Menziarahi YBhg. Datuk Wira Dr. Haji Abu Bakar bin Mohamad Diah
Tuesday, 07 April 2026
6 April 2026
17 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi YBhg. Datuk Wira Dr. Haji Abu Bakar bin Mohamad Diah, mantan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta menziarahi YBhg. Datin Awateff iaitu balu kepada Allahyarham Prof. Datuk Amir Baharuddin, pensyarah ekonomi semasa TYT Tun Seri Setia menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1983, yang sedang uzur di Selangor.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik di Xiao En Centre, Cheras, Kuala Lumpur.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Intan Herlina binti Jasmi
Tuesday, 07 April 2026
5 April 2026
16 Syawal 1447H
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Intan Herlina binti Jasmi, anggota Jabatan Pengurusan Korporat & Komuniti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi Cikgu Jasmi bin Haji Husin di Ayer Molek; Encik Samat bin Tamin yang sedang menerima rawatan di Hospital Putra dan Encik Norizan bin Mohd Yusof di Ozana Impian, Ayer Keroh.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman
Tuesday, 07 April 2026
4 April 2026
15 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri merangkap ADUN Telok Mas di Padang Bola Sepak Taman Seri Telok Mas.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Dr Muhamad Akmal bin Saleh, ADUN Merlimau yang diadakan di Dataran Orang Kampung Merlimau.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Tuesday, 07 April 2026
4 April 2026
15 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Kursus Perdana Haji 1447H/2026M di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi & Hal Ehwal Agama; YBhg. Tuan Haji Shamsul Bahar bin Shamsudin, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Tabung Haji; Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YBhg. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan YBrs. Tuan Haji Muhamad Hishamuddin bin Muhamad Sohaimi, Pengarah Negeri Melaka Lembaga Tabung Haji.
Alhamdulillah pada tahun ini seramai 1,115 orang Melaka yang telah terpilih untuk menunaikan haji bagi musim haji 1447H/2026M.
Kursus Perdana Haji merupakan kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal Jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. la dilaksanakan selama satu hari setengah dengan memberi penekanan amali ibadat seperti tawaf, sa’ie, wuquf, bermalam (mabit) dan melontar. Kursus ini dilaksanakan dalam bulan Syawal di setiap negeri.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia mendoakan jemaah haji mendapat manfaat dan diberikan kefahaman ilmu ibadat haji yang lengkap melalui kursus-kursus haji yang dianjurkan ini. TYT Tun Seri Setia turut menyatakan penghargaan kepada para pembimbing ibadat haji atas usaha mereka untuk menyampaikan amanah ilmu dan kefahaman dalam membimbing bakal haji sebagai persediaan untuk menunaikan haji kelak.
TYT Tun Seri Setia juga menasihatkan agar sentiasa menjaga akhlak dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah sebagai tetamu Allah serta tanamkan sifat syukur, sabar dan ketidakselesaan terutama semasa hari-hari menghadapi lautan manusia sepanjang di tanah suci nanti.
Di akhir ucapan TYT Tun Seri Setia berharap semua jemaah haji dapat menumpukan masa dan tenaga kepada ibadah serta mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci. Kekalkan sikap disiplin yang tinggi dan jadilah jemaah haji contoh untuk dunia islam, seterusnya menjaga nama baik Tabung Haji dan Malaysia.
TYT Tun Seri Setia juga menyeru bakal-bakal haji untuk lebih prihatin, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain dan berdoa agar apa yang dipelajari pada kursus ini nanti akan membantu dalam melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan meraih haji yang mabrur.

- Published in Uncategorised
Menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang menerima rawatan di hospital
Tuesday, 07 April 2026
4 April 2026
15 Syawal 1447H
Dalam kesibukan dengan sambutan Aidilfitri, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang menerima rawatan di hospital iaitu Encik Ab Jalil bin Bakar di Hospital Putra dan Encik Johar bin Ismail di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi dan memberi sumbangan kepada semua pesakit yang sedang menerima rawatan di Wad D4, Hospital Melaka dan mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan.
Dalam kesempatan itu juga, TYT Tun Seri Setia meraikan kakitangan-kakitangan yang bertugas dengan memberikan sumbangan duit raya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan
Tuesday, 07 April 2026
4 April 2026
15 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Allex Seah Shoo Chin, EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Kesidang di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim.
TYT Tun Seri Setia turut menerima Kunjungan Hari Raya oleh YM Dato’ Huzrin Hood, Sultan Bentan Kepulauan Riau dan YDH. Bapak Sigit Supriyanto, Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru bersama delegasi di Istana Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu
Tuesday, 07 April 2026
3 April 2026
14 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni masyarakat melalui penganjuran Majlis Penyerahan Kaki Palsu Cetakan 3D yang berlangsung di Surau Madrasah As Solihini, Kampung Bakar Batu.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara UTeM bersama KEDIDI Global Sdn. Bhd. sebagai pakar kaki palsu dan 3D Gens Sdn. Bhd. sebagai pakar teknologi cetakan 3D, dengan sokongan pembiayaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pada majlis tersebut, dua penerima telah menerima kaki palsu yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing, iaitu Encik Baharom bin Ab Rahim dan Puan Rosita binti Ahmad.
Program ini juga mengetengahkan inovasi kaki palsu berasaskan teknologi cetakan 3D yang dibangunkan hasil penyelidikan UTeM. Produk ini direka lebih ringan serta dilengkapi sistem pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan pengguna, khususnya dalam keadaan cuaca tempatan.
Turut hadir YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; Puan Halyjah binti Muhamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, serta pemimpin masyarakat tempatan, rakan industri dan masyarakat setempat.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan UTeM dalam memanfaatkan kepakaran teknologi kejuruteraan untuk kesejahteraan masyarakat, di samping memperluaskan aplikasi teknologi cetakan 3D dalam bidang rehabilitasi perubatan. Program seumpama ini dijangka terus memberi impak positif kepada kualiti hidup penerima serta menyumbang kepada pembangunan teknologi prostetik yang lebih inovatif pada masa hadapan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Semabok, Melaka
Tuesday, 07 April 2026
3 April 2026
14 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Semabok, Melaka dan menyampaikan sumbangan serta ucapan takziah kepada keluarga Allayarham Haji Salleh bin Jaafar, mantan imam masjid yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Syawal yang lalu.
Usai selesai di masjid, TYT Tun Seri Setia menziarahi kenalan lama iaitu YBhg. Datuk Haji Md. Damanhuri bin Haji Hussin yang sedang uzur di kediamannya di Semabok.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Puan Sri Dato’ Zalena binti Mohd Ariffin isteri kepada YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara
Tuesday, 07 April 2026
2 April 2026
13 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Puan Sri Dato’ Zalena binti Mohd Ariffin isteri kepada YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara yang sedang menerima rawatan di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama TYT Sheikh Ahmed Saud Al-Siyabi, Secretary General Office of the Grand Mufti, Sultanate of Oman
Tuesday, 07 April 2026
2 April 2026
13 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama TYT Sheikh Ahmed Saud Al-Siyabi, Secretary General Office of the Grand Mufti, Sultanate of Oman.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










