ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Tuesday, 19 September 2023 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Program Kepimpinan Anak Muda Peringkat Negeri Melaka

Program Kepimpinan Anak Muda Peringkat Negeri Melaka
18 September 2023
2 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Program Kepimpinan Anak Muda Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dewan Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Turut hadir YB. Zahari Abd Kalil, Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal; YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN; YBhg. Dato’ Husaini Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka; YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol Haji Samah, Ketua Polis Melaka; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN dan Tuan Haji Mohd Ghazali Ahmad, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.
Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan UTeM telah menganjurkan Program Kepimpinan Anak Muda Negeri Melaka. Seramai 2,000 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar UTeM, pensyarah muda dan pelajar lepasan STPM dari seluruh negeri Melaka telah menyertai program pada hari ini.
Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal pendidikan kepada lebih 600 orang pelajar yang layak. Majlis Perasmian Program Kepimpinan Anak Muda ini telah disempurnakan oleh Tun Seri Setia.
Program Kepimpinan Anak Muda (PIMPIN) merupakan program inisiatif PRIHATIN yang memfokuskan kepada penyampaian suntikan motivasi dan pengetahuan ke arah memberi pendedahan awal kepada anak muda bagi persediaan menempuh cabaran masa hadapan dalam kehidupan di selepas tamat belajar. Bantuan pendidikan juga telah diberikan kepada para pelajar yang layak untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.
  • Tweet

What you can read next

Kunjungan Hormat
Perjumpaan Bersama YBhg. Datuk Noor Azmi bin Md. Saad.
MAJLIS MALAM CINTA RASUL - UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M4
MAJLIS MALAM CINTA RASUL – UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M
Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Muzium Rasulullah SAW
Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Muzium Rasulullah SAW

Recent Posts

  • Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani (76 tahun), Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid (68 tahun

    Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani, Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid

    24 Januari 2026 5 Syaaban 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP