Perlawanan Akhir Governor Cup 2025
Wednesday, 21 January 2026
11 Januari 2026
21 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan akhir Governor Cup 2025 di antara Tampoi FC menentang Morten FC di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Tahniah kepada Tampoi FC yang muncul juara edisi kali ini selepas menumpaskan Morten FC dengan jaringan 4-0.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Mengiringi Keberangkatan Pulang Duli-Duli Tuanku
Wednesday, 21 January 2026
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
11 Januari 2026
21 Rejab 1447H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang telah berkenan mencemar duli berangkat ke Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengiringi keberangkatan pulang Duli-Duli Tuanku.
Semoga Allah SWT memudahkan dan melancarkan perjalanan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang ke destinasi yang ditujui serta sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat dan nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenaan mencemar duli mengadakan lawatan sekitar Jonker Walk dan Bandar Hilir
Wednesday, 21 January 2026
10 Januari 2026
20 Rejab 1447H
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenaan mencemar duli mengadakan lawatan sekitar Jonker Walk dan Bandar Hilir diiringi YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman.
Turut hadir YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan YBhg. Datin Wira Rushalinda binti Muhammad, isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Sepanjang lawatan ini Kebawah Duli Paduka Baginda telah berkenan melihat proses pembuatan kasut manik, kebaya nyonya dan bakul siah serta kedai-kedai menjual cenderamata.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Wednesday, 21 January 2026
10 Januari 2026
20 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka iaitu Encik Ahmad Syahmi bin Nur Azmi & Pasangannya Cik Fatin Amirah binti Mohd Azizi serta Encik Ahmad Syahazim bin Nur Azmi & Pasangannya Cik Nurul Balqis binti Syaharudin di Ujong Pasir, Melaka
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ketibaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Wednesday, 21 January 2026
10 Januari 2026
20 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyambut ketibaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan mencemar duli ke Negeri Melaka.
Semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, serta seluruh kerabat diraja, sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat dan nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyambut Keberangkatan Tiba Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
Wednesday, 21 January 2026
10 Januari 2026
20 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang telah berkenan mencemar duli ke Negeri Melaka.
Kemudiannya Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan ke Istana Melaka bagi santapan tengahari.
Turut hadir YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan YBhg. Datin Wira Rushalinda binti Muhammad, isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman
Wednesday, 21 January 2026
9 Januari 2026
19 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman iaitu kakak kepada YABhg. Toh Puan serta kepada seluruh keluarga TYT Tun Seri Setia dan YABhg.Toh Puan yang diadakan di Surau Al-Ihsan, Kampung Tehel, Bemban.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Durian Tunggal
Wednesday, 21 January 2026
9 Januari 2026
19 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Durian Tunggal.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia mendengar taklimat perkembangan Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek yang diadakan bersama pihak UTeM dan wakil penduduk Kampung Bukit Nibong.
Dalam perjumpaan ini TYT Tun Seri Setia memberi pandangan agar projek-projek yang telah dijalankan ditambahbaikan lagi dan mewujudkan pelbagai lagi program yang akan memberi manfaat kepada penduduk kampung serta memastikan segala yang telah dirancang dilaksanakan.
Selepas itu TYT Tun Seri Setia bersama wakil penduduk Kampung Bukit Nibong melawat kebun kelapa di Agropark, Bukit Katil untuk pembuatan kerisik kelapa yang merupakan salah satu projek dalam program ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada TYT Ilham Tuah Illias, Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan
Wednesday, 21 January 2026
7 Januari 2026
17 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Ilham Tuah Illias, Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Pustakawan UiTM Shah Alam dan YBhg. Professor Datuk Ts. Dr. Haji Mohd Rasdi bin Haji Zaini, Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YBrs. Tuan Roslan bin Yusoff, Pengarah Kastam Negeri Melaka
Thursday, 08 January 2026
7 Januari 2026
17 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBrs. Tuan Roslan bin Yusoff, Pengarah Kastam Negeri Melaka yang baru.
Turut hadir YBrs. Tuan Bakri bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kastam Negeri; YBrs. Tuan Norman bin Abidin, Penolong Kanan Pengarah Kastam I dan YBrs. Tuan Mohd Tuah bin Mohame, Penolong Pengarah Kastam

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










