ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka

Wednesday, 12 March 2025 by tytmelaka
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka
5 Mac 2025
4 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Setelah selesai Solat Tarawih, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Shahir Arifin bin Ahmad Fadzil, Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) telah menyampaikan tazkirah ringkas berkenaan kebesaran bulan Ramadan.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan kepada masjid serta sumbangan Ramadan kepada para jemaah.
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka 2 Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka 3 Solat Isyak dan Terawih di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan Kepimpinan Negeri

Wednesday, 12 March 2025 by tytmelaka
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan Kepimpinan Negeri
4 Mac 2025
3 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka, Barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN), Ahli Parlimen, Senator serta Ex-Officio di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan Kepimpinan Negeri 4
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan Kepimpinan Negeri 3 Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan Kepimpinan Negeri 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka

Wednesday, 12 March 2025 by tytmelaka
Menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka
4 Mac 2025
3 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka, yang rumahnya musnah akibat kebakaran yang berlaku semalam di Kampung Peringgit, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia pada jam 10.00 pagi di lokasi kejadian disambut YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan.
TYT Tun Seri Setia menekankan pentingnya agar bantuan dari agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan perlu disegerakan terutamanya kepada mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran atau bencana alam.
YABhg. Toh Puan pula telah mengadakan lawatan berasingan pada jam 12.00 tengahari sejurus selepas selesai Program bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Auditorium Masjid Al-Azim.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan peribadi dan menzahirkan ucapan takziah serta berharap Cik Juhaida Jamari bersabar di atas dugaan yang menimpa ini.
Menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka 1 Menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka 2 Menyantuni Cik Juhaida Jamari, Jurugambar Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar

Wednesday, 12 March 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato' Dzulkhairi bin Mukhtar
4 Mac 2025
3 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka yang baru.
Dalam kunjungan ini TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Melaka yang baru bagi menggantikan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah yang telah bersara wajib.
Turut hadir ACP Zulkifli bin Arin, Ketua Cawangan Khas Melaka dan Supt. Izuddin bin Ab Wahab, Ketua Jabatan Pengurusan Melaka.
Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato' Dzulkhairi bin Mukhtar 2 Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato' Dzulkhairi bin Mukhtar 3 Kunjungan Hormat daripada YDH. DCP Dato' Dzulkhairi bin Mukhtar 4
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang

Wednesday, 12 March 2025 by tytmelaka
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang
3 Mac 2025
2 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang.
Usai solat TYT Tun Seri Setia bermoreh bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada para jemaah.
Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang 2 Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang 3 Solat Isyak dan Terawih di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj, Bukit Beruang 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Isyak dan Terawih di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang

Wednesday, 12 March 2025 by tytmelaka
Solat Isyak dan Terawih di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang
1 Mac 2025

30 Syaaban 1446H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Isyak dan Terawih bersama keluarga serta kakitangan & Anggota Polis Cawangan Istana Melaka di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang.
Solat Isyak dan Terawih di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang 2 Solat Isyak dan Terawih di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka

Tuesday, 11 March 2025 by tytmelaka
28 Februari 2025
29 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Maghrib berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka 2 Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka 3 Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid An Ne’mah Bukit Piatu, Melaka

Tuesday, 11 March 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid An Ne'mah Bukit Piatu, Melaka
28 Februari 2025
29 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Ne’mah Bukit Piatu, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia berkesempatan mengadakan lawatan ke Masjid Al-Ibadah Bukit Piatu iaitu masjid baru yang masih belum beroperasi.
Setelah menerima berita tentang kematian seorang anggota polis Melaka akibat kemalangan jalan raya, TYT Tun Seri Setia terus ke Hospital Melaka bagi memberi penghormatan terakhir dan menzahirkan ucapan takziah kepada suami dan keluarga mangsa supaya tabah di atas kehilangan orang tersayang.
Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang saleh. Amin.
Al-Fatihah.
Solat Jumaat di Masjid An Ne'mah Bukit Piatu, Melaka 4 Solat Jumaat di Masjid An Ne'mah Bukit Piatu, Melaka 3 Solat Jumaat di Masjid An Ne'mah Bukit Piatu, Melaka 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Tuesday, 11 March 2025 by tytmelaka
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat
27 Februari 2025
28 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan di Surau Istana Melaka.
Majlis diserikan dengan kehadiran 11 Institusi Pendidikan Islam dari kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya antaranya Maahad Tahfiz Al Hidayah; Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin; Madrasah Tahfiz Al Quran Rabiatul Adawiyah; Darul Ulum Al Islamiyyah; Akademi Tahfiz Abdul Aziz; Maahad Tahfiz Abu Bakar; Darul Ulum Al Islamiyah Lil Banat; Tahfiz Ar-Rosyidi Wa Dirasatud Din; Kolej AI-Quran Saidina Ali; Maahad Tahfiz AI Quran & Turath Aktif dan Madrasah Tahfiz Dar Muqarrabin.
Majlis ini dimulakan dengan Solat Maghrib disambung dengan bacaan Yasin & Tahlil serta tazkirah ringkas berkenaan kemuliaan bulan Ramadan. Kemudiannya majlis diteruskan dengan Solat Isyak dan jamuan.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada 11 buah institusi dan kepada semua yang hadir.
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat 2 Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat 3 Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Vanu Gopala Menon

Tuesday, 11 March 2025 by tytmelaka
Kunjungan Hormat daripada TYT Vanu Gopala Menon
26 Februari 2025
27 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Kunjungan Hormat daripada TYT Vanu Gopala Menon 2 Kunjungan Hormat daripada TYT Vanu Gopala Menon 3 Kunjungan Hormat daripada TYT Vanu Gopala Menon 4
Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25

Recent Posts

  • perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    26 Ogos 2025 2 Rabiulawal 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP