Majlis Peluncuran Buku “Never Fully Invest At All Times” dan Peluncuran Tahun Bisnes Operasi Angkasa Perlis 2026
Thursday, 04 December 2025
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
3 Disember 2025
12 Jamaldilakhir 1447H
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Penggiat Melayu Nusantara sempena Majlis Peluncuran Buku “Never Fully Invest At All Times” dan Peluncuran Tahun Bisnes Operasi Angkasa Perlis 2026 di Kangar, Perlis.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin lbni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis berkenan mencemar duli hadir menyempurnakan majlis sekaligus mengurniakan anugerah kepada TYT Tun Seri Setia. Turut berkenan hadir DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Turut hadir YBhg. Datuk Haji Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku kekal bersemayam di bawah pemeliharaan Rabbul Jalil hendakNya. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diRaja sentiasa di bawah perlindungan Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat, taufik, inayah, kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM
Wednesday, 03 December 2025
1 Disember 2025
10 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UTeM.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pro Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Doktor Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Profesor Datuk Teknologis Doktor Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL
Monday, 01 December 2025
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hadir menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pro Canselor UNIMEL; YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YB Datuk Khairil Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL; Sahibus Samahah Prof. Adjung Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UNIMEL; Naib-naib Canselor; Wakil-Wakil Universiti; Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Ahli Senat, serta Wakil Industri.
Turut berlangsung Pemasyhuran YAB Ketua Menteri Melaka sebagai Pro Canselor Universiti Islam Melaka.
Dalam ucapan konvokesyen kali ini, TYT Tun Seri Setia berkata bahawa kepimpinan berwibawa perlu diperkukuh oleh setiap Graduan UNIMEL. Kepimpinan yang bukan sekadar meliputi kemampuan membuat keputusan atau mengurus pasukan, tetapi merangkumi nilai amanah, etika, keberanian moral, serta keupayaan memimpin perubahan secara berhemah dan bertanggungjawab.
Graduan UNIMEL mestilah menjadi pemimpin yang mampu memastikan kemajuan digital tidak mengabaikan nilai kemanusiaan; membina budaya hormat, menghargai perbezaan, dan menegakkan maruah semua individu; menilai dan mentafsir data serta maklumat secara kritis dan berintegriti; dan menerajui inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada penerima Anugerah Akademik iaitu Nur Asyura binti Abd Aziz Shahrifuaddin, Anugerah Canselor; Ahmad Afiq bin Hamdan, Anugerah Ketua Menteri; Fatimah Az’zahrah binti Fakrul Azman, Anugerah Naib Canselor dan Hadiah Pingat Emas; Zhang Kai, Hadiah Munsyi Abdullah; Noor Rabiah binti Herman, Hadiah Pingat Emas; Nor Alia Damia binti Mohd Faizal, Hadiah Alumni; Abdul Monir bin Yaacob, Hadiah Buku; Najib bin Taib, Hadiah Buku; Nur Khadijah binti Ahmad, Hadiah Buku dan Nur Hanis Syakirah binti Mohd Nor, Hadiah Buku.
Di akhir kata, TYT Tun Seri Setia merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada lima ratus lima puluh satu (551) graduan yang menerima ijazah dan diploma pada sidang pertama pagi ini dan seribu enam puluh lapan (1,068) graduan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka kali ke-27 ini serta mendoakan para graduan melangkah ke destinasi kejayaan dengan penuh keyakinan dan keazaman.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun
Monday, 01 December 2025
29 November 2025
8 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun.
TYT Tun Seri Setia dan YBhg. Profesor Datuk Teknologis Doktor Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM bersama keluarga UTeM menyertai aktiviti briskwalk sejauh 7km sekitar Kampus UTeM, Durian Tunggal dan Ladang Jagung UTeM.
Sepanjang briskwalk, TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penanam pokok sempena Pelancaran Inisiatif Kampus Hijau dan beramah mesra bersama keluarga UTeM yang mengambil bahagian dalam acara memasak dan memancing.
Karnival ini telah dimeriahkan dengan kehadiran seluruh keluarga UTeM bersama keluarga serta 30 aktiviti menarik, persembahan, pameran dan pertandingan dalam meraikan 25 tahun perjalanan gemilang UTeM.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir
Wednesday, 26 November 2025
24 November 2025
3 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir.
TYT Tun Seri Setia melawat Wisma Melaka Mesir bagi melihat kemudahan dan asrama bagi pelajar dan berkesempatan beramah mesra bersama pelajar-pelajar daripada Melaka yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir.
Turut hadir TYT Dato’ Mohd Tariq bin Sufian, Duta Besar Malaysia Mesir; YBhg. Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Pengarah Education Malaysia Egypt dan Ustaz Muhammad Hafizi bin Abd Kadir, Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia turut melawat ke rumah pelajar Negeri Sembilan di Mesir.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali
Monday, 24 November 2025
19 November 2025
28 Jamaldilawal 1447H
Setinngi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Hamka bin Mohd Ali yang telah berjaya menerima Master in Business Administration (MBA) daripada University of Gloucestershire, London.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta keluarga turut hadir meraikan kejayaan Encik Muhammad Hamka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom
Monday, 24 November 2025
21 November 2025
30 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia dibawa melawat sekitar Oxford Centre for Islamic Studies dan Universiti Oxford oleh Shaykh Dato’ Dr Afifi al-Akiti, seorang rakyat Malaysia yang juga Sarjana Islam terkenal dari Universiti Oxford, di mana beliau memegang Kuwait Fellowship di Pusat Pengajian Islam Oxford dan pensyarah di Fakulti Teologi University Oxford.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Visit to Elsevier Company with the UTeM Delegation
Monday, 24 November 2025
20 November 2025
29 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Who in-Pertua Negeri Melaka caught the Chancellor of Technical University Malaysia Melaka (UTeM) conducted a Visit to Elsevier Company with the UTeM delegation.
Elsevier is a global academic publishing company specializing in scientific, technical and medical (STM) content, information and data analytics. It is part of the RELX Group, a global provider of information-driven analytics and decision tools for professional and business clients.
Elsevier’s primary products and services provides a range of products and services for researchers, healthcare professionals and academic institutions.
Throughout this visit TYT Tun Seri Setia and the delegation were welcomed and briefed by Maxim Khan, Senior Vice President, Academic And Government Solutions; Jonathan Simpson, Vice President, Science & Technology Books / Reference Solutions and Marianna Taffi, Senior Publishing Ethics Expert as well as Philippa Penfold, Responsible Ai & Data Science Manager.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Brunel University London
Thursday, 20 November 2025
18 November 2025
27 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Brunel University London sekaligus menyaksikan pertukaran MoU diantara UTeM dengan Brunel University London.
Ketibaan TYT Tun Seri dan YABhg. Toh Puan bersama delegasi UTeM disambut Profesor Andrew Jones, Naib Canselor dan Presiden Brunel University London dan pengurusan tertinggi universiti iaitu Profesor Trevor Hoey, Naib Canselor Pro (Antarabangsa dan Kelestarian); Dr Philip Collins, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Kolej Kejuruteraan, Reka Bentuk dan Sains Fizikal; Profesor Thanos Megaritis, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa; Profesor Kate Hone, Ketua Jabatan Sains Komputer serta Dr Busayawan Lam, Ketua Sekolah Reka Bentuk Brunel.
Pertukaran dokumen ini bukan sahaja menandakan pemeteraian MoU, tetapi komitmen bersama terhadap kerjasama masa depan dan perkongsian yang memberi impak.
Majlis hari ini menandakan peristiwa penting dalam hubungan yang semakin meningkat antara kedua-dua institusi.
MoU ini berlandaskan empat tonggak utama yang mewakili keutamaan strategik kedua-dua UTeM dan Brunel University London iaitu salah satu aspek yang paling menjanjikan daripada kerjasama ini ialah penubuhan Kilang Reka Bentuk dan Pembuatan Pintar (SDMF) di UTeM dengan kepakaran kukuh Brunel dalam kejuruteraan, reka bentuk dan kecemerlangan penyelidikan, kami berharap dapat meningkatkan inisiatif ini kepada piawaian inovasi dan keupayaan antarabangsa.
MoU ini juga membuka jalan kepada pertukaran akademik yang dinamik. Peluang untuk mobiliti kakitangan, program mobiliti pelajar, dan pengajaran kolaboratif akan memperkayakan persekitaran pembelajaran dan meningkatkan pendedahan global untuk kedua-dua institusi serta meneruskan projek penyelidikan bersama, bekerjasama dalam permohonan geran kompetitif, dan menyumbang penyelesaian inovatif kepada cabaran kejuruteraan dan teknologi global hari ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Malaysia Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) di Melaka Energy Park, Sungai Udang
Wednesday, 12 November 2025
11 November 2025
19 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Malaysia Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) di Melaka Energy Park, Sungai Udang.
MRCSB merupakan anak syarikat Petronas dan pengendali tapak penapisan dengan salah satu kapasiti terbesar di Malaysia dengan kadar pengeluaran harian sebanyak 300,000 tong produk petroleum bagi menampung permintaan pelbagai industri temasuk penerbangan, pembuatan dan pasaran pengguna yang meluas.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut Encik M Sykry Awang Hassim, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif MRCSB dan Encik Wan Sayuti Wan Hussin, Ketua Loji serta barisan pegawai serta kakitangan MRCSB.
Lawatan dimulakan dengan taklimat keselamatan dan penerangan Operasi Loji Penapisan oleh Encik M Mahathir bin Lijong, Head Mainenance.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dibawa melawat ke kawasan Loji Penapisan MRCSB.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










