ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Saturday, 12 April 2025 by tytmelaka
Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 2
12 April 2025
13 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang sempena keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku ke Negeri Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerjaraya, Infrasuktur, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka; YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 1 Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 3 Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi Puan Hajah Zalina binti Abu Zahar

Saturday, 12 April 2025 by tytmelaka
Menziarahi Puan Hajah Zalina binti Abu Zahar 1
12 April 2025
13 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi Puan Hajah Zalina binti Abu Zahar, besan kepada TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Melaka.
Menziarahi Puan Hajah Zalina binti Abu Zahar 3 Menziarahi Puan Hajah Zalina binti Abu Zahar 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan

Friday, 11 April 2025 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan 2
11 April 2025
12 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memeriahkan Hari Raya tahun ini dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan yang diadakan di Taman Batang Melaka Jaya.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka bersama YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana bersama YB. Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka yang diadakan di Surau Taman Kota Laksamana, Taman Kota Laksamana, Melaka.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan 3 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan 1 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu Universiti Islam Melaka (UNIMEL)

Friday, 11 April 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 1
11 April 2025
12 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak usai selesai solat.
Turut hadir YB. Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia hadir ke jamuan Aidilfitri UNIMEL bersama pengurusan tertinggi serta kakitangan UNIMEL.
Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 2 Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 4 Solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Permatang Ilmu Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari

Thursday, 10 April 2025 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari 2
10 April 2025
11 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap ADUN Bukit Katil Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari 3 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari 1 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan Terakhir kepada Mendiang Datuk Gunasegaran A/L Sannassy

Tuesday, 08 April 2025 by tytmelaka
Penghormatan Terakhir kepada Mendiang Datuk Gunasegaran A/L Sannassy 1
8 April 2025
9 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Gunasegaran A/L Sannassy di Cheng, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan bersabar di atas kehilangan orang tersayang.
Penghormatan Terakhir kepada Mendiang Datuk Gunasegaran A/L Sannassy 2 Penghormatan Terakhir kepada Mendiang Datuk Gunasegaran A/L Sannassy 3 Penghormatan Terakhir kepada Mendiang Datuk Gunasegaran A/L Sannassy 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum

Sunday, 06 April 2025 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum 2
6 April 2025
5 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bersama YB. Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Kuala Linggi yang diadakan di Kompleks Japerun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum 4 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum 1 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Wira Ibrahim Durum 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka

Saturday, 05 April 2025 by tytmelaka
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka 1
5 April 2025
4 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri dan isteri YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan lsmail; YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz; YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan isteri YBhg. Datin Ping Bungan.
Majlis ini merupakan kesinambungan tradisi sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang. Bertemakan ‘ Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara’, program ini mengangkat nilai ihsan dan semangat toleransi sebagai asas kepada kesatuan dalam kepelbagaian. Ia turut menjadi wadah untuk meraikan kemajmukan budaya Malaysia dan memperkukuh nilai keharmonian serta kesejahteraan dalam masyarakat.
Hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Negara, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran lebih 60,000 pengunjung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah tradisional, menambah seri dan kemeriahan suasana Syawal pada kali ini.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Melaka kerana telah dipilih menjadi lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia (VM 2026) oleh Kerajaan Persekutuan.
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka 2 Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka 3 Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka 4 Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar

Friday, 04 April 2025 by tytmelaka
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar 2
4 April 2025
5 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim yang diadakan di Dewan Bendahara, MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri dan YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar 1 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar 3 Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh

Friday, 04 April 2025 by tytmelaka
Kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh 1
4 April 2025
5 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh, Pernu, Melaka.
TYT Tun Seri Setia diiringi Ustazah Hajah Nuha, Pengerusi Madrasah Darul Aitam berkesempatan melihat bagunan dewan dan tempat belajar untuk anak-anak yatim yang masih dalam proses pembaikan.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia turut singgah melihat proses pembinaan Pondok Turath Ar Rahmah di Solok Gaung Ayer Molek.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia menziarahi kenalan-kenalan lama yang uzur iaitu YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah; dan keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon serta berkesempatan melawat pusara Allahyarham Syamsul Izani bin Ab Manaf.
TYT Tun Seri Setia mendoakan semoga mereka semua dikurniakan kesembuhan dan sihat wal’afiat serta mendapat rahmat Allah SWT.
Kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh 4 Kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh 3 Kunjungan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Kg. Bukit Pegoh 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15

Recent Posts

  • perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    26 Ogos 2025 2 Rabiulawal 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP