ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh

Tuesday, 31 March 2026 by tytmelaka
Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
21 Mac 2026
1 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka di Istana Melaka.
Antara tetamu yang turut hadir, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, saudara mara serta kakitangan Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri dan Polis Cawangan Istana Melaka
Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka

Tuesday, 31 March 2026 by tytmelaka
Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka
21 Mac 2026
1 Syawal 1447H
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILAHILHAM
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Sebelum menunaikan Solat TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menziarahi pusara dan mengadakan tahlil ringkas buat mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.
Turut hadir sama YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB Datuk Hjh Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri; YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri dan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri.
Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka Solat Sunat Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M

Tuesday, 31 March 2026 by tytmelaka
Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M
20 Mac 2026
30 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M Majlis Solat Isyak dan Takbir Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka

Tuesday, 31 March 2026 by tytmelaka
20 Mac 2026 30 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi adik Mohd Fazreen bin Zaidi yang baru selesai menjalankan pembedahan ketumbuhan di kepala. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi pusara pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan. Selepas itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Haron bin Abdullah; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Siti Khadijah binti Joned di Bukit Lintang, Melaka. TYT Tun Seri Setia kemudiannya meneruskan ziarah kepada kenalan-kenalan di sekitar Bukit Katil antaranya Cikgu Samad, Cikgu Samah , Tuan Haji Amir, Tuan Haji Mahat, Husin Janggut dan beberapa kenalan lain serta berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon di Bukit Durian, Melaka.
20 Mac 2026
30 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi adik Mohd Fazreen bin Zaidi yang baru selesai menjalankan pembedahan ketumbuhan di kepala.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi pusara pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.
Selepas itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Haron bin Abdullah; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Siti Khadijah binti Joned di Bukit Lintang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya meneruskan ziarah kepada kenalan-kenalan di sekitar Bukit Katil antaranya Cikgu Samad, Cikgu Samah , Tuan Haji Amir, Tuan Haji Mahat, Husin Janggut dan beberapa kenalan lain serta berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon di Bukit Durian, Melaka.
20 Mac 2026 30 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi adik Mohd Fazreen bin Zaidi yang baru selesai menjalankan pembedahan ketumbuhan di kepala. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi pusara pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan. Selepas itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Haron bin Abdullah; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Siti Khadijah binti Joned di Bukit Lintang, Melaka. TYT Tun Seri Setia kemudiannya meneruskan ziarah kepada kenalan-kenalan di sekitar Bukit Katil antaranya Cikgu Samad, Cikgu Samah , Tuan Haji Amir, Tuan Haji Mahat, Husin Janggut dan beberapa kenalan lain serta berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon di Bukit Durian, Melaka. 20 Mac 2026 30 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi adik Mohd Fazreen bin Zaidi yang baru selesai menjalankan pembedahan ketumbuhan di kepala. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi pusara pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan. Selepas itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Haron bin Abdullah; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Siti Khadijah binti Joned di Bukit Lintang, Melaka. TYT Tun Seri Setia kemudiannya meneruskan ziarah kepada kenalan-kenalan di sekitar Bukit Katil antaranya Cikgu Samad, Cikgu Samah , Tuan Haji Amir, Tuan Haji Mahat, Husin Janggut dan beberapa kenalan lain serta berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon di Bukit Durian, Melaka. 20 Mac 2026 30 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi adik Mohd Fazreen bin Zaidi yang baru selesai menjalankan pembedahan ketumbuhan di kepala. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi pusara pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan. Selepas itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Haron bin Abdullah; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Siti Khadijah binti Joned di Bukit Lintang, Melaka. TYT Tun Seri Setia kemudiannya meneruskan ziarah kepada kenalan-kenalan di sekitar Bukit Katil antaranya Cikgu Samad, Cikgu Samah , Tuan Haji Amir, Tuan Haji Mahat, Husin Janggut dan beberapa kenalan lain serta berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon di Bukit Durian, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka

Tuesday, 31 March 2026 by tytmelaka
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka
19 Mac 2026
29 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri dan YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Maghrib dan berbuka puasa bersama hadirin.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Tarawih terakhir untuk Ramadan kali ini di Masjid Nur As Sa’adah, Pengkalan Batu serta menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid.
Usai menunaikan solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Haji Md Derus bin Haji Tompang di kediamannya di Pengkalan Batu dan moreh di Kedai Ayie Real Asam Pedas, Taman Malinja, Bukit Baru.
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bih Yusoh, Ketua Menteri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

Thursday, 19 March 2026 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka
18 Mac 2026
28 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil, mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang turut sama memimpin Solat Maghrib dan Solat Isyak.Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Program Ziarah Kasih ke Mantan Speaker dan Mantan-Mantan ADUN Negeri Melaka

Thursday, 19 March 2026 by tytmelaka
Program Ziarah Kasih ke Mantan Speaker dan Mantan-Mantan ADUN Negeri Melaka
17 Mac 2026
27 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Program Ziarah Kasih ke Mantan Speaker dan Mantan-Mantan ADUN Negeri Melaka sekitar Daerah Jasin dan Melaka Tengah.
Antara yang disantuni YBhg. Datuk Wira Yaakob Bin Md Amin di Bukit Rambai, YBhg. Datuk Seri Hj. Md Yunos Bin Husin di Kampung Ayer Molek, YBhg. Datuk Wira Hj Othman Bin Muhamad di Taman Air Molek, YBhg. Datuk Md Sirat Bin Abu di Taman Merbok, Bukit Katil, YBhg. Datuk Yunus Hitam di Bukit Pulau, Bukit Katil, YBhg. Datin Norsiah di Bemban, Jasin, dan YBhg. Datuk Saadon Bin Basiron di Melaka Perdana Resort Homes.
YABhg. Toh Puan juga berkesempatan melawat YBhg. Datin Normah Bin Abu yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Program Ziarah Kasih ke Mantan Speaker dan Mantan-Mantan ADUN Negeri Melaka Program Ziarah Kasih ke Mantan Speaker dan Mantan-Mantan ADUN Negeri Melaka Program Ziarah Kasih ke Mantan Speaker dan Mantan-Mantan ADUN Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT

Thursday, 19 March 2026 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT
17 Mac 2026
27 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Tun Seri Setia di Ujong Pasir, Melaka.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa ringkas dan Solat Maghrib di Surau Batu, Ujong Pasir.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Surau AGIBS, Bukit Katil.
Lebih istimewa sebelum menunaikan Solat Isyak, TYT Tun Seri Setia menyempurnakan pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawel, mantan Mufti Negeri Melaka disaksikan oleh YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta jemaah yang hadir.
Majlis Berbuka Puasa anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Majlis Berbuka Puasa anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Majlis Berbuka Puasa anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah

Thursday, 19 March 2026 by tytmelaka
Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah yang diadakan di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Majlis turut dihadiri YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tengku Laksamana Selangor.
Antara Duta-Duta Arab yang hadir ialah TYT Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid, Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia; TYT Dr. Waleed Khalifa Al Manea, Duta Besar Kerajaan Bahrain ke Malaysia; TYT Dr. Ismael Maddallah Suliman Maaytah, Duta Besar Kerajaan Hashimiyyah Jordan ke Malaysia; TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia, Duta Besar Negara Libya ke Malaysia; TYT Ali Mohamed Abukar, Duta Besar Republik Persekutuan Somalia ke Malaysia; TYT Sayyid Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia; TYT Manjurul Karim Khan Chowdhury, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia; TYT Hassan Abdelsalam Omer, Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia dan TYT Maher Kheir, Duta Besar Lubnan ke Malaysia.Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H

Thursday, 19 March 2026 by tytmelaka
Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H yang diadakan di kediaman YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor di Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan dengan acara Khatam Al-Quran, diikuti dengan Solat Zohor serta Solat Sunat Tasbih yang dilaksanakan secara berjemaah.
Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

Recent Posts

  • Perjumpaan bersama TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

    Perjumpaan bersama TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

    28 April 2026 9 Zulkaedah 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP