KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
Tuesday, 05 November 2024
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
17 Oktober 2024
14 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Turut hadir YBrs. Tuan Muhammad Firdaus Bin Shariff, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo
Tuesday, 05 November 2024
10 Oktober 2024
6 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo semasa mengadakan lawatan sempena menghadiri 13th World Junior, Cadet & U21 Championship yang berlangsung di Italy.
Turut hadir Encik Ahmad Fuad Mohd Norzin, Charge d’Affaires a.i / Minister Counselor / Head of Chanchery Kedutaan Malaysia di Italy.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-5
Tuesday, 05 November 2024
LE TOUR DE LANGKAWI MALAYSIA 2024 PERINGKAT KE-5 KUALA LUMPUR – MELAKA
3 Oktober 2024
29 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-5 Kuala Lumpur – Melaka yang berlangsung di MITC, Melaka.
Turut hadir YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.
Perlumbaan peringkat ke-5 yang bermula daripada Menara Berkembar Petronas (KLCC) akan menempuh jarak sejauh 163.7km untuk tiba di garisan penamat di MITC, Melaka.
Tahniah kepada semua 105 pelumba yang menamatkan perlumbaan pada peringkat kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur
Tuesday, 01 October 2024
27 September 2024
23 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur.
Turut hadir TYT Dr. Edin Jahic, Duta Besar Bosnia & Herzegovina ke Malaysia dan YBhg. Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, Presiden MBBC.
TYT Tun Seri Setia turut melancarkan Sarajevo Business Dialogue 2024 dan Projek wakaf Al-Quran sebanyak 20,000 buah ke Bosnia & Herzegovina serta laman web rasmi MBBC
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas
Tuesday, 01 October 2024
23 September 2024
19 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas.
Turut hadir YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri merangkap ADUN Telok Mas; YB. Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan mengadakan lawatan ke bilik darjah serta beramah mesra bersama murid-murid dan guru-guru.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan semua pihak yang terlibat dalam menyumbang khidmat bakti bagi merealisasikan projek pembinaan Sekolah Rendah Agama JAIM Kampung Tersusun Bukit Larang ini yang mampu memuatkan seramai 414 orang murid bagi 2 sesi dengan 9 bilik darjah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat AKF Executive Committee di Hangzhou, China
Thursday, 19 September 2024
18 September 2024
14 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) menghadiri Mesyuarat AKF Executive Committee yang berlangsung di Hangzhou, China bersempena 20th Asian Senior Karate Championship & 3rd Asian Para-Karate Championship yang diadakan di sini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
Thursday, 19 September 2024
15 September 2024
11 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) dianjurkan sempena sambutan Harí Malaysia sejak tahun 2020 lagi. SDPAHM adalah anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kumpulan Media Karangkraf.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia berharap PEMUISI sentiasa mengkaji agar aktiviti puisi sastera dapat dijadikan produk pelancongan supaya seni budaya negara kita dapat dipertontonkan, dinikmati, difahami dan dihayati. Program rentas budaya ini mampu menarik pelancong asing mahupun domestik mengenali budaya warisan tempatan. TYT Tun Seri Setia juga menyatakan Melaka mengalu-alukan usaha PEMUISI untuk menganjurkan Festival Puisi Antarabangsa tahun 2025 di Negeri Melaka.
Tahun ini, seramai 15 orang johan di peringkat negeri berentap di peringkat kebangsaan. Pelbagai cabaran telah diberikan kepada semua peserta mengikut kaedah dan syarat yang diperkenalkan dengan kreativiti masing-masing dalam mendeklamasikan puisi dalam bentuk artistik dan memberi kesan yang mendalam kepada penonton.
Tahniah kepada peserta dari Selangor, Ahmad Saidun Mohamad Mokhtar berjaya mengondol Anugerah Platinum Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia kali ke-5 ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Thursday, 19 September 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024
16 September 2024
12 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 yang bermula di Stadium Tun Fatimah, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, merangkap Pengerusi Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka tahun 2024, YB-YB EXCO, YB-YB ADUN, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindir ke Dataran Pusat Islam Melaka membabitkan seramai 123 kontinjen terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan termasuk swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Perarakan turut disertai Japerun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, masjid dan surau serta sekolah-sekolah.
Walaupun keadaan cuaca hujan, iainya tidak mematahkan semangat hampir 7,000 peserta perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Penutupan Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024
Thursday, 19 September 2024
KEMPORI PENGAKAP GERAK KHAS 2024
15 September 2024
11 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024 di Sekolah Kebangsaan Kem Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka.
Turut hadir YDH. Brigedier Jeneral Musyadi bin Abdul Mutalib, Ketua Staf Perkhidmatan Markas 21 Gerup Gerak Khas; YDH. Kolonel Abd Razak bin Yaakob, Pegawai Memerintah Rejimen 21 Gerak Khas; YBhg. Mejar Jeneral (B) Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin, Ketua Pengakap Negara dan YBrs. Tuan Haji Nasaruddin Bin Shamsuddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
Kempori Pengakap Gerak Khas Peringkat Kebangsaan 2024 ini adalah anjuran bersama Sekolah Kebangsaan Kem Gerak Khas, Kem 21 Komando Gerak Khas dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka (PPM) bermula dari 13 hingga 15 September 2024
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-‘Iffah Selandar, Melaka.
Thursday, 19 September 2024
13 September 2024
9 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-‘Iffah Selandar, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas diiringi YB. Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital serta YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi Tn. Hj. Sharif bin Ahmad, mantan Pengerusi 4B Kawasan Selandar di Taman Kesang Indah, Jasin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti