Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah
Thursday, 19 March 2026
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah yang diadakan di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Majlis turut dihadiri YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tengku Laksamana Selangor.
Antara Duta-Duta Arab yang hadir ialah TYT Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid, Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia; TYT Dr. Waleed Khalifa Al Manea, Duta Besar Kerajaan Bahrain ke Malaysia; TYT Dr. Ismael Maddallah Suliman Maaytah, Duta Besar Kerajaan Hashimiyyah Jordan ke Malaysia; TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia, Duta Besar Negara Libya ke Malaysia; TYT Ali Mohamed Abukar, Duta Besar Republik Persekutuan Somalia ke Malaysia; TYT Sayyid Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia; TYT Manjurul Karim Khan Chowdhury, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia; TYT Hassan Abdelsalam Omer, Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia dan TYT Maher Kheir, Duta Besar Lubnan ke Malaysia.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H
Thursday, 19 March 2026
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena Bulan Ramadan 1447H yang diadakan di kediaman YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor di Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan dengan acara Khatam Al-Quran, diikuti dengan Solat Zohor serta Solat Sunat Tasbih yang dilaksanakan secara berjemaah.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ziarah Kasih kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah
Thursday, 19 March 2026
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Ziarah Kasih kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah di Kuala Lumpur.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Kilang Kopi FAMA di Kuala Langat, Selangor
Thursday, 19 March 2026
16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Kilang Kopi FAMA di Kuala Langat, Selangor.
Hadir sama YBhg. Datuk Dr. Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian Industri Makanan Asas Tani Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Sekuriti Makanan dan Operasi); YBrs. Shahrulnizam Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn Bhd; YM Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat dan YBrs. Tuan Haji Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perlawanan Liga Super antara Melaka FC menentang Kelantan FC
Thursday, 19 March 2026
15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan perlawanan Liga Super antara Melaka FC menentang Kelantan FC di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Tahniah kepada pasukan Melaka FC yang telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan dua jaringan berbalas satu.
Usai selesai perlawanan TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Bazar MITC, Ayer Keroh bagi melihat gerai-gerai pameran serta beramah mesra dengan pengunjung di situ.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Divisyen Ketiga Infantri
Thursday, 19 March 2026
15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Divisyen Ketiga Infantri yang diadakan di Kelab Rekreasi Pegawai (AORC), Kem Terendak, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid As-Syuhada’, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada masjid.
Turut hadir YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YBhg. Mejar Jeneral Haji Sani Bin S Omar, Panglima 3 Divisyen dan YBhg. Briged Jeneral Datuk Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Khatam Al-Quran Peringkat Dun Ayer Limau 2026
Thursday, 19 March 2026
15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Khatam Al-Quran Peringkat Dun Ayer Limau 2026 di Masjid Raudahtul Solihin Kg. Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka.
Majlis turut dihadiri YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau bersama isteri YBhg. Datin Hajah Hartinee binti Ibrahim; YBrs. Tuan Haji Amir Hussin bin Yaakub, Penyelaras Dun Ayer Limau dan YBrs. Ustazah Norhasimah binti Ismail, Mantan Guru Besar Sekolah Rendah Jaim, Sungai Jernih.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama kenalan-kenalan di Istana Melaka
Thursday, 19 March 2026
14 Mac 2026
24 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama kenalan-kenalan di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri YTM Kolonel Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan YAM Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Iftar Ramadan PDRM Melaka
Thursday, 19 March 2026
13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Iftar Ramadan PDRM Melaka sempena Sambutan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 yang diadakan di Ibu Pejabat Kontijen Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka
Thursday, 19 March 2026
13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengakhiri Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Melaka Tengah.
Antara mereka yang disantuni YABhg. Toh Puan termasuklah YBhg. Puan Sri Halijah Binti Aji di Tanjung Kling, YBhg. Datin Rohaya Binti Bachik di Bertam, YBhg. Datin Rohani Binti Jantan di Bukit Rambai, YBhg. Datin Wira Che Ba Binti Maarop di Kampung Padang, YBhg. Datin Rozana di Padang Temu, YBhg. Datin Wira Kalthom Binti Hj. Hussin di Ayer Molek, YBhg. Datin Maimon Binti Sepet di Bukit Katil, YBhg. Datin kalsom Binti Aziz di Ozana Villa, Bukit Katil, dan YBhg. Datin Wira Faridah Binti Jaafar di Ayer Keroh.
YABhg. Toh Puan juga berkesempatan melawat YBhg. Datin Wira Zunaidah Binti Md Jani di Kuala Sg. Baru isteri kepada YB.Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










