Perasmian Majlis Perayaan Ulangtahun Ke-22 Persatuan Tarian Singa dan naga Gao Feng Melaka
TYT Tun telah merasmikan Majlis Perayaan Ulangtahun Ke-22 Persatuan Tarian Singa dan Naga Gao Feng Melaka turut hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron dan Presiden Persatuan Tarian Singa dan Naga Melaka, Datuk Wira Gan Boon Leong serta Pengasa Persatun Tarian Singa dan Naga Gao Feng Malaysia, Yong Kheng Khien di Dewan Lucky Palace, Ayer Keroh pada 02.02.2018
- Published in Aktiviti
Kunjungan Hormat dari Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Melaka Raya
Seramai 40 ahli Persatuan Peniaga – Peniaga Melaka Raya (PPMR) diketua Presidennya, Chay Kam Yun mengadakan Kunjungan Hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka. TYT Tun turur memberikan pandangan serta taklimat kepada ahli – ahli PPMR untuk merencanakan aktiviti di kawasan tersebut di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 01 Februari 2018
- Published in Aktiviti
Kunjungan Hormat dari Konica Minolta Inc. Jepun dan Pengurusan Tertinggi UTeM
TYT Tun yang juga Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima kunjungan balas Pengurusan Konica Minolta Inc. Jepun diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Shingo Asai di Istana Melaka pada 31 Januari 2018. Turut menyambut ketibaan rombongan, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib.
- Published in Aktiviti
Kunjungan Hormat dari Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia
TYT Tun menerima kunjungan hormat dari Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia. Kunjungan ini bagi mengundang TYT Tun merasmikan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan ke-22 2018 yang akan diadakan di perkarangan Memorial Pengisytiharan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
- Published in Aktiviti
Kunjungan Hormat dari Pengarah Kastam Negeri Melaka
TYT Tun menerima kunjungan hormat dari Pengarah Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) negeri. Y. Bhg. Dato’ Mohd Noor bin Yusoff sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kastam Kedah selama empat tahun dan dilantik ke jawatan sekarang pada 12 April 2017 mengantikan penyandang terdahulu yang telah bersara.
- Published in Aktiviti
TYT Tun menyerahkan buku Sedekad sebagai cenderamata kepada Ketua Setiausaha Negara
TYT Tun menyerahkan buku Sedekad sebagai cenderamata kepada Ketua Setiausaha Negara sempena Kunjungan Hormat Y. Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 26 Januari 2018.
- Published in Aktiviti
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bergambar bersama warga kerja Pejabat TYT
YB. Datuk Seri Hj. Naim bin Abu Bakar, Setiausaha Kerjaaan Negeri Melaka bergambar bersama warga kerja Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Istana Melaka sempena persaraannya di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
- Published in Aktiviti
Kunjungan Hormat Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Reddy
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob menerima kunjungan hormat Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Reddy di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 07 disember 2017. Kunjungan itu merupakan salah satu dari aturcara lawatan rasmi Dame Patsy ke negara ini dan Melaka menjadi salah satu destinasi negeri yang dilawati beliau.
- Published in Aktiviti
Kunjungan Hormat Perpisahan dari Hakim Mahkamah Tinggi, Melaka
Kunjungan Hormat Perpisahan dari Y.A. Datuk Vazeer Alam Bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Tinggi, Melaka di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 06 Disember 2017 (Rabu)
- Published in Aktiviti
Penyampaian Sumbangan
TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka semasa menyampaikan sumbangan semasa Majlis Jamuan Teh sempena sambutan hari jadi beliau yang ke-79 di Taman Seribu Bunga pada 17 November 2017
- Published in Aktiviti