Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Ramadan anjuran Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD)
Thursday, 26 February 2026
24 Februari 2026
6 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Ramadan anjuran Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD) yang diadakan di perkarangan Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih bersama ahli kariah Masjid dan Surau yang ada disekitar Istana Melaka
Thursday, 26 February 2026
23 Februari 2026
5 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih bersama ahli kariah Masjid dan Surau yang ada disekitar Istana Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi KPL Mohammad Farhan bin Zainal, Polis Pengiring Bermotosikal dan L/KPL Masrin Juaris, Pengiring Rapat kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Thursday, 26 February 2026
23 Februari 2026
5 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi KPL Mohammad Farhan bin Zainal, Polis Pengiring Bermotosikal dan L/KPL Masrin Juaris, Pengiring Rapat kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah terlibat dalam kemalangan di kediaman mereka di Tehel, Jasin dan di Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh.
Kemudian TYT Tun Seri Setia menziarahi Encik Ali bin Mohamed dan Encik Mohd Suhaimy bin Husin yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta berkesempatan menyantuni pesakit-pesakit lain yang sedang menerima rawatan.
Semasa perjalanan keluar daripada hospital, TYT Tun Seri Setia kebetulan bertemu dengan YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang baru selesai menjalani rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia menucapkan terima kasih kepada Doktor, Jururawat serta kakitangan hospital yang telah bekerja merawat pesakit-pesakit dengan baiknya.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan kepada semua pesakit agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala agar dapat pulang ke pangkuan keluarga.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Thursday, 26 February 2026
22 Februari 2026
4 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan mendengar tazkirah Ramadan dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta bermoreh bersama ahli kariah.
TYT Tun Seri Setia turut membayar zakat fitrah bagi tahun ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Melawat proses pembinaan rumah yang akan menempatkan 6 adik beradik yang Orang Kurang Upaya (OKU)
Thursday, 26 February 2026
22 Februari 2026
4 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa melawat proses pembinaan rumah yang akan menempatkan 6 adik beradik yang Orang Kurang Upaya (OKU) ekoran daripada ziarah kasih yang diadakan pada 10 Februari yang lalu di Bukut Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Madrasah Pengkalan Rama Pantai bagi melihat orang-orang kampung di situ memasak bubur lambuk.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang
Thursday, 26 February 2026
20 Februari 2026
2 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang.
Usai solat TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada masjid.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit
Thursday, 26 February 2026
20 Februari 2026
2 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan membeli juadah berbuka puasa serta beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Aminin, Batang Tiga, Klebang
Thursday, 26 February 2026
20 Februari 2026
2 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Aminin, Batang Tiga, Klebang dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak serta warga emas.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Muniandy A/L Senggamalay
Thursday, 26 February 2026
17 Februari 2026
28 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Muniandy A/L Senggamalay di kediamannya di Taman Bukit Nibong, Tiang Dua, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka
Thursday, 26 February 2026
17 Februari 2026
28 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka serta YB Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Maghrib berjemaah bersama hadirin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










