Merasmikan Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel, Jasin
Thursday, 19 March 2026
13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir Merasmikan Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel, Jasin sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026M/1447H.
Hadir sama YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan memberikan duit raya kepada pelajar sekolah serta kanak-kanak yang berada di masjid.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Peluncuran Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan UTeM (Ai-Lead UTeM)
Thursday, 19 March 2026
12 Mac 2026
22 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyempurnakan Peluncuran Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan UTeM (Ai-Lead UTeM) di Perpustakaan Laman Hikmah UTeM sempena Majlis Iftar bersama UTeM 1447H/2026M.
Di majlis yang sama TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Majlis Perasmian Zheng He Cultural Comer of Malaysia, OCBC A-Amin AZKA-PPZ Knowledge Lounge @ UTeM dan Galeri Penerbit Universiti.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa ringkas dan Solat Maghrib. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia iftar bersama keluarga UTeM dan menyaksikan Penyerahan Bayaran Dividen bagi Tahun Kewangan 2025 daripada UTeM Holding; Penyerahan Sumbangan Progroam lqra TH IPTA 2025 UTeM daripada Tabung Haji; Penyerahan Sumbangan Dana Sarapan Pagi Percuma @ PLH daripada OCBC AI-Amin dan Penyerahan Van Jenazah daripada Sime UMW.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar asnaf UTeM.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA di Istana Melaka, Bukit Beruang
Friday, 13 March 2026
12 Mac 2026
22 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YBhg. Datuk Mua’amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaludin, Pengerusi RISDA Bina Sdn Bhd; Ahmad Fahmi bin Abd Shukor, Pengarah RISDA Negeri Melaka; Wan Mohamad Zamir bin Wan Mohamad Zuki, Setiausaha Pihak Berkuasa RISDA.


- Published in Arkib Berita, Berita
e Program Mengacau Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
Friday, 13 March 2026
12 Mac 2026
22 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Program Mengacau Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) dan mengagihkan lebih 3000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka.
Program memasak bubur lambuk ini telah bermula daripada pagi dengan penglibatan kakitangan Istana Melaka dan Anggota Polis Cawangan Istana Melaka bersama-sama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa, Solat Isyak dan Terawih bersama Kenalan-Kenalan Korporat di Istana Melaka, Bukit Beruang
Friday, 13 March 2026
11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Isyak dan Terawih bersama Kenalan-Kenalan Korporat di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YABhg. Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka
Friday, 13 March 2026
11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman meneruskan Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Jasin.
Antara mereka yang disantuni YABhg Toh Puan termasuklah YBhg. Datin Wira Saodah di Pernu, YBhg. Datin Ramlah Binti Jaafar di Merlimau, YBhg. Datin Noraini binti Saleh di Taman Seri Bayu, YBhg. Datin Noraziah Binti Ali di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, YBhg. Datin Munah Binti Manaf di Taman Maju Fasa 3, YBhg. Datin Rubiah Binti Edris di Kampung Kesang Jaya dan YBhg. Datin Seri Rabiah Binti Hasan di Asahan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu di Istana Melaka, Bukit Beruang
Friday, 13 March 2026
11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Encik Fadli bin Mamat, Ketua Pentadbiran HEPA merangkap Pengarah Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa; Encik Amalul Asyraf bin Rosli, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi; Encik Mohd Syafiq Aizat bin Abd Aziz, Pegawai Tadbir Sukan & Rekreasi (Kanan); Encik Shafie bin Umardi, Penolong Pendaftar Pegawai Khas Timbalan Naib Canselor (HEPA); Saudari Nur Asyikin binti Roslan, Presiden Kelab Siswa Anak Melaka UMT dan Saudara Mohamad Haekal bin Abdul Halim, Exco Keusahawanan Kelab Siswa Anak Melaka UMT.

- Published in Arkib Berita, Berita
Perasmian Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Membina Manusia Sebelum Membina Dunia” Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026
Friday, 13 March 2026
11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Sempena World #QuranHour ”Membina Manusia Sebelum Membina Dunia” Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang diadakan di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Encik Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka
Friday, 13 March 2026
10 Mac 2026
20 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka.
Turut hadir sama Puan Marina binti Mohammad, Timbalan Ketua Pendakwva Syarie.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia mengadakan perjumpaan bersama Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato Muhammad bin Abdullah, Undang Luak Johol.

- Published in Arkib Berita, Berita
Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka
Friday, 13 March 2026
10 Mac 2026
20 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berbesar hati mengadakan Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Alor Gajah.
Antara mereka yang disantuni YABhg Toh Puan termasuklah YBhg. Datin Zubaidah binti Ahmad di Kampung Cherana Puteh, YBhg. Datin Aida binti Bujang di Kampung Paya Datuk, YBhg. Datin Noraini binti Saleh di Taman Seri Bayu, YBhg. Datin Kalsom binti Abu di Ramuan China Kechil, YBhg. Datin Hajah Fatimah binti Md Nor di Kampun Sri Jeram, Puan Azizah binti Mat di Pengkalan Balak dan YBhg. Datin Che Som binti Shukor di Kampung Lendu.
YABhg. Toh Puan turut berkesempatan melawat YBhg. Datin Seri Datuk Khalijah Binti Mohd Jiddi yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










