13 Februari 2024
3 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka.
Dalam perjumpaan ini TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka.