- Mengurus dan mentadbir kerja-kerja pentadbiran dan kewangan untuk Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.
- Menguruskan sumber manusia secara optima yang melibatkan perlantikan jawatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan ke taraf pencen, kenaikan pangkat, tatatertib, persaraan dan cuti untuk kakitangan.
- Merancang kursus-kursus dan latihan yang bersesuaian dengan kakitangan untuk kemajuan kerjaya dan peningkatan profesionalisme.
- Merancang, mengurus dan mengawal perbelanjaan Jabatan secara bersesuaian dengan tujuan peruntukan yang diluluskan.
- Memastikan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan diurus secara profesional dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
- Menguruskan kerja-kerja penyeliaan, jadual bertugas dan kawalan kakitangan Istana Melaka.
- Memberi perkhidmatan personel kepada T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Y.A. Bhg. Toh Puan serta tetamu.
- Mengawal selia bangunan, lanskap dan logistik Istana Melaka.
- Memastikan sistem keselamatan di Istana Melaka dalam keadaan terbaik.
- Memastikan etika dan protokol majlis-majlis yang diadakan dipatuhi sepenuhnya.
- Memastikan kod etika dan tatacara semasa Kunjung Hormat dan majlis-majlis rasmi dipatuhi seperti yang ditetapkan.
- Memastikan aturcara majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi bersesuaian dengan kedudukan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.
- Memastikan urusan-urusan Pejabat KDYMM Sultan-Sultan, Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri-Negeri dan Pejabat Para Perwakilan Asing dilaksanakan mengikut protokol yang ditetapkan.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan protokol & istiadat kepada mana-mana organisasi dan orang awam yang melibatkan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.
TOP