Majlis Bacaan Yasin & Munajat Kesyukuran Sempena Tahun Baharu 2022
Friday, 31 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB.Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka, hadir ke Majlis Bacaan Yasin & Munajat Kesyukuran Sempena Menyambut Tahun Baharu 2022 peringkat Negeri Melaka di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Majlis bacaan surah Yasin telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh barisan-barisan kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan dan ahli kariah masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Jumaat di Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah
Friday, 31 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, Kampung Duyong, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Hadir Malam Mantai Majlis Perkahwinan Anak lelaki Encik Syamsul Izani bin Ab Manaf
Friday, 31 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir malam mantai Majlis Perkahwinan Anak lelaki Encik Syamsul Izani bin Ab Manaf iaitu Encik Arash Daniel bin Syamsul Izani dan pasangannya Cik Noor Lailie Binti Zainal bertempat di Taman Bukit Lintang Indah, Melaka yang akan berlangsung pada 1 Januari 2022.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat dari Pengurusan Koperasi Gerakan Belia 4B Berhad
Thursday, 30 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari Pengurusan Koperasi Gerakan Belia 4B Berhad (KOBI)
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama YBhg. Datuk Ng Peng Hay dan Encik Lau Yek Han
Tuesday, 28 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Datuk Ng Peng Hay dan Encik Lau Yek Han.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Pengarah Kastam Negeri Melaka
Tuesday, 28 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Puan Norlela Binti Ismail, Pengarah Kastam Negeri Melaka.
Turut hadir Puan Noor Aishah Binti Mohd Samsi (Timbalan Pengarah Perkastaman Negeri Melaka), Encik Zulkifli Bin Muhammad (Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Negeri Melaka), Encik Mohd Tuah Bin Mohamed (Penguasa Kastam).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Orang Kaya, Pegawai Daerah & MAIM Kampar, Perak
Tuesday, 28 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Toh Sedawa Raja Dato Abdul Talib bin Abd. Fahmi, Orang Kaya Jajahan Kampar, Perak dan Tuan Khairul Anwar bin Ramli, Pegawai Daerah Kampar.
Turut hadir Encik Saiful Nizam bin Not, Pegawai Baitumal Daerah Kampar / Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sumbangan Bantuan Akibat Terkesan Banjir
Tuesday, 28 December 2021
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama Ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Melaka (WI) menziarahi serta menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada 37 buah keluarga yang terkesan akibat banjir yang lalu di Kampung Telok Berembang, Pengkalan Pauh dan Sungai Jerneh.
Sumbangan adalah dari pihak Tabung Bencana Biro Kebajikan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Melaka (WI) yang dipengerusikan oleh YABhg. Toh Puan dan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) serta daripada syarikat MAMEE Double-Decker (M) Sdn. Bhd.
YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan wang tunai, sejadah dan telekong kepada Masjid dan surau di sekitar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Hadir Sempena Sambutan Hari Natal dan Majlis Perkahwinan
Monday, 27 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke rumah Encik Joseph Sta Maria sempena sambutan Hari Natal disamping meraikan perkahwinan anak beliau iaitu Mr. Brandon dan Ms. Benita di Bandar Hilir, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat ke Perkampungan Portugis bagi memeriahkan sambutan Hari Natal Tahun 2021 sambil diiringi oleh YBhg. Datuk Wira MS Mahadevan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi Keluarga Allahyarham YBhg. Datuk TPr Mohd Faidzal bin Hamzah
Monday, 27 December 2021
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi keluarga Allahyarham YBhg. Datuk TPr Mohd Faidzal bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia / mantan Pengarah PLANMalaysia Negeri Melaka yang telah meninggal dunia dan disembahyangkan di Masjid Saga Air Pa’abas, Alor Gajah.
YB Dato’ Ts. Kamel bin Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka juga turut hadir sama menziarahi keluarga Allahyarham dan menunaikan solat jenazah bersama TYT Tun Seri Setia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










