Kejohanan Akhir Pencak Silat Sukan SEA 2025 Thailand, Bangkok
Thursday, 18 December 2025
17 Disember 2025
22 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke dan menyampaikan pingat kepada para pemenang. Tahniah dan syabas kepada Muhammad Izzul Irfan Marzuki yang berjaya mempertahankan emas dalam kategori Tanding Kelas D (60-65kg) Lelaki menerusi kemenangan dramatik selepas bantahan rasmi terhadap pesilat Thailand diterima. Turut meraih emas dalam Pencak Silat melalui Nur Syafiqah Hamzah yang telah memenangi emas pertama buat kem silat dalam acara Seni Tunggal Puteri pada 14 Disember lalu dan Ummi Mashitah Hassan yang merangkul emas dalam kategori Tanding Kelas C (55-60kg) Wanita selepas menewaskan wakil tuan rumah, Thailand.
Tahniah juga kepada beberapa pesilat negara telah mencapai kejayaan pingat di Sukan SEA 2025 termasuk Muhamad Helmi Basrol memenangi perak dalam acara Tanding Kelas E Putra (65-70kg) dan Muhammad Amirul Hakim Jaaffar yang merangkul perak dalam acara Tanding Kelas A Putra (45-50kg) serta gangsa melalui Muhammad Robial Sobri dalam acara Tanding Kelas I Putra (85-90kg).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Lawatan ke Melaka Halal Hub Sdn. Bhd. (MHHSB)
Thursday, 18 December 2025
16 Disember 2025
22 Jamadilakhir 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir lawatan ke Melaka Halal Hub Sdn. Bhd. (MHHSB) anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Melaka di Merlimau, Melaka.
Melaka Halal Hub Sdn. Bhd. (MHHSB) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berperanan sebagai pemangkin pembangunan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Melaka. MHHSB juga merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia yang menempatkan pengeluaran produk halal secara bersepadu.
Sepanjang lawatan, YABhg. Toh Puan telah diberikan taklimat mengenai pengenalan Melaka Halal Hub serta perkembangan industri halal di negeri ini, diikuti sesi soal jawab bersama pihak pengurusan. YABhg. Toh Puan turut meluangkan masa melawat empat buah kilang di bawah seliaan MHHSB iaitu Aqil Sdn. Bhd., Farhan Adam Food Industries, Mama G Marketing Sdn. Bhd. dan Bersatu Dagang Enterprise.
Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Datin Hajah Mazni Binti Ramli, isteri YB Adun Serkam; Tuan Hj. Azmi bin A. Rahman, Pengurus Besar Melaka Halal Hub Sdn. Bhd., dan Puan Noraini binti Md. Basir @ Basir, Pengurus Kewangan MCORP.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Tahniah kepada anak Melaka yang telah berjaya meraih Pingat Emas di Sukan SEA 2025
Thursday, 18 December 2025
15 Disember 2025
21 Jamadilakhir 1447H
Tahniah kepada anak Melaka yang telah berjaya meraih Pingat Emas di Sukan SEA 2025 Bangkok, Thailand iaitu Cik Tan Cheong Min dalam kategori Taolu Wanita yang mendapat pingat emas individu melalui gabungan tiga disiplin taolu (Nanquan, Nandao, Nangun) dan seorang lagi anak Melaka iaitu Cik Loh Ying Ting yang memperoleh Pingat Emas dalam kategori Wushu Duilian Senjata Wanita bersama Tan Cheong Min, & Pang Pui Yee.
Manakala satu lagi Pingat Emas melalui Sydney Chin Sy Xuan, Lo Ying Ting & Mandy Cebelle Chen kategori Wushu Duilian (Tanpa Senjata) Wanita.
Secara keseluruhan atlet wushu Malaysia berjaya meraih 3 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa di temasya sukan SEA edisi ini.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka turut hadir ke kejohanan dan menyampaikan pingat kepada para pemenang.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Jom Pi USM Batch 1984-1986
Tuesday, 16 December 2025
13 Disember 2025
19 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka Program Jom Pi USM Batch 1984-1986, Menggamit Kenangan yang diadakan di Balai Palenggam Cahaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Turut hadir YBrs. Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM; YBrs. Profesor Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor, Pengerusi Penganjur Reunion Alumni Jom Pi USM Batch 1984-1986; YBrs. Encik Mustaqin Alpi, Timbalan Presiden Persatuan Alumni USM; YBrs. Profesor Madya Dr. Zulnaidi Yaacob, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM; YBrs. Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim Penasihat Perkumpulan Anak-Anak Negeri Melaka (PURNAMA) USM; YBrs. Cik Noureysha Mudzaffar, Yang Dipertua Perkumpulan Anak-Anak Melaka (PURNAMA) USM.
TYT Tun Seri Setia juga berharap pada masa hadapan lebih banyak program dan acara seperti ini dapat diadakan bagi menggalakkan para alumni kembali ke kampus dan berbakti dan memberi sumbangan kepada universiti dengan cara sendiri kerana banyak universiti terkemuka dunia memanfaatkan pengalaman dan kedudukan para alumni untuk memajukan universiti mereka.
TYT Tun Seri Setia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) luar kampus pada tahun 1979 dan menjadi graduan sepenuh masa pada tahun 1983 serta kemudiannya menamatkan ijazah pada tahun 1984 di kampus USM Pulau Pinang.
Usai selesai majlis TYT Tun Seri Setia berkesempatan membuat lawatan mengelilingi kampus dan bergambar di bangunan kediaman dan kantin semasa menuntut di USM.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Saidina Uthman Al-Affan, Pengkalan Minyak, Air Molek
Tuesday, 16 December 2025
12 Disember 2025
18 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saidina Uthman Al-Affan, Pengkalan Minyak, Air Molek.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Usai solat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyantuni Puan Salmah Yusuf yang telah kehilangan rumah
Tuesday, 16 December 2025
12 Disember 2025
18 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni Puan Salmah Yusuf yang telah kehilangan rumah akibat daripada kebakaran di Kampung Pulau Kelapa.
Kejadian kebakaran ini melibatkan keseluruhan sebuah rumah telah berlaku di Kampung Pulau Kelapa, Peringgit pada jam 12.30 tengah malam. Rumah tersebut didiami oleh empat (4) orang penghuni dan sebanyak lima (5) buah motosikal turut musnah dalam kejadian tersebut.
Walaubagaimanapun Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar seluruh keluarga mangsa yang terlibat sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Agensi-Agensi Korporat
Tuesday, 16 December 2025
11 Disember 2025
17 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat serta diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Majlis penyerahan Zakat Perniagaan ini disertai oleh dua puluh tiga (23) agensi antaranya ialah CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad, CIMB Bank Islamic Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Fazil Group (Fazil Agency), Melaka ICT Holdings Sdn Bhd, Syarikat Air Melaka Berhad, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Agrobank, Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Yayasan Melaka, Lembaga Perumahan Melaka, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, Silla Cosmetics, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Boustead Plantation Berhad, Bank Simpanan Nasional, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Persatuan Nelayan Negeri Melaka, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad serta Maybank Islamic Asset Management dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 7,485,042.70.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Wira Azhar Bin Haji Arshad; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama, merangkap Timbalan Pengerusi MAIM/ZM, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Khairul Azreem Bin Mamat: Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ali-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
TYT Tun Seri Setia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah menyertai majlis serahan zakat pada kali ini dan berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka ini.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Closing Ceremony and Lunch ”China-Asean People-To-People Exchange Year Closing Ceremony 2025
Tuesday, 16 December 2025
December 10, 2025
16th Hours 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Who in-Pertua Negeri Melaka completed the Closing Ceremony and Lunch ”China-Asean People-To-People Exchange Year Closing Ceremony 2025.
Also present YB. Datuk Wira Lim Ban Hong, Special Advisor to Chief Minister of Melaka on Investment and China Affairs; YBhg. Dato’ Abdul Majid Ahmad Khan, President Malaysia-China Friendship Association; Mr. Yang Wanming, President Chinese People’s Association for Frienship with Foreign Countries (CPAFFC); Mr. Shi Zhongjun, Secretary-General Asean-China Centre; Mr. Raul Lambino, Chairman Association of Philippines-China Understanding; Honourable Zheng Xuefang, Minister The Embassy of The People’s Republic of China; Mr. Korn Dabbaransi, President Thai-Chinese Friendship Association; Mr. Sia Eng Tek, President Singapore China Association; Mr. Lim Voon Loa, Vice President Brunei-China Friendship Association; Mr Boulapha Santikhongkha, Committee Lao-China Friendship Association ; Mr. Tan Keng Kang, Secretary-General Malaysia-China Frienship Association and the Honorable Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Chairman World Youth Foundation.
Over the past two years, China and the ASEAN countries have jointly organized more than 160 high-level, effective and widely popular exchange activities. These initiatives have strengthened cultural ties and understanding between over two billion people, generating widespread social and economic benefits.
At the 26th China-ASEAN Summit held in October 2023 Chinese President Xi Jinping proposed to designate 2024 as the “Year of ASEAN-China People-to-People Exchange.” “The initiative aims to strengthen mutual exchange and learning between China and ASEAN countries across various fields through a series of activities, improving people-to-people interconnection and strengthening the social and public foundations of bilateral relations.”
May this event succeed in promoting further cooperation and interaction between the two parties in culture, education, tourism, media, think bodies and other sectors as well as strengthening the understanding and friendship between the people of China and the ASEAN countries especially Malaysia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sambutan Anniversary of The National Day of The Accession of Sheikh Jassim bin Mohammed bin Thani, The Founder of the State of Qatar
Tuesday, 09 December 2025
8 Disember 2025
16 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke sambutan Anniversary of The National Day of The Accession of Sheikh Jassim bin Mohammed bin Thani, The Founder of the State of Qatar di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia.
Hadir sama TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Turut hadir YAA Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Hakim Negara; YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan dan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Duta-Duta Besar; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi daripada pelbagai negara serta tokoh-tokoh korporat.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Jubli Perak National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka
Tuesday, 09 December 2025
7 Disember 2025
15 Jamadilakhir 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Jubli Perak National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka di Chan Mari Chan Muhibah Bistro.
Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan NASOM Melaka ini diadakan bagi meraikan dan menghargai tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa dan memberikan banyak sumbangan serta sokongan sejak awal penubuhan NASOM Melaka sehingga kini.
Pihak NASOM Melaka telah menganugerahkan Anugerah Khas Tokoh Srikandi Inspirasi kepada YABhg. Toh Puan di atas segala sumbangan dan sokongan yang telah diberikan.
Turut hadir YB. Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka; YBhg. Datin Wira Rushaslinda Binti Muhammad, Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Melaka; YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter, Isteri Ketua Polis Melaka merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Melaka; YBrs. Encik Julian Wong, Pengerusi NASOM Malaysia; YBrs. Dr. Hashimah binti Hasan, Pengasas dan Penasihat NASOM Melaka; YBrs. Dr. Mazidah binti Said, Pengerusi NASOM Melaka; YBrs. Puan Siti Mariyam binti Mohd Yasin, Pengurus Besar NASOM Malaysia dan YBhg. Datuk Datin Nor Haya binti Sulaiman, Timbalan Pengerusi 3 Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO) merangkap Pengarah Korporat NASOM Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










