ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Guangdong

Tuesday, 06 March 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

Rombongan Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Guangdong seramai 6 orang itu beradi di Melaka sempena Lawatan Kerja ke Malaysia. Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Guangdong Chen Qiuyan diiringi Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Sulaiman Md. Ali dan wakil Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Guangdong di Malaysia, Eng Kim Huat. Kunjungan Hormat itu telah di adakan di Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 6 Mac 2018.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

Thursday, 01 March 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Perkahwinan T.Y.T Tun dan YABhg Toh Puan yang Ke 53 Tahun telah diadakan di Surau Istana Melaka pada 1 Mac 2018 lalu. Hadir sama, Ketua Protokol dan Istiadat, Datuk Wira As Khamis, Pemangku Setiausaha Sulit, Mohd Harith Rahmad dan Datuk Bentara istana Melaka, Datuk Omar Yusof.

Turut Hadir sama Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Datuk Khamis Abbas, kenalan rapat, kakitangan Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka serta anggota Keselamatan Istana Melaka. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yassin, Tahlil, Doa Selamat, Tazkirah dan solat Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusoff Zakaria.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Golf Persahabatan Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka bersama Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah

Friday, 23 February 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli hadir ke perlawanan Golf Persahabatan Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka bersama Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah Darul Aman di Ayer Keroh Country Club (AKCC). TYT Tun turut hadir ke perlawanan persahabatan itu dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron. Perlawanan golf persahabatan tersebut melibatkan penyertaan peserta yang terdiri daripada barisan kenamaan kedua-dua negeri itu.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Pertandingan boling tertutup anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan

Friday, 09 February 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

Pertandingan boling tertutup anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Melaka International Bowling Center, Ayer Keroh pada 9 Februari lalu. Pertandingan ini di sertai oleh ahli-ahli kelab seramai hampir 50 orang. Turut hadir dan menyertai pertandingan Pengerusi En Mohd Harith bin Rahmad dan Timbalan Pengerusi kelab DSP Mohd Nashriq bin Sanudin

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Perasmian Majlis Perayaan Ulangtahun Ke-22 Persatuan Tarian Singa dan naga Gao Feng Melaka

Friday, 02 February 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

TYT Tun telah merasmikan Majlis Perayaan Ulangtahun Ke-22 Persatuan Tarian Singa dan Naga Gao Feng Melaka turut hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron dan Presiden Persatuan Tarian Singa dan Naga Melaka, Datuk Wira Gan Boon Leong serta Pengasa Persatun Tarian Singa dan Naga Gao Feng Malaysia, Yong Kheng Khien di Dewan Lucky Palace, Ayer Keroh pada 02.02.2018

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat dari Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Melaka Raya

Thursday, 01 February 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

Seramai 40 ahli Persatuan Peniaga – Peniaga Melaka Raya (PPMR) diketua Presidennya, Chay Kam Yun mengadakan Kunjungan Hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka. TYT Tun turur memberikan pandangan serta taklimat kepada ahli – ahli PPMR untuk merencanakan aktiviti di kawasan tersebut di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 01 Februari 2018

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat dari Konica Minolta Inc. Jepun dan Pengurusan Tertinggi UTeM

Wednesday, 31 January 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

TYT Tun yang juga Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima kunjungan balas Pengurusan Konica Minolta Inc. Jepun diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Shingo Asai di Istana Melaka pada 31 Januari 2018. Turut menyambut ketibaan rombongan, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat dari Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia

Tuesday, 30 January 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

TYT Tun menerima kunjungan hormat dari Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia. Kunjungan ini bagi mengundang TYT Tun merasmikan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan ke-22 2018 yang akan diadakan di perkarangan Memorial Pengisytiharan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat dari Pengarah Kastam Negeri Melaka

Tuesday, 30 January 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

TYT Tun menerima kunjungan hormat dari Pengarah Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) negeri. Y. Bhg. Dato’ Mohd Noor bin Yusoff sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kastam Kedah selama empat tahun dan dilantik ke jawatan sekarang pada 12 April 2017 mengantikan penyandang terdahulu yang telah bersara.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments

TYT Tun menyerahkan buku Sedekad sebagai cenderamata kepada Ketua Setiausaha Negara

Friday, 26 January 2018 by TYTMelaka
aktiviti tyt

TYT Tun menyerahkan buku Sedekad sebagai cenderamata kepada Ketua Setiausaha Negara sempena Kunjungan Hormat Y. Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 26 Januari 2018.

Read more
  • Published in Aktiviti
No Comments
  • 166
  • 167
  • 168
  • 169
  • 170

Recent Posts

  • Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-39

    Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-39

    10 November 2025 18 Jamaldilawal 1447H TYT Tun ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP