Perjumpaan Bersama Penasihat Undang-Undang UTeM
Tuesday, 18 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengadakan perjumpaan bagi mendengar taklimat berkaitan Kelulusan Statut-Statut UTeM oleh YBhg. Datuk Azhar bin Mohamed, Penasihat Undang-Undang UTeM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat ADUN Ayer Limau
Tuesday, 18 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan
Monday, 17 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat PYT Amna Baloch, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia.
Selepas perjumpaan TYT Tun Seri Setia sempat membawa PYT dan rombongan melawat kawasan Taman Seribu Bunga dan makan tengahari di Restoran Mohd Chan by The Garden.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat BERNAMA, Astro Awani, PPK & ISWAMI
Monday, 17 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan YBhg. Datuk Mokhtar Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Encik Ashwad Ismail (Ketua Pengarang Astro Awani), Encik Roslan Ariffin (Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (PPK)) dan YBhg. Datuk Zakaria Abdul Wahab serta Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Dari Sabah
Saturday, 15 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Puan Normalah binti Rasik dan Puan Cahaya binti Haji Sulaiman dari Sabah di Istana Melaka, Bukit Beruang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Hoo Ah Ao
Saturday, 15 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hoo Ah Ao di Tiang Dua, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut bertemu ahli keluarga mendiang untuk menyampaikan salam takziah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Naim, Durian Tunggal
Friday, 14 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Naim, Durian Tunggal, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Daripada IPK
Friday, 14 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada ACP Azlan bin Abu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Melaka yang akan berpindah ke Bukit Aman dan akan digantikan dengan ACP Lim Meng Seah.
Turut sama membuat Kunjungan Hormat ialah ACP Christopher Patit, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah yang telah lapor diri pada 8 Disember yang lalu.
YDH DCP Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali, Ketua Polis Melaka dan ACP Zaiton binti Tokiman, Ketua Jabatan Cawangan Khas IPK Melaka turut hadir dalam pertemuan ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mengunjungi Kebun Durian Musang King Uncle Thing di Kampung Sungai Ruan
Thursday, 13 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi Kebun Durian Musang King Uncle Thing di Kampung Sungai Ruan, Raub, Pahang bagi mendengar taklimat cara pemprosesan durian untuk dieksport ke luar negara. TYT Tun Seri Setia juga turut melawat sekitar kebun durian milik Uncle Thing.
Dalam lawatan ini juga, TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat ke Karak Orchad Resort di Karak, Pahang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Istana Melaka
Thursday, 13 January 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Istana Melaka bersama anak-anak tahfiz dari Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA), Jabatan Agama Islam Melaka. Turut hadir Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Masjid Tanah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti