e Program Mengacau Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
Friday, 13 March 2026
12 Mac 2026
22 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Program Mengacau Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) dan mengagihkan lebih 3000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka.
Program memasak bubur lambuk ini telah bermula daripada pagi dengan penglibatan kakitangan Istana Melaka dan Anggota Polis Cawangan Istana Melaka bersama-sama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Berbuka Puasa, Solat Isyak dan Terawih bersama Kenalan-Kenalan Korporat di Istana Melaka, Bukit Beruang
Friday, 13 March 2026
11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Isyak dan Terawih bersama Kenalan-Kenalan Korporat di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YABhg. Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka
Friday, 13 March 2026
11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman meneruskan Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Jasin.
Antara mereka yang disantuni YABhg Toh Puan termasuklah YBhg. Datin Wira Saodah di Pernu, YBhg. Datin Ramlah Binti Jaafar di Merlimau, YBhg. Datin Noraini binti Saleh di Taman Seri Bayu, YBhg. Datin Noraziah Binti Ali di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, YBhg. Datin Munah Binti Manaf di Taman Maju Fasa 3, YBhg. Datin Rubiah Binti Edris di Kampung Kesang Jaya dan YBhg. Datin Seri Rabiah Binti Hasan di Asahan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Membina Manusia Sebelum Membina Dunia” Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026
Friday, 13 March 2026
11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Membina Manusia Sebelum Membina Dunia” Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang diadakan di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka
Friday, 13 March 2026
10 Mac 2026
20 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berbesar hati mengadakan Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Alor Gajah.
Antara mereka yang disantuni YABhg Toh Puan termasuklah YBhg. Datin Zubaidah binti Ahmad di Kampung Cherana Puteh, YBhg. Datin Aida binti Bujang di Kampung Paya Datuk, YBhg. Datin Noraini binti Saleh di Taman Seri Bayu, YBhg. Datin Kalsom binti Abu di Ramuan China Kechil, YBhg. Datin Hajah Fatimah binti Md Nor di Kampun Sri Jeram, Puan Azizah binti Mat di Pengkalan Balak dan YBhg. Datin Che Som binti Shukor di Kampung Lendu.
YABhg. Toh Puan turut berkesempatan melawat YBhg. Datin Seri Datuk Khalijah Binti Mohd Jiddi yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah
Friday, 13 March 2026
10 Mac 2026
20 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Suhaimy bin Hussin di Taman Camar Indah, Bukit Katil dan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Patimah binti Aman di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil.
Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026
Friday, 13 March 2026
9 Mac 2026
19 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka Tahun 2026 yang diadakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka
Friday, 13 March 2026
9 Mac 2026
19 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program Moreh bersama Pengamal-Pengamal Media Melaka yang diadakan di Char Koay Teow Ketagih, Bandar Hilir, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka
Friday, 13 March 2026
8 Mac 2026
18 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datin Zaini Binti Lasim, isteri kepada YB. Datuk Rahmad Bin Mariman EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YBhg. Dato’ Norhaya Binti Sulaiman, Timbalan Pengerusi 3 National Council Woman Organisation ( NCWO ); YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis ( PERKEP ) Melaka dan YBhg. Datin Juliana Binti Mohd Hasan, Pengerusi Woman Institution (WI) Daerah Masjid Tanah.
Dalam majlis yang sama, YABhg. Toh Puan turut bersama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia bersama para hadirin serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada tetamu yang hadir.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka
Friday, 13 March 2026
8 Mac 2026
18 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka.
Selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan moreh bersama jawatankuasa masjid serta jemaah yang hadir.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










