ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.
26 Julai 2025
30 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.
Majlis Anugerah ini adalah untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada semua khususnya para atlet, jurulatih dan penggiat sukan yang telah mengharumkan nama negeri. Semoga Melaka terus melakar pelbagai kejayaan yang membanggakan bukan sahaja dalam pembangunan negeri, tetapi juga dalam bidang sukan.
Untuk rekod banyak kejayaan telah dilakar oleh para atlet Wushu Melaka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya, pada Temasya SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, pasukan kita berjaya membawa pulang 19 pingat; termasuk 9 emas. Kemudiannya pada Temasya SUKMA 2024 di Sarawak, atlet Wushu Melaka sekali lagi membuktikan keunggulan dengan mengutip 16 pingat (7 emas, 4 perak, 5 gangsa) sekali gus muncul juara keseluruhan Wushu SUKMA 2024.
Ucapan penghargaan dan terima kasih perlu diberikan kepada Persatuan Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka serta Majlis Sukan Negeri kerana tidak pernah jemu memajukan bidang ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pimpinan serta seluruh jawatankuasa yang berusaha tanpa mengenal lelah merancang melatih dan melaksanakan program sukan secara konsisten. Setiap persatuan sukan perlulah ditadbir dengan cekap, telus dan penuh integriti kerana tanggungjawab ini adalah amanah yang besar untuk membina masa depan sukan negeri.
Turut berlangsung acara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pelbagai pihak. Semoga pemeteraian ini akan memberi impak besar kepada pembangunan platform sukan di peringkat negeri dan negara.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Olahragawan kepada Tan Zhi Yan dan Anugerah Olahragawati kepada Tan Cheong Min.
Tahniah kepada semua pemenang yang akan menerima anugerah. Teruslah melangkah lebih jauh dan membawa nama Melaka ke pentas yang lebih tinggi. Kepada yang belum berjaya, jadikan ini sebagai pemangkin untuk bangkit dengan lebih hebat pada masa hadapan.
Hadir sama YB Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan NGO; YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan; YB Tuan Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Tuan Low Chee Leon, Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Puan Leng Chau Yen, Timbalan EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YBhg. Datuk Wira Dr. Haji Nur Azmi bin Ahmad, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia; YBrs. Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri dan YBhg. Datuk Wira Gan Tian Loo, Presiden Persatuan Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
25 Julai 2025
29 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan merangkap ADUN Sungai Rambai iaitu Danial Syafiq bin Junny & pasangannya Cik Ratna Sari binti Razali di Perkarangan Japerun Sungai Rambai, Sungai Rambai, Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.
25 Julai 2025
29 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.
Sejurus memberhentikan kenderaan, TYT Tun Seri Setia menghampiri mangsa dan terus membuat panggilan ke Hospital Melaka agar pihak hospital segera menghantar ambulans untuk mengambil mangsa.
Setelah itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Melaka dan berkesempatan menyantuni beberapa pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia ke Hospital Putra, menziarahi isteri kepada YBhg. Datuk Haji Hamzah bin Haji Bajuri yang merupakan bekas guru TYT Tun Seri Setia semasa di SK Semabok pada tahun 1961
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Ilahi.Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka.
25 Julai 2025
29 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Teks khas Khutbah Jumaat bertajuk ’’Memperkasa Ekonomi Umat Islam Tanggungjawab Bersama’’ telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal Hafis bin Razali, Pengarah Bahagian Syariah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersempena Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN’25) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 26-27 Julai ini,
Turut hadir YBhg. Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Haji Azam bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Encik Rozdeen bin Mohd Jaafar, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SKM.Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
25 Julai 2025
29 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan akan pencapaian semasa Pelaksanaan Inisiatif Pendidikan serta perancangan masa depan KPM di Negeri Melaka.
Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Azam Bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; YBhg. Datuk Masyati Binti Abang Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM; YBrs. Puan Mahfudzah Binti Mohamed Noor, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan YBhg. Dato’ Amzan Bin Abd Malek, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM.Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato’ Sabari Misran, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB)

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato' Sabari Misran, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB)
24 Julai 2025
28 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato’ Sabari Misran, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB).
Hadir sama Tuan Haji Jais Bin Samingan, Setiausaha KPFB; Tuan Hj Abu Bakar Bin Rose, Bendahari KPFB dan Encik Shahran Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif KPFB.Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato' Sabari Misran, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato' Sabari Misran, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato' Sabari Misran, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB)
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjungan Perpisahan Yang Arif Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka

Thursday, 24 July 2025 by tytmelaka
Kunjungan Perpisahan Yang Arif Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka
24 Julai 2025
28 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Perpisahan Yang Arif Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka yang akan bertukar ke Putrajaya sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Arif serta menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala jasa beliau sepanjang berkhidmat di Negeri Melaka.Kunjungan Perpisahan Yang Arif Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka Kunjungan Perpisahan Yang Arif Datuk Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjung Hormat daripada Puan Mariati binti Che Omar dan Encik Mahamad Farizan Bin Mahamad

Thursday, 24 July 2025 by tytmelaka
Kunjung Hormat daripada Puan Mariati binti Che Omar dan Encik Mahamad Farizan Bin Mahamad
23 Julai 2025
27 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjung Hormat daripada Puan Mariati binti Che Omar, Pengurus Besar Negeri (Retail & Stakeholders Melaka) Tenaga Nasional Berhad Negeri Melaka dan Encik Mahamad Farizan Bin Mahamad, Pengurus Besar (Retail & Stakeholders Selangor) Tenaga Nasional Berhad Negeri Selangor.
Turut hadir Encik Shamsulharul Bin Anuar, Pengurus Tenaga Nasional Berhad Negeri Melaka.Kunjung Hormat daripada Puan Mariati binti Che Omar dan Encik Mahamad Farizan Bin Mahamad Kunjung Hormat daripada Puan Mariati binti Che Omar dan Encik Mahamad Farizan Bin Mahamad Kunjung Hormat daripada Puan Mariati binti Che Omar dan Encik Mahamad Farizan Bin Mahamad
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.

Wednesday, 23 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.
22 Julai 2025
26 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.
Hadir sama Prof. Madya Dr. Salinah binti Ja’afar, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Encik Saifulzaman bin Zahariman, Pegawai Khas kepada Naib Canselor.Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya. Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya. Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025

Monday, 21 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025
20 Julai 2025
24 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 yang diadakan di Gelanggang Gasing Delima, Kampung Pengkalan Renggam, Kandang, Melaka.
Kira-kira 100 peserta daripada 16 pasukan termasuk wakil dari negara Indonesia, Thailand, Singapura dan peserta daripada seluruh Malaysia berentap selama 3 hari di sini.
Pertandingan yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencetuskan minat bagi permainan gasing diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Usaha seperti ini perlu terus dipergiat untuk menghidupkan seni permainan tradisional Melayu khususnya permainan gasing pangkah bagi memastikan warisan ini tidak hilang ditelan zaman.
Sementara itu beberapa ketua pasukan gasing dari luar negara memuji inisiatif DMDI mempromosi permainan tradisional bagi memartabatkan permainan gasing menerusi pertandingan antarabangsa seperti ini.
Selepas menyempurnakan perasmian penutup, TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Selangor menentang pasukan Melaka yang telah berlangsung dengan penuh sengit.
Tahniah kepada pasukan Selangor yang telah muncul sebagai juara untuk Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 edisi pertama ini.
Turut hadir YB Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Islam merangkap ADUN Ayer Molek; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan DMDI; YBrs. Cik Ezlina Binti Alias, Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Melaka dan YBhg. Datuk Haji Abu Bakar Bin Abdul selaku Pengerusi pertandingan.Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12

Recent Posts

  • Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa

    Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa

    13 Oktober 2025 21 Rabiulakhir 1447H TYT Tun Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP