• Memastikan institusi T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka diletakkan di tempat yang tertinggi dan dihormati di Negeri Melaka.
  • Memberi khidmat yang sempurna dan terbaik kepada T.Y.T Yang diPertua Negeri bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Ketua Negeri Melaka.
  • Mengurus dan memastikan kesesuaian majlis-majlis yang dihadiri oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka & Y.A. Bhg. Toh Puan.
  • Memastikan aspek keselamatan diutamakan di majlis-majlis yang melibatkan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Y.A. Bhg. Toh Puan.
  • Mewujudkan suasana perhubungan awam yang baik dan harmoni dengan pelbagai organisasi dan orang awam.
  • Mengurus dan mentadbir kerja-kerja pentadbiran dan kewangan untuk Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.
  • Menguruskan sumber manusia secara optima yang melibatkan perlantikan jawatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan ke taraf pencen, kenaikan pangkat, tatatertib, persaraan dan cuti untuk kakitangan.
  • Merancang kursus-kursus dan latihan yang bersesuaian dengan kakitangan untuk kemajuan kerjaya dan peningkatan profesionalisme.
  • Merancang, mengurus dan mengawal perbelanjaan Jabatan secara bersesuaian dengan tujuan peruntukan yang diluluskan.
  • Memastikan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan diurus secara profesional dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
  • Menguruskan kerja-kerja penyeliaan, jadual bertugas dan kawalan kakitangan Istana Melaka.
  • Memberi perkhidmatan personel kepada T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan Y.A. Bhg. Toh Puan serta tetamu.
  • Mengawal selia bangunan, lanskap dan logistik Istana Melaka.
  • Memastikan sistem keselamatan di Istana Melaka dalam keadaan terbaik.
  • Memastikan kod etika dan tatacara semasa Kunjung Hormat dan majlis-majlis rasmi dipatuhi seperti yang ditetapkan.
  • Menyedia, menyemak dan menentukan kesesuaian ucapan rasmi T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka di majlis-majlis yang dihadiri.
  • Memastikan urusan-urusan Pejabat KDYMM Sultan-Sultan, Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri-Negeri dan Pejabat Para Perwakilan Asing dilaksanakan mengikut protokol yang ditetapkan.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan protokol & istiadat kepada mana-mana organisasi dan orang awam yang melibatkan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.

PAUTAN KERAJAAN
TOP