Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar
Tuesday, 31 March 2026
28 Mac 2026
8 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim di Dewan MPJ Alamanda, Jasin, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026
Tuesday, 31 March 2026
28 Mac 2026
8 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis sambutan Hari Raya ini diadakan bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama antara kepimpinan Negeri Melaka dan Rakyat Melaka.
Turut hadir YABhg. Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 dan beberapa perwakilan negara luar ke Malaysia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen
Tuesday, 31 March 2026
27 Mac 2026
7 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam merangkap ADUN Ayer Limau di Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Hang Tuah Jaya di Dewan World Youth Foundation (WYF), Ayer Keroh, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Hasaniah, Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka
Tuesday, 31 March 2026
27 Mac 2026
7 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hasaniah, Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka serta nenyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan hadir ke Majlis Doa Selamat sempena Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Hajah Hasnah binti Haji Salam iaitu Encik Mohd Firdaus Bin Haji Baharuddin dan pasangannya Cik Nur Haziqah Hareez Binti Mohd Nor yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka.
Selepas itu, TYT Tun Seri Setia menziarahi Sidang Jaafar di PPR Krubong serta kenalan-kenalan lama di sekitar kawasan Tangga Batu, Melaka iaitu Encik Ramli Maarof dan Datuk Sidang Karim bin Kasim.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ucapan takziah kepada Datuk Saad Abu dan keluarga di atas pemergian isteri tercinta Allahyarham Datin Normah binti Othman
Tuesday, 31 March 2026
26 Mac 2026
6 Syawal 1447H
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Saad Abu dan keluarga di atas pemergian isteri tercinta Allahyarham Datin Normah binti Othman yang telah kembali ke Rahmatullah di kediamannya di kediamannya di Musai, Melaka.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB Datuk Rosli bin Abdullah,
Tuesday, 31 March 2026
25 Mac 2026
5 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Kuala Linggi yang diadakan di Kompleks Japerun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Haji Mohd Ali bin Ahmad dan Hajah Zalina bte Abu Zahar
Tuesday, 31 March 2026
25 Mac 2026
5 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Haji Mohd Ali bin Ahmad dan Hajah Zalina bte Abu Zahar iaitu besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan di Ayer Keroh, Melaka.
Selepas itu, TYT Tun Seri Setia mengunjungi Datuk Hamzah Bajuri di Bukit Palah, Melaka dan kemudiannya mengunjungi YBhg. Datin Maimon binti Sepet dan Tuan Haji Hashim bin Haji Samat di Bukit Katil, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Memberikan Penghormatan Terakhir dan Menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Rashid Redza Mohd Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka
Tuesday, 31 March 2026
24 Mac 2026
4 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir dan menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Rashid Redza Mohd Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka di Masjid Al-Khairiah, Ayer Molek dan mengiringi ke pengkebumian di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Ayer Molek.
Sesudah itu, TYT Tun Seri Setia mengadakan ziarah dan kunjungan raya kepada kenalan-kenalan lama di sekitar Bukit Katil antaranya YBhg. Datuk Yusof bin Jantan, YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu, YBhg. Datuk Yunus Hitam, Puan Siti binti Othman di Tehel dan YBhg. Datuk Saad Abu di Musai, serta YBhg. Dato’ Sidang Haji Johar dan YBhg. Datuk Haji Haron bin Mohd Dom di Peringgit.
Semasa dalam perjalanan di Bukit Piatu, TYT Tun Seri Setia berkesempatan berhenti beramah mesra dengan penduduk yang sedang meraikan hari raya dan menyampaikan sumbangan duit raya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tuan Haji Othman Ali bin Abd Rahim, mantan Imam 1 Masjid As-Syakirin
Tuesday, 31 March 2026
23 Mac 2026
3 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tuan Haji Othman Ali bin Abd Rahim, mantan Imam 1 Masjid As-Syakirin, Bachang.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia mengadakan kunjungan raya dan ziarah raya kepada kenalan-kenalan lama di sekitar Bachang antaranya Puan Siti Aisyah binti Mahmood dan suaminya Encik Mohammad Ridwan bin Dol Hadi, yang kurang sihat; YBhg. Datuk Kasim bin Mohd Yusof; Cikgu Mohamad bin Md Yusof; Haji Jaafar bin Abu Chik; Puan Marsita binti Mohd Jantan yang mana suaminya Encik Ab Razak bin Husin baru menjalani pembedahan jantung.
TYT Tun Seri Setia juga sempat singgah di Warong Sham, Bachang dan beramah mesra bersama para pelanggan dan orang-orang kampung di situ.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia menyantuni mangsa-mangsa ribut di Kampung Pulau Samak, Batu Berendam yang melibatkan 16 buah rumah dan 2 buah kedai serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa ribut.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi kenalan iaitu Sidang Haji Jaafar bin Mohd Som
Tuesday, 31 March 2026
22 Mac 2026
2 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berkesempatan menziarahi kenalan iaitu Sidang Haji Jaafar bin Mohd Som di kediamannya di Bukit Baru, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










