ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Minum Petang & Ramah Mesra serta penyampaian sijil lantikan kepada Rakan Strategik dan Ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia

Monday, 02 February 2026 by tytmelaka
Majlis Minum Petang & Ramah Mesra serta penyampaian sijil lantikan kepada Rakan Strategik dan Ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia
29 Januari 2026
10 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Minum Petang & Ramah Mesra serta penyampaian sijil lantikan kepada Rakan Strategik dan Ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia bersempena Pelancaran Anugerah Perdana NGO Malaysia 2026 Zon Selatan yang melibatkan NGO-NGO bagi Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan anjuran Yayasan Generasi Malaysia (YGM).
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Pelancaran Buku Berjudul Semanis Pemulihan Diri Melalui Aromaterapi Pintar Terbitan UTeM Press dan Buku Berjudul 77 Pedoman Kemanusiaan Untuk Pelajar Ph.D Terbitan UPM Press.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Profesor Dr. Abdul Latiff Bin Abu Bakar, Pengerusi Yayasan Generasi Malaysia dan YBhg. Profesor Datuk Teknologis Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Majlis Minum Petang & Ramah Mesra serta penyampaian sijil lantikan kepada Rakan Strategik dan Ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia Majlis Minum Petang & Ramah Mesra serta penyampaian sijil lantikan kepada Rakan Strategik dan Ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia Majlis Minum Petang & Ramah Mesra serta penyampaian sijil lantikan kepada Rakan Strategik dan Ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Dr. Sandor Sipos, Duta Hungary ke Malaysia

Monday, 02 February 2026 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Dr. Sandor Sipos, Duta Hungary ke Malaysia
28 Januari 2026
9 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Dr. Sandor Sipos, Duta Hungary ke Malaysia.
Hadir sama YBrs. Dr. Tibor Barany, Ketua Pengarah (Perundangan) dan Encik Emil Bakos, Timbalan Ketua Pengarah Hal Ehwal Ekonomi dan Parlimen, Hungary.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Kunjungan Hormat daripada TYT Dr. Sandor Sipos, Duta Hungary ke Malaysia Kunjungan Hormat daripada TYT Dr. Sandor Sipos, Duta Hungary ke Malaysia Kunjungan Hormat daripada TYT Dr. Sandor Sipos, Duta Hungary ke Malaysia
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bekas Duta-Duta Besar Malaysia (AFMA) di Istana Melaka, Bukit Beruang

Monday, 02 February 2026 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bekas Duta-Duta Besar Malaysia (AFMA) di Istana Melaka, Bukit Beruang
27 Januari 2026
8 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bekas Duta-Duta Besar Malaysia (AFMA) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kunjungan Hormat ini telah diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mohd Radzi bin Abdul Rahman merupakan mantan Duta Besar Malaysia ke Jepun dan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Turut hadir YBhg. Datuk Iskandar Sarudin, mantan Duta Besar Malaysia ke China; YBhg. Dato’ Mohd Khalis Ali Hassan, mantan Duta Besar Malaysia ke Rusia; YBhg. Dato’ Ahmad Rasidi Hazizi, mantan Duta Besar Malaysia ke United Kingdom; YBhg. Datuk Mohd Nor Atan, mantan Duta Besar Malaysia ke Peru; YBhg. Datuk Ayauf Bachi, mantan Duta Besar Malaysia ke Ukraine: YBhg. Datuk Anuar Kasman, mantan Duta Besar Malaysia ke Bosnia; YBhg. Datuk Mohd Ashri Muda, mantan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan; dan YBhg. Datuk Rahimi Harun, mantan Duta Besar Malaysia ke Brazil.
Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bekas Duta-Duta Besar Malaysia (AFMA) di Istana Melaka, Bukit Beruang Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bekas Duta-Duta Besar Malaysia (AFMA) di Istana Melaka, Bukit Beruang Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bekas Duta-Duta Besar Malaysia (AFMA) di Istana Melaka, Bukit Beruang
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka

Monday, 02 February 2026 by tytmelaka
Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
27 Januari 2026
8 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara; YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YB Datuk Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak.
Turut hadir YAM Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis.
Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada jawatankuasa-jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
Pertandingan ini juga merupakan tahun ke-6 dianjurkan semenjak tahun 2020 yang telah melibatkan seramai 18,456 penyertaan daripada seluruh Malaysia serta pertandingan ini juga merupakan hasrat TYT Tun Seri Setia dalam meningkatkan perpaduan demi kejayaan dan kestabilan rakyat.
Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perlantikan Bapak Dr. H. Anwar Hafid, M.Si , Gubernur Sulawesi Tengah sebagai Ketua Umum Dunia Melayu Dunia Islam

Monday, 02 February 2026 by tytmelaka
Majlis Perlantikan Bapak Dr. H. Anwar Hafid, M.Si , Gubernur Sulawesi Tengah sebagai Ketua Umum Dunia Melayu Dunia Islam
26 Januari 2026
7 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perlantikan Bapak Dr. H. Anwar Hafid, M.Si
, Gubernur Sulawesi Tengah sebagai Ketua Umum Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Provinsi Sulawesi Tengah bagi tempoh 2025-2028 di Palu, Sulawesi Tengah.
Semoga hubungan sitatulrahim kesatuan dan perpaduan dalam bidang sejarah budaya dan kesenian serta sosio ekonomi umat melayu islam dapat terus diperkukuhkan.
Turut hadir YBhg. Datuk H. Said Aldi Al Idrus, SE, MM, Ketua Umum Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Indonesia dan pemimpin-pemimpin provinsi.
Amin.
Majlis Perlantikan Bapak Dr. H. Anwar Hafid, M.Si
, Gubernur Sulawesi Tengah sebagai Ketua Umum Dunia Melayu Dunia Islam Majlis Perlantikan Bapak Dr. H. Anwar Hafid, M.Si
, Gubernur Sulawesi Tengah sebagai Ketua Umum Dunia Melayu Dunia Islam Majlis Perlantikan Bapak Dr. H. Anwar Hafid, M.Si
, Gubernur Sulawesi Tengah sebagai Ketua Umum Dunia Melayu Dunia Islam
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke UES International Sdn Bhd di Batu Berendam, Melaka

Monday, 02 February 2026 by tytmelaka
Lawatan ke UES International Sdn Bhd di Batu Berendam, Melaka
25 Januari 2026
6 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke UES International Sdn Bhd di Batu Berendam, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Mr. Salim Al Busaidi, Board Member & Chief Strategic of MB Group; Puan Siti Rozita binti Sabar, General Manager & Director dan Mr. Ahmed Ibrahim Ambu Saidi, General Manager.
Turut hadir YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tengku Laksamana Selangor.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan khusus dalam Pertahanan, Maritim dan Keselamatan yang menggunakan kepakaran anak-anak tempatan terutamanya anak Melaka dalam menghasilkan bot-bot ketenteraan dan bot-bot penumpang.
Lawatan ke UES International Sdn Bhd di Batu Berendam, Melaka Lawatan ke UES International Sdn Bhd di Batu Berendam, Melaka Lawatan ke UES International Sdn Bhd di Batu Berendam, Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani, Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid

Monday, 26 January 2026 by tytmelaka
Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani (76 tahun), Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid (68 tahun
24 Januari 2026
5 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani (76 tahun), Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid (68 tahun) yang berlangsung di Damansara, Kuala Lumpur.
Majlis turut dihadiri YB. Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan His Excellency Dr. Mohamed Waheed Hassan, mantan President of Maldives.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru serta turut mendoakan agar pasangan Raja Sehari sihat wal’afiat dan kekal bahagia.
Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani (76 tahun), Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid (68 tahun Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani (76 tahun), Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid (68 tahun Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani (76 tahun), Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid (68 tahun
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M

Monday, 26 January 2026 by tytmelaka
Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M
24 Januari 2026
5 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M yang diadakan di Auditorium Al-Azim, Kompleks Al-Azim, Melaka.
Hadir sama YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Sebanyak lapan ( kategori dipertandingkan tahun ini antaranya Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-10 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-20 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan dan Hafazan Al-Quran (1-30 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan.
Alhamdulillah pada tahun ini, seramai 46 peserta mengambil bahagian merangkumi 21 peserta dalam kategori tilawah Al-Quran dan 25 peserta dalam kategori hafazan Al-Quran.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang bagi semua kategori serta semua yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun ini.
Semoga penganjuran majlis ini mampu menghidupkan lagi budaya membaca Al-Quran di samping menzahirkan keindahan dan ketertiban bahasa kitab suci itu menerusi bacaan yang bertertib serta berlagu.
Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Ibu Kasmarni, Bupati Bengkalis dan Bapak Dr. Ersan Saputra, Sekretaris Daerah (Sekda)

Monday, 26 January 2026 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada Ibu Kasmarni, Bupati Bengkalis dan Bapak Dr. Ersan Saputra, Sekretaris Daerah (Sekda)
24 Januari 2026
5 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Ibu Kasmarni, Bupati Bengkalis dan Bapak Dr. Ersan Saputra, Sekretaris Daerah (Sekda) Kabupaten Bengkalis, Indonesia.
Kunjungan Hormat daripada Ibu Kasmarni, Bupati Bengkalis dan Bapak Dr. Ersan Saputra, Sekretaris Daerah (Sekda) Kunjungan Hormat daripada Ibu Kasmarni, Bupati Bengkalis dan Bapak Dr. Ersan Saputra, Sekretaris Daerah (Sekda) Kunjungan Hormat daripada Ibu Kasmarni, Bupati Bengkalis dan Bapak Dr. Ersan Saputra, Sekretaris Daerah (Sekda)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

K-Cultural Dinner sempena Korean Business & Culture Meet anjuran KDS dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

Monday, 26 January 2026 by tytmelaka
K-Cultural Dinner sempena Korean Business & Culture Meet anjuran KDS dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
20 Januari 2026
1 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menghadiri K-Cultural Dinner sempena Korean Business & Culture Meet anjuran KDS dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang diadakan di Seoul, Korea Selatan
K-Cultural Dinner sempena Korean Business & Culture Meet anjuran KDS dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) K-Cultural Dinner sempena Korean Business & Culture Meet anjuran KDS dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) K-Cultural Dinner sempena Korean Business & Culture Meet anjuran KDS dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

Recent Posts

  • Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang

    Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang

    25 Februari 2026 7 Ramadan 1447H TYT Tun Seri S...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP