ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Hi Tea Anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka

Saturday, 12 March 2022 by TYTMelaka
Majlis makan Malam
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir sebagai Tetamu Kehormat di Majlis Hi Tea Anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka di Grand Ballroom La Crista Hotel, Melaka.
Ketibaan YABhg. Toh Puan telah disambut oleh YBhg. Datin Wira Nornisah bt Kamis, Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datin Siti Rohaya Binti Kamaludin isteri kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Majlis ini bertujuan sebagai majlis ramah mesra dan jalinan kasih antara YABhg Toh Puan bersama ahli PERKEP Kontinjen Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Ke Bangunan Baru Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Friday, 11 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka melawat bangunan baru Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Merlimau, Melaka.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia telah diberi taklimat dan diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Abu bin Pit, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau, Melaka.

Friday, 11 March 2022 by TYTMelaka
Solat Jumaat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Seri Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 serta YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil bersama Pelajar-pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA)

Thursday, 10 March 2022 by TYTMelaka
Bacaan Yasin

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Bacaan Yasin & Tahlil bersama Pelajar-pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) yang telah dianjurkan bersama oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) di Galeri Ketua Menteri Melaka, Peringgit, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 untuk hari kedua

Thursday, 10 March 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 untuk hari kedua yang telah dipengerusikan oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu di Istana Negara, Kuala Lumpur.
YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka telah mengiringi TYT Tun Seri Setia ke mesyuarat tersebut.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan Perbincangan Ilmiah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

Thursday, 10 March 2022 by TYTMelaka
Perbincangan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman (Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial), YBhg. Profesor Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim (Profesor Emeritus di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM) dan YBrs. Dr Noraini Mohamed Hassan (Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial), untuk perbincangan kertas kajian ilmiah program Doktor Falsafah (Ph.D) yang sedang dijalankan oleh TYT Tun Seri Setia.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur ini telah disambut oleh YBhg. Profesor Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah (Timbalan Dekan Ijazah Tinggi Fakulti Sastera dan Sains Sosial).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 di Istana Negara

Wednesday, 09 March 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 di Istana Negara di Istana Negara, Kuala Lumpur.
DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Yayasan Canselor UTeM di Hotel St. Regis Kuala Lumpur

Tuesday, 08 March 2022 by TYTMelaka
Majlis Perasmiaan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir bagi menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Yayasan Canselor UTeM di Hotel St. Regis Kuala Lumpur.
Antara penyumbang yang telah menyampaikan sumbangan ialah YBhg. Datuk Seri Jamil bin Salleh (Pengerusi Panpay Holdings Sdn Bhd merangkap Pengerusi Yayasan Canselor UTeM), YBhg. Dato’ Seri Ting Teck Sheng (Pengasas merangkap Presiden Richwood Ventures Bhd), Puan Halidah Abdul Hamid (Naib Pengerusi Richwood Ventures Bhd), YBhg. Dato’ Sri Eric Lee Chang Yee (Pengarah Richwood Coastland Sdn Bhd) dan YBhg. Dato’ Paduka Mohamad Azizi bin Ali (Timbalan Pengerusi Asia Pacific Investment Trade Economic Zone Association (ASIAPEZ).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

Monday, 07 March 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YM Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Memantau Aktiviti Gotong-Royong di Galeri Ketua Menteri Melaka di Bukit Peringgit.

Sunday, 06 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir melihat kerja-kerja gotong-royong di Galeri Ketua Menteri Melaka di Bukit Peringgit.
Aktiviti gotong-royong ini adalah aktiviti khidmat masyarakat Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) membantu Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
TYT Tun Seri Setia turut melawat kawasan sekitar Bukit Peringgit sebelum berangkat pulang.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38

Recent Posts

  • Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025

    Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025

    15 Ogos 2025 21 Safar 1447H TYT Tun Seri Setia ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP