Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim bagi Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Thursday, 17 April 2025
17 April 2025
18 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis yang akan berlangsung malam ini di Istana Arau, Perlis.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato’ Azhar Arshad
Thursday, 17 April 2025
17 April 2025
18 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Melaka.
Turut hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh
Wednesday, 16 April 2025
16 April 2025
17 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke 54th Anniversary of the Independence and National Day of Bangladesh yang diadakan di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB.Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta TYT Mr. Md. Shameem Ahsan, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali
Wednesday, 16 April 2025
16 April 2025
17 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali, Mantan Ketua Polis Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menziarahi pesakit-pesakit lain diiringi oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan mendoakan agar segera peroleh kesembuhan serta dipermudahkan semua urusan.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025
Tuesday, 15 April 2025
15 April 2025
16 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 yang diadakan di Masjid Al-Aminin, Klebang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Masjid Al-Aminin, Kg. Batang Tiga; Sekolah Rendah Arab (JAIM), Batang Tiga dan Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah serta sumbangan duit raya kepada Anak-Anak Tahfiz Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Pengebumian Negara bagi Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tuesday, 15 April 2025
15 April 2025
16 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Pengebumian Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkesempatan menyampaikan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Jeanne Abdullah serta ahli keluarga Allahyarham.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir hari ini TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang; TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah; YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri Malaysia, mantan Perdana Menteri termasuk menteri-menteri kabinet dan agensi-agensi kerajaan serta ribuan rakyat Malaysia.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka
Monday, 14 April 2025
14 April 2025
15 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah Bomba Negeri Melaka.
Hadir sama Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin.
Sejurus tiba TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat gerai-gerai yang telah disediakan oleh kakitangan bomba dari seluruh negeri Melaka serta beramah mesra bersama hadirin dan kemudiaannya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin
Sunday, 13 April 2025
13 April 2025
14 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga merangkap ADUN Pengkalan Batu yang diadakan di Bachang, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka; YB. Tuminah Kadi @ Mohd Hashim, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil
Sunday, 13 April 2025
13 April 2025
14 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Negeri Melaka bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Melaka (PERKIM) dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Lim Ban Hong, ADUN Klebang.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh
Saturday, 12 April 2025
12 April 2025
13 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri merangkap ADUN Merlimau bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang turut berkenan mencemar duli memeriahkan majlis ini.
Selesai di Merlimau TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Negeri Melaka merangkap ADUN Telok Mas di Padang Bola Sepak, Taman Seri Telok Mas serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12 merangkap ADUN Lendu yang diadakan Dewan Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Tahun 2025 yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti