
4 Oktober 2025
12 Rabiulakhir 1447H
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang telah berkenan mencemar duli berangkat hadir sekaligus merasmikan Kejohanan Karate 1 Series A di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan.
Ketibaan DYMM Tuanku disambut TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga merangkap selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF).
Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden WKF dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Tahniah diucapkan kepada Malaysia Karate Federation (MAKAF) kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan kali ini dengan penyertaan daripada 1041 atlet daripada 80 buah negara bagi merebut gelaran dunia.



