Majlis Perasmian ‘Beyond Celebrations Bridal & Event Showcase 2026’
Tuesday, 31 March 2026
29 Mac 2026
9 Syawal 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Majlis Perasmian ‘Beyond Celebrations Bridal & Event Showcase 2026’ yang diadakan di Dusit Princess Melaka.
Ketibaan YABhg. Toh Puan telah disambut oleh YB Datuk Kalsom Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YBhg. Datin Wira Rushlinda binti Muhammad isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Majlis turut diserikan dengan tarian sambutan oleh Little Nyonya dan pertunjukkan fashion show.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YDH DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka
Tuesday, 31 March 2026
29 Mac 2026
9 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Kanda Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YDH DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 yang diadakan di ng, Melaka.
Selepas itu, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menziarahi kenalan-kenalan lama di sekitar Kandang, Paya Redan dan Ayer Keroh iaitu Puan Faridah binti Othman dan suaminya Encik Nordin bin Kadir; Encik Ahmad Tarmizi bin Abdullah; Encik Ismail bin Salleh; Puan Hamiyah binti Haji Sikas dan YBhg. Datuk Voon Woon Chin.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Hasnoor bin Sdg Husin di Ayer Molek dan Haji Hashim di Bukit Katil semalam.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar
Tuesday, 31 March 2026
28 Mac 2026
8 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim di Dewan MPJ Alamanda, Jasin, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026
Tuesday, 31 March 2026
28 Mac 2026
8 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis sambutan Hari Raya ini diadakan bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama antara kepimpinan Negeri Melaka dan Rakyat Melaka.
Turut hadir YABhg. Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 dan beberapa perwakilan negara luar ke Malaysia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen
Tuesday, 31 March 2026
27 Mac 2026
7 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam merangkap ADUN Ayer Limau di Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Hang Tuah Jaya di Dewan World Youth Foundation (WYF), Ayer Keroh, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Hasaniah, Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka
Tuesday, 31 March 2026
27 Mac 2026
7 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hasaniah, Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka serta nenyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan hadir ke Majlis Doa Selamat sempena Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Hajah Hasnah binti Haji Salam iaitu Encik Mohd Firdaus Bin Haji Baharuddin dan pasangannya Cik Nur Haziqah Hareez Binti Mohd Nor yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka.
Selepas itu, TYT Tun Seri Setia menziarahi Sidang Jaafar di PPR Krubong serta kenalan-kenalan lama di sekitar kawasan Tangga Batu, Melaka iaitu Encik Ramli Maarof dan Datuk Sidang Karim bin Kasim.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ucapan takziah kepada Datuk Saad Abu dan keluarga di atas pemergian isteri tercinta Allahyarham Datin Normah binti Othman
Tuesday, 31 March 2026
26 Mac 2026
6 Syawal 1447H
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Saad Abu dan keluarga di atas pemergian isteri tercinta Allahyarham Datin Normah binti Othman yang telah kembali ke Rahmatullah di kediamannya di kediamannya di Musai, Melaka.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB Datuk Rosli bin Abdullah,
Tuesday, 31 March 2026
25 Mac 2026
5 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Kuala Linggi yang diadakan di Kompleks Japerun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Haji Mohd Ali bin Ahmad dan Hajah Zalina bte Abu Zahar
Tuesday, 31 March 2026
25 Mac 2026
5 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Haji Mohd Ali bin Ahmad dan Hajah Zalina bte Abu Zahar iaitu besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan di Ayer Keroh, Melaka.
Selepas itu, TYT Tun Seri Setia mengunjungi Datuk Hamzah Bajuri di Bukit Palah, Melaka dan kemudiannya mengunjungi YBhg. Datin Maimon binti Sepet dan Tuan Haji Hashim bin Haji Samat di Bukit Katil, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Memberikan Penghormatan Terakhir dan Menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Rashid Redza Mohd Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka
Tuesday, 31 March 2026
24 Mac 2026
4 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir dan menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Rashid Redza Mohd Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka di Masjid Al-Khairiah, Ayer Molek dan mengiringi ke pengkebumian di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Ayer Molek.
Sesudah itu, TYT Tun Seri Setia mengadakan ziarah dan kunjungan raya kepada kenalan-kenalan lama di sekitar Bukit Katil antaranya YBhg. Datuk Yusof bin Jantan, YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu, YBhg. Datuk Yunus Hitam, Puan Siti binti Othman di Tehel dan YBhg. Datuk Saad Abu di Musai, serta YBhg. Dato’ Sidang Haji Johar dan YBhg. Datuk Haji Haron bin Mohd Dom di Peringgit.
Semasa dalam perjalanan di Bukit Piatu, TYT Tun Seri Setia berkesempatan berhenti beramah mesra dengan penduduk yang sedang meraikan hari raya dan menyampaikan sumbangan duit raya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










