ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)

Thursday, 26 February 2026 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
13 Februari 2026
25 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) sempena meraikan ahli-ahli kelab yang telah bertukar dan bersara.
Turut berlangsung sambutan hari ulangtahun kelahiran ahli yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.
Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Singapore Muslim Festival 2026 anjuran JAMIYAH Singapore

Thursday, 26 February 2026 by tytmelaka
Majlis Perasmian Singapore Muslim Festival 2026 anjuran JAMIYAH Singapore
13 Februari 2026
25 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perasmian Singapore Muslim Festival 2026 anjuran JAMIYAH Singapore di Singapore EXPO Convention and Exhibiton Centre, Singapura.
YB Prof. Madya Dr. Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam & Menteri Negara Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, telah menyempurnakan perasmian majlis ini.
Festival yang bertemakan “Hajj & Umrah: Prepare Your Heart, Mind & Soul, menawarkan pengalaman yang amat bermakna kepada semua pengunjung. Yang istimewanya tahun ini ialah pengenalan Zon Interaktif Haji & Umrah yang pertama seumpamanya di Singapura, di mana pengunjung dapat melalui dan mengambil bahagian dalam simulasi ibadah haji, memberikan gambaran mendalam tentang perjalanan suci yang dilakukan berjuta-juta umat Islam setiap tahun.
Turut hadir TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura; Dr. Syed Harun Alhabsyi, Senior Parliamentary Secretary, Minister of Education & Ministry of National Development; dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Hasbi bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura.
TYT Tun Seri Setia turut menunaikan Solat Jumaat di Singapore EXPO Convention and Exhibiton Centre sejurus tiba di Singapura serta menyaksikan pertukaran Memorandum of Understanding (MoU) diantara Jamiyah Singapore dengan Foundation for a Path Forward.
Majlis Perasmian Singapore Muslim Festival 2026 anjuran JAMIYAH Singapore Majlis Perasmian Singapore Muslim Festival 2026 anjuran JAMIYAH Singapore Majlis Perasmian Singapore Muslim Festival 2026 anjuran JAMIYAH Singapore
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur

Thursday, 26 February 2026 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur
12 Februari 2026
24 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 ini.
Antara agenda penting mesyuarat kali ini termasuk Taklimat Khas Keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat kali ini.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271

Thursday, 26 February 2026 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271
23 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 untuk hari pertama yang telah dipengerusikan oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu di Istana Negara, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271 Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-271
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia

Thursday, 26 February 2026 by tytmelaka
lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia
10 Februari 2026
22 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia.
Yunus Emre Cultural Center atau Yunus Emre Enstitüsü ialah sebuah pertubuhan milik kerajaan Turkiye yang ditubuhkan pada tahun 2007. Matlamat utamanya adalah untuk mempromosikan bahasa, sejarah, budaya, dan seni Turkiye kepada dunia serta mengeratkan hubungan persahabatan antara Turkiye dengan negara-negara lain.
Nama institusi ini diambil sempena Yunus Emre, seorang penyair dan ahli sufi Anatolia abad ke-13 yang terkenal dengan mesej kemanusiaan, kasih sayang, dan kedamaian sejagat. Falsafah beliau yang memartabatkan nilai kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama menjadi teras kepada setiap aktiviti yang dijalankan oleh institut ini.
Setakat ini, terdapat lebih 93 cawangan di 69 negara di seluruh dunia.
lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia lawatan ke Yunus Emre Cultural Center Kuala Lumpur bersama TYT Salim Yuksel, Duta Besar Turki di Malaysia
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti, Uncategorised
No Comments

Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka

Wednesday, 25 February 2026 by tytmelaka
Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka
10 Februari 2026
22 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka yang telah mengajar TYT Tun Seri Setia semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Semabok pada tahun 1960.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan ke 2 buah Rumah Tradisional Bukit Palah iaitu kediaman Puan Rubiah Hamid serta kediaman Allahyarham Ariffin Ali.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan perasmian Kolam Ikan Sejati Madani yang diusahakan oleh penduduk Bukit Palah dan menyantuni rumah yang didiami oleh 6 beradik Orang Kelainan Upaya (OKU).
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf dan OKU yang tinggal di kawasan Bukit Palah.
Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Perpisahan YBhg. Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka

Wednesday, 25 February 2026 by tytmelaka
Kunjungan Perpisahan YBhg. Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka
9 Februari 2026
21 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menerima Kunjungan Perpisahan YBhg. Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang akan bersara wajib pada 10 Februari 2026 di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kunjungan Perpisahan YBhg. Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka Kunjungan Perpisahan YBhg. Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka Kunjungan Perpisahan YBhg. Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Tahunan Gala Diner Persatuan Superbike Association Malaysia Melaka (SAM) 2026

Wednesday, 25 February 2026 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Tahunan Gala Diner Persatuan Superbike Association Malaysia Melaka (SAM) 2026
7 Februari 2026
19 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Gala Diner Persatuan Superbike Association Malaysia Melaka (SAM) 2026 yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka sekaligus menyempurnakan perasmian majlis.
Majlis Makan Malam Tahunan Gala Diner Persatuan Superbike Association Malaysia Melaka (SAM) 2026 Majlis Makan Malam Tahunan Gala Diner Persatuan Superbike Association Malaysia Melaka (SAM) 2026 Majlis Makan Malam Tahunan Gala Diner Persatuan Superbike Association Malaysia Melaka (SAM) 2026
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation

Wednesday, 11 February 2026 by tytmelaka
Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation
7 Februari 2026
19 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation yang berlansung di Ayer Keroh, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyertai Fun Walk sempena Hari Kanser Sedunia 2026 peringkat Negeri Melaka sejauh 4km bersama-sama 250 peserta.
Kemudiannya turut berkesempatan mengadakan walkabout di pameran-pameran kesihatan di karnival ini.
Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al Marbawi, Kampung Anak Ayer Merbau, Bemban

Wednesday, 11 February 2026 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al Marbawi, Kampung Anak Ayer Merbau, Bemban
6 Februari 2026
18 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Marbawi, Kampung Anak Ayer Merbau, Bemban dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai solat, TYT Tun melawat Koperasi Masjid Al Marbawi Melaka Berhad yang menjalankan perniagaan Dewan Nikah Aisyah Al Humaira’ yang menyediakan perkhidmatan dewan, pelamin, bilik persalinan, PA sistem, jurugambar dan sajian. Koperasi ini turut menjalankan perniagaan rumah inap iaitu d’Marbawi Inn yang turut terletak di dalam kawasan masjid.
Solat Jumaat di Masjid Al Marbawi, Kampung Anak Ayer Merbau, Bemban Solat Jumaat di Masjid Al Marbawi, Kampung Anak Ayer Merbau, Bemban Solat Jumaat di Masjid Al Marbawi, Kampung Anak Ayer Merbau, Bemban
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18

Recent Posts

  • Perjumpaan bersama TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

    Perjumpaan bersama TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

    28 April 2026 9 Zulkaedah 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP