Melawat proses pembinaan rumah yang akan menempatkan 6 adik beradik yang Orang Kurang Upaya (OKU)
Thursday, 26 February 2026
22 Februari 2026
4 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa melawat proses pembinaan rumah yang akan menempatkan 6 adik beradik yang Orang Kurang Upaya (OKU) ekoran daripada ziarah kasih yang diadakan pada 10 Februari yang lalu di Bukut Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Madrasah Pengkalan Rama Pantai bagi melihat orang-orang kampung di situ memasak bubur lambuk.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang
Thursday, 26 February 2026
20 Februari 2026
2 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang.
Usai solat TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada masjid.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit
Thursday, 26 February 2026
20 Februari 2026
2 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan membeli juadah berbuka puasa serta beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Aminin, Batang Tiga, Klebang
Thursday, 26 February 2026
20 Februari 2026
2 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Aminin, Batang Tiga, Klebang dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak serta warga emas.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Muniandy A/L Senggamalay
Thursday, 26 February 2026
17 Februari 2026
28 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Muniandy A/L Senggamalay di kediamannya di Taman Bukit Nibong, Tiang Dua, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka
Thursday, 26 February 2026
17 Februari 2026
28 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka serta YB Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Maghrib berjemaah bersama hadirin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina YB Tuan Allex Seah Shoo Chin yang diadakan di Jasin, Melaka
Thursday, 26 February 2026
17 Februari 2026
28 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina YB Tuan Allex Seah Shoo Chin yang diadakan di Jasin, Melaka.
Manakala semalam TYT Tun Seri Setia hadir ke Sambutan Ambang Tahun Baru Cina 2026 yang diadakan di Padang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Machap Baru, Melaka yang turut dihadiri oleh YB Datuk Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri serta YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada YAB Ketua Menteri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Bacaan Yasin sempena Menyambut Bulan Ramadan 1447H
Thursday, 26 February 2026
16 Februari 2026
27 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengadakan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Bacaan Yasin sempena Menyambut Bulan Ramadan 1447H bersama keluarga dan kakitangan serta anggota Polis Cawangan Istana Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan membawa cucu menaiki choley yang telah dikurniakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis di sekitar Istana Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia
Thursday, 26 February 2026
15 Februari 2026
26 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama anakanda dan cucuanda serta keluarga menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Pelancaran Tabung Pendidikan Anak-Anak DUN Paya Rumput
Thursday, 26 February 2026
14 Februari 2026
26 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Pendidikan Anak-Anak DUN Paya Rumput Sempena Karnival Demi Paya Rumput Tahun 2026 yang diadakan di Pentas Utama Perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana serta YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Penubuhan tabung ini bertujuan meringankan beban keluarga yang memerlukan di samping membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada generasi muda agar mereka dapat mencapai kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah diri yang unggul.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










