ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Monday, 14 March 2022 by TYTMelaka
Majlis Perasmiaan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang bertempat di Dewan Besar UTeM.
Pada sesi pertama ini YBhg. Datuk Ismail bin Hassan, Naib Canselor Pertama UTeM (2007 – 2008) telah menerima Anugerah Profesor Emeritus. Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jasa Cemerlang), Muhammad Isa bin Ishak dipilih untuk menyampaikan ucapan bagi wakil graduan. Seramai 3,275 graduan yang telah berjaya menamatkan pelajaran bagi Majlis Konvokesyen Ke-17 ini.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dan semua warga kerja UTeM bagi menjayakan majlis ini.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan anak lelaki Tuan Hj. Zaidan bin Abd Hadi

Sunday, 13 March 2022 by TYTMelaka
Majlis Perkahwinan

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak lelaki Tuan Hj. Zaidan bin Abd Hadi iaitu Aizat bin Zaidan & pasangannya Tunku Shahira Nadira binti Tunku Ikmal Pasha di Balairong, Tasik Ayer Keroh, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan anak lelaki dan anak perempuan Puan Hjh. Halijah bte Hj. Hassan

Sunday, 13 March 2022 by TYTMelaka
Majlis Perkahwinan

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak lelaki dan anak perempuan Puann Hjh. Halijah bte Hj. Hassan iaitu Encik Muhammad Fakhri bin Hj. Mustafa & Pasangannya Cik Aisyatul Athirah binti Mustami dan juga Cik Nurfarahain binti Hj. Mustafa & Tuan Muhammad Farhan bin Tuan Mohamad di Kampung Bukit Durian, Ayer Molek, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Hi Tea Anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka

Saturday, 12 March 2022 by TYTMelaka
Majlis makan Malam
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir sebagai Tetamu Kehormat di Majlis Hi Tea Anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka di Grand Ballroom La Crista Hotel, Melaka.
Ketibaan YABhg. Toh Puan telah disambut oleh YBhg. Datin Wira Nornisah bt Kamis, Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datin Siti Rohaya Binti Kamaludin isteri kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Majlis ini bertujuan sebagai majlis ramah mesra dan jalinan kasih antara YABhg Toh Puan bersama ahli PERKEP Kontinjen Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Ke Bangunan Baru Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Friday, 11 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka melawat bangunan baru Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Merlimau, Melaka.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia telah diberi taklimat dan diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Abu bin Pit, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau, Melaka.

Friday, 11 March 2022 by TYTMelaka
Solat Jumaat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Seri Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 serta YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil bersama Pelajar-pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA)

Thursday, 10 March 2022 by TYTMelaka
Bacaan Yasin

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Bacaan Yasin & Tahlil bersama Pelajar-pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) yang telah dianjurkan bersama oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) di Galeri Ketua Menteri Melaka, Peringgit, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 untuk hari kedua

Thursday, 10 March 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 untuk hari kedua yang telah dipengerusikan oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu di Istana Negara, Kuala Lumpur.
YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka telah mengiringi TYT Tun Seri Setia ke mesyuarat tersebut.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan Perbincangan Ilmiah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

Thursday, 10 March 2022 by TYTMelaka
Perbincangan
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman (Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial), YBhg. Profesor Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim (Profesor Emeritus di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM) dan YBrs. Dr Noraini Mohamed Hassan (Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial), untuk perbincangan kertas kajian ilmiah program Doktor Falsafah (Ph.D) yang sedang dijalankan oleh TYT Tun Seri Setia.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur ini telah disambut oleh YBhg. Profesor Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah (Timbalan Dekan Ijazah Tinggi Fakulti Sastera dan Sains Sosial).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 di Istana Negara

Wednesday, 09 March 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 di Istana Negara di Istana Negara, Kuala Lumpur.
DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-258 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 103
  • 104
  • 105
  • 106
  • 107

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa

    Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa

    2 September 2025 9 Rabiulawal 1447H TYT Tun Ser...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP