Latar Belakang

Mendiang Tun Leong Yew Koh merupakan anak kepada Leong Yew Teen iaitu orang yang bertanggungjawab memajukan Salak Utara, Perak. Tun Leong Yew dilahirkan pada 22 Ogos 1888 di Salak Utara, Perak. Tun Yew Koh mendapat pendidikan awal di Canton, China sebelum menyambung pelajarannya di Tanah Melayu pada usia 13 tahun di Anglo Chinese School, Ipoh dan Sekolah St. Xavier's, Pulau Pinang. Pada 1909, ketika berumur 21 tahun, kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membuahkan hasil apabila berjaya mendapat 'Queen's Scholarship of The Straits Settlement' untuk melanjutkan pengajian di London iaitu di 'University College' dan 'Inner Temple' dalam jurusan Undang-Undang dan Politik, London School of Economic dalam jurusan Ekonomi. Setelah tamat pengajian, beliau melawat wilayah Yunan dan China sebelum kembali ke tanahair untuk menjadi seorang peguam di Ipoh.

Pada tahun 1917, ketika berusia 28 tahun, Tun Yew Koh telah mendirikan rumahtangga dengan Ho York Ling iaitu anak perempuan kawan karib bapanya Ho Park Leong. Perhubungan mereka suami isteri amat rapat kerana mempunyai minat yang sama dan mempunyai pegangan agama Katolik yang kuat. Ho York Ling merupakan orang yang memainkan peranan besar yang menggalakkan Tun Yew Koh melakukan kerja-kerja kebajikan terutamanya sebelum dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pasangan ini dikurniai 7 orang anak iaitu, Ignatius Leong Kok Yin, Cyril Leong Kok Cheong, Agnes Leong, Joseph Leong Kok Chee, Anthony Leong Kok Hong, Irene Leong dan Matilda Leong. Hubungan Tun Yew Koh dengan anak-anaknya sangat rapat dan beliau sentiasa mengambil berat tentang pelajaran mereka.

Beliau telah menerima gelaran Tun pada tahun 1958. Kepimpinan Tun Leong Yew Koh sebagai seorang ketua dan pentadbiran terserlah apabila beliau diberi kepercayaan untuk menjadi pentadbir di Negara China. Beliau telah bekerja dengan pelbagai jabatan dengan Kerajaan Pusat China antaranya Kementerian Keretapi, Suruhanjaya Hal -Ehwal Luar. Beliau juga dilantik sebagai Inspektor Konsulat yang bertanggungjawab terhadap konsulat-konsulat china yang terletak di Filipina, Hindia Timur Belanda, Tanah Melayu dan juga di Afrika Selatan.

Antara tahun 1935 dan 1937 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya China dalam Suruhanjaya Sino-British untuk menyiasat bahagian Selatan sempadan Yunan China. Setahn selepas itu, beliau dilantik menjadi seorang kaunselor kepada Menteri Cheng Kung Po yang merupakan duta China di Rom.

Tun Leong Yew Koh merupakan seorang yang aktif membuat kerja-kerja kebajikan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik, memperjuangkan hak kebebasan dan membela nasib orang miskin.

Beliau pernah diserang menggunakan bom tangan sebanyak dua kali dan mengalami cedera parah akibat serangan tersebut. Ladang pertanian dan ternakan serta bangunan miliknya musnah apabila cuba menegakkan kesejahteraaan penduduk dan keamanan negara.

Selepas bersara sebagai Gabenor Melaka yang pertama pada tahun 1959, beliau menceburkan diri dalam aktiviti sosial seperti menjadi Ahli kepada Majlis Peguam di Perak, Dewan Perniagaan China, Kaunsel negeri dan Pertubuhan Perlombaongan China. Beliau meninggal dunia pada tahun 1963 pada usia 75 tahun.

STATISTIK & FAKTA-FAKTA

6

JUMLAH YDP NEGERI MELAKA

13

JUMLAH DARJAH KEBESARAN YDP SEKARANG

1920+

JUMLAH JAM BEROPERASI TAHUN INI

30-65

MAKLUMBALAS PELANGGAN
PAUTAN KERAJAAN
TOP