Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mencemar duli hadir ke Majlis Santapan Tengahari di Istana Melaka
Wednesday, 08 May 2024
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
4 Mei 2024
25 Syawal 1445H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang sudi mencemar duli hadir ke Majlis Santapan Tengahari di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam kira-kira jam 1.00 tengahari telah disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis Santapan Tengahari bersama KDYMM Seri Paduka Baginda turut disertai oleh YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.
KDYMM Seri Paduka Baginda turut berkenan bergambar kenangan bersama TYT Tun Seri Setia sekeluarga.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Japerun Sungai Udang
Tuesday, 07 May 2024
3 Mei 2024
24 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Japerun Sungai Udang yang diadakan oleh YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan merangkap penyelaras Japerun Sungai Udang.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rahmad bin Mariman
Tuesday, 07 May 2024
3 Mei 2024
24 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rahmad bin Mariman, YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap ADUN Ayer Molek di Dewan Japerun Ayer Molek, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari
Tuesday, 07 May 2024
2 Mei 2024
23 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap ADUN Bukit Katil Tahun serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Warga Kem Terendak.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Zaidi bin Attan
Tuesday, 07 May 2024
1 Mei 2024
22 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya merangkap ADUN Serkam serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Klmunikasi Digital merangkap ADUN Duyong.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-quran Sayyidina Ali (KAQSA) Kali Ke-11
Tuesday, 07 May 2024
30 April 2024
21 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-quran Sayyidina Ali (KAQSA) Kali Ke-11 yang diadakan Di Hotel Holiday Inn, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Setinggi-tinggi tahniah kepada 19 orang graduan yang diraikan pada hari ini kerana telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk al-Quran dan bakal menggenggam Diploma Tahfiz al-Quran. KAQSA kini telah berjaya melahirkan seramai 195 orang hafazan sejak ditubuhkan 5 tahun lalu pada Oktober 2019 sehingga ke hari ini.
Tahniah kepada Nur’aliyah Binti Zulkiflee yang mendapat Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz) iaitu anugerah untuk pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik, hafazan Al-Quran, penglibatan kokurikulum dan sahsiah sepanjang 3 tahun pengajian.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Khamis bin Abu Samah
Tuesday, 07 May 2024
30 April 2024
21 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Khamis bin Abu Samah (Mantan Ketua Protokol & Istiadat Negeri Melaka) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29 April 2024.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Wah binti Hj Dol (Mak Wah)
Tuesday, 07 May 2024
28 April 2024
19 Syawal 1445H
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Allahumafirlaha warhamha wa’afiha wa’fuaanha
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu, sejahtera dan maafkanlah dia”.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajah Wah binti Hj Dol (Mak Wah) yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini dan kemudiaanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Bayan, Bukit Katil.
Allahyarhamah adalah Mak Andam kepada YBhg. Toh Puan semasa hari Perkahwinan TYT Tun Seri Setia bersama YABhg. Toh Puan 40 tahun lalu.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penyelaras Japerun Bemban
Tuesday, 07 May 2024
28 April 2024
19 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penyelaras Japerun Bemban.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali
Friday, 03 May 2024
27 April 2024
18 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali, ADUN Lendu di Balai Raya Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










