ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj

Tuesday, 05 April 2022 by TYTMelaka
Solat Sunat Terawih

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Kerja Yang di-Pertua Negeri Melaka ke Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tuesday, 05 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan Kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut dan diiringi oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.
Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) telah menyampaikan taklimat pengenalan dan pencapaian UPM kepada TYT Tun Seri Setia.
TYT Tun Seri Setia serta rombongan kemudian ya dibawa melawat ke Taman Konservasi Herba, Institut Biosains, Fakulti Pertanian, Pusat Pertanian Putra, Muzium Warisan Melayu, Projek SATREPS-COSMOS, Urban Farming, K-Shoppe, Rumah Cendawan dan Pusat Penternakan Farm Fresh.
Dalam lawatan ini pihak UPM juga telah menghadiahkan 100 batang anak pokok durian Musang King kepada TYT Tun Seri Setia sebagai cenderahati.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Sayyidina Ali

Monday, 04 April 2022 by TYTMelaka
Solat Sunat Terawih

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Takbir Raya di Dewan Solat Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.

Saturday, 02 April 2022 by TYTMelaka
Takbir Raya

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama-sama para tetamu dan kakitangan menunaikan Solat Fardhu Isyak seterusnya Takbir Raya di Dewan Solat Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi dan Bertanya Khabar Hajah Meknah, 103 tahun di Bukit Katil, Melaka

Friday, 01 April 2022 by TYTMelaka
Memberi Penghormatan

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempat singgah bertanya khabar Hajah Meknah, 103 tahun di Bukit Katil, Melaka, selepas menghadiri Majlis Cerapan Hilal Ramadhan.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1443H/2022M Negeri Melaka

Friday, 01 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1443H/2022M Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka), YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) serta ketua-ketua jabatan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kayuhan Majlis Agama Islam & Adat, Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Khas

Wednesday, 30 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan menyertai Kayuhan Majlis Agama Islam & Adat, Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Khas Bil.25/2022 sempena Lawatan TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman ke Negeri Perlis.
Acara yang bermula daripada Dataran Semarak, Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis membawa delegasi melintasi Laman Bunga Kertas, melintasi Laman Laksa, singgah di Dataran Putra, menaiki Jambatan Tuanku Syed Putra, melintasi Laman Nenas, melintasi Masjid Lama Kampung Seberang Ramai, melintasi Laman Pendidikan, melintasi Anjung Persinggahan Raja, melintasi Rumah Penghulu Omar, singgah Laman Bunga Raya (melakukan aktiviti mainan tradisional), singgah di Pelantar LKIM, singgah Rumah Melaka di Kampung Seberang Alor, melintasi Lorong Seberang Alor, singgah di Pengkalan Lama Pulau Ketam (Agihan Sumbangan / Aktiviti / Agihan Asnaf / Cendera ingatan), singgah di Laman Perahu Kuala.
TYT Tun Seri Setia menyempurnakan Perasmian Rumah Melaka di Kampung Seberang Alor.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Santai ke Rimba Herba Perlis

Wednesday, 30 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Lawatan ke Rimba Herba Perlis.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan diberi taklimat pengurusan Rimba Herba Perlis serta melakukan aktiviti berjalan ke denai, menanam Pokok, rendaman Kaki dalam Minyak dan menikmati minuman Jus Pengaga.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan

Tuesday, 29 March 2022 by TYTMelaka
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Sidang Pertama Upacara Konvokesyen ke-59 USM di Istana Arau, Perlis.
Turut berkenan hadir DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2020 di Mess Pegawai Kanan PDRM

Tuesday, 29 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis mencemar duli hadir ke Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2020 di Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam serta YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman turut membuat kunjungan menghadap kepada DYMM Tuanku dan DYMM Raja Perempuan sebelum bermulanya Majlis Anugerah Sanggar Sanjung.
Turut hadir DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33

Recent Posts

  • Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025

    Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025

    15 Ogos 2025 21 Safar 1447H TYT Tun Seri Setia ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP