Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Thursday, 19 September 2024
12 September 2024
8 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia diiiringi YB. Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri dan YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak.
Program ini juga merupakan tahun ke-5 dianjurkan semenjak tahun 2020 yang merupakan hasrat TYT Tun Seri Setia dalam meningkatkan perpaduan demi kejayaan dan kestabilan rakyat.
Pada tahun ini ada kelainan dibawa iaitu pemidato daripada Murid Berkeperluan Khas yang juga turut sama menyertai pertandingan pada tahun ini. Seramai 9 penyertaan untuk sekolah rendah dan 9 penyertaan bagi sekolah menengah.
Tahun ini mencipta rekod baharu dengan penyertaan seramai 3,775 orang peserta dari seluruh Malaysia yang akan bertanding dalam 7 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan), Kategori Sekolah Rendah (Murid Berkeperluan Khas), Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan), Kategori Sekolah Menengah (Murid Berkeperluan Khas), Kategori Institut Pengajian Tinggi, Kategori Bukan Melayu dan juga Kategori Awam.
Tahniah kepada Encik Abdullah bin Long kerana berjaya merangkul Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan sekaligus dinobatkan Johan bagi kategori awam.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YDH. TKP Rosman Bin Norman@Normin, Pengarah Negeri Jabatan Penjara Malaysia Melaka
Thursday, 12 September 2024
11 September 2024
7 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YDH. TKP Rosman Bin Norman@Normin, Pengarah Negeri Jabatan Penjara Malaysia Melaka yang baru.
Hadir sama YDH. PKK Norneelah Binti Shukor, Timbalan Pengarah Negeri; YDH. TKP Khairil Nizam Bin Anuar, Pengarah Penjara Sungai Udang; YDH. PKP Talhah Bin Hasim, Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad; YDH. PKP Mohd Idlan Bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan YDH. PKP Azuwan Hafiz Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pestabola Merdeka
Thursday, 12 September 2024
8 September 2204
4 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Pestabola Merdeka yang menyaksikan Pasukan Malaysia akhiri badi trofi 14 tahun Malaysia muncul juara setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan jaringan tunggal Romel Morales pada minit ke-33 itu menamatkan kemarau kejuaraan negara di pentas antarabangsa yang kali terakhir memenangi Piala Suzuki pada 2010.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia
Thursday, 12 September 2024
8 September 2204
4 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima kunjungan Bapak Sonny Harry B Harmadi, Deputi Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Republik Indonesia bersama delegasi di Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka
Thursday, 12 September 2024
7 September 2024
3 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Jamuan Teh Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2024.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan kepada kepada Anak Yatim, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta beramah mesra bersama hadirin.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 04 September 2024
3 September 2024
29 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Resepsi Fd Idzham dan YAM Tengku Puteri Afzan
Wednesday, 04 September 2024
31 Ogos 2024
26 Safar 1446H
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DIATAS PERKAHWINAN DIRAJA YANG AMAT MULIA TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH DENGAN PASANGANNYA FD IDZHAM BIN FD ISKANDAR.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Resepsi Fd Idzham & YAM Tengku Puteri Afzan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & Duli Yang Maha Mulia Sultan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah & Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli hadir ke majlis.
Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka adinda serta kerabat bergelar.
Majlis turut dihadiri TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor serta YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka
Wednesday, 04 September 2024
31 Ogos 2024
26 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Persiaran Jalan Merdeka (hadapan Mahkota Parade), Banda Hilir, Melaka.
Pada tahun ini, tema Sambutan Hari Kebangsaan iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran yang digabung jalin dengan integrasi sosial dan ekonomi bagi membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.
Kira-kira 6,800 peserta mewakili 135 pasukan yang telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, meliputi wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah seluruh Negeri Melaka termasuk kelab, persatuan dan NGO
Turut menyertai perarakan ialah kenderaan-kenderaan pelbagai agensi antaranya aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Walaupun cuaca hujan pada sebelah pagi sebelum bermulanya majlis, ianya tidak mematahkan semangat peserta perbarisan termasuk rakyat Melaka yang telah hadir ke tapak majlis seawal jam 6.00 pagi, bagi menunjukkan semangat patriotik mereka serta kecintaan kepada Negara demi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3
Wednesday, 28 August 2024
26 Ogos 2024
21 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi Sesi 3, Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Tun Seri Setia yang ke-75.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75
Wednesday, 28 August 2024
25 Ogos 2024
20 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-75 di Alor Gajah, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti