation (AKF).
Turut hadir YB VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan; Mr. Antonio Espinos, WKF President; Major General Nasser Alrazooqi, AKF President; Mr. Toshihisa Nagura, WKF General Secretary dan Mr. Alamjon Mullaev, 1st Vice President.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










