Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka
Monday, 25 March 2024
22 Mac 2024
11 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka di MITC, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada hampir 200 orang anak yatim dan asnaf yang diraikan.
Usai selesai berbuka dan Solat Maghrib TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Jumaat di Masjid An-Nur, Taman Maju, Jasin
Monday, 25 March 2024
22 Mac 2024
11 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nur, Taman Maju, Jasin, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi sahabat lama di Kampung Tehel yang sedang uzur.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Surau Islahiyah, Kg Solok Telok, Bukit Katil
Friday, 22 March 2024
21 Mac 2024
10 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Surau Islahiyah, Kg Solok Telok, Bukit Katil, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan beramah mesra bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada para jemaah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ecotourism Paya Lebar
Friday, 22 March 2024
20 Mac 2024
9 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan melawat Ecotourism Paya Lebar selepas selesai menunaikan solat tarawih di Masjid Al- Taqwa, Kg Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan tahniah di atas tempat Ecotourism ini yang menempatkan jeti Eco Cruise Sungai Linggi dan tempat melihat kelip-kelip.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa anjuran DUN Ayer Limau bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Friday, 22 March 2024
20 Mac 2024
9 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran DUN Ayer Limau bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Masjid Al Wakil, Lubok Cina Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam; YBhg. Datuk Ahmad Hushairi bin Ibrahim, TNB Chief Global Business Solutions Officer dan Encik Khairizam bin Ibrahim, Pengurus Besar TNB Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada 100 asnaf dan fakir miskin serta memyaksikan penyerahan sumbangan RM5,000.00 daripada TNB kepada Masjid Al Wakil. Kemudiannya majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Al- Taqwa, Kg Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Al-Alami MITC
Wednesday, 20 March 2024
19 Mac 2024
8 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Al-Alami MITC, Melaka.
Hadir sama YBhg. Datuk Badaruddin Bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka merangkap pengerusi Masjid Al-Alami MITC.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid serta kepada pegawai-pegawai syarak.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin
Wednesday, 20 March 2024
18 Mac 2024
7 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang sedang menjalani rawatan akibat kecederaan pada kaki kanan beliau di kediamannya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka dan Persekutuan Negeri Melaka
Tuesday, 19 March 2024
18 Mac 2024
7 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka dan Persekutuan Negeri Melaka di Istana Melaka.
Sahibul Fadhilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka telah memimpin Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka, barisan Exco Negeri Melaka serta barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
Monday, 18 March 2024
15 Mac 2024
4 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Ketua Menteri Melaka, barisan Exco Negeri Melaka serta barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.
Hadir sama YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning
Monday, 18 March 2024
16 Mac 2024
5 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat DUN Taboh Naning di Masjid Al-Rahman, Kampung Rantau Panjang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, ADUN Taboh Naning serta masyarakat kawasan Taboh Naning.
Kemudiannya majlis diteruskan dengan Solat Maghrib di Masjid Al-Rahman dan Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih di Masjid Saga, Kampung Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai-pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti