ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Seminar Peradaban Dunia Melayu Dunia Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka

Friday, 04 August 2023 by tytmelaka
Seminar Peradaban Dunia Melayu Dunia Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka
3 Ogos 2023
16 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Seminar Peradaban Dunia Melayu Dunia Islam di Dewan Kuliah Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka.
Kehadiran TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh
YBhg. Prof Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Mukmi selaku Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohd Sharif, Timbalan Naib Canselor (HEP) UTeM yang mewakili Naib Canselor UTeM.
Majlis dimulakan dengan ucaptama pertama bertajuk “Gagasan Mewarisi Peradaban Melayu” yang disampaikan oleh YBhg. Prof Tan Sri Datuk Wira Dr. Abd Latif bin Abu Bakar, Profesor Warisan & Peradaban Universiti lslam Malaysia merangkap Pengerusi Biro Sosio-Budaya dan Warisan DMDI serta ucaptama kedua bertajuk “Membudayakan Penulisan Bahasa Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi” yang disampaikan oleh YBhg. Prof Dr. Ahmad Zaki bin A. Bakar, Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan UTEM.
Seminar ini diteruskan dengan pembentangan daripada YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff bin Hashim bertajuk “Keagungan Kesultanan Melayu Melaka” dan daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali bertajuk “Hubungan Melaka, Aceh dan Kesultanan Osmaniyah” pada sesi 1.
Pada belah petang diteruskan dengan pembentangan sesi 2 oleh YBhg. Dr. Mohd Hasanudin bin Mohd Yusof bertajuk “Pulau Besar : Pemangkin Syiar Islam Alam Melayu” dan daripada YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Haji Hashim bin Haji Musa bertajuk “Hang Tuah : Ikon Cinta Watan”.
Turut berlangsung acara soal jawab diantara hadirin dan para ilmuwan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M

Monday, 31 July 2023 by tytmelaka
majlis santuni anak yatim
28 Julai 2023
10 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1445H/2023M yang berlangsung di Masjid Al-Ghaffar, Jasin.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka dan YB Puan Siti Faizah Binti Abdul Azis, Adun Sungai Rambai serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menyantuni kira-kira 100 orang anak-anak yatim dengan penyampaian sumbangan kepada mereka yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia serta diteruskan dengan Solat Maghrib dan Solat Isyak secara berjemaah disusuli dengan tausiah oleh Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab yang bertajuk “Keutamaan Menyantuni Anak Yatim”.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023

Monday, 24 July 2023 by tytmelaka
Rasmi penutup karate

23 Julai 2023
5 Muharram 1445H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 di MITC, Melaka.
Mengiringi TYT Tun Seri Setia YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF). YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Kazakhstan dinobatkan sebagai juara dengan tiga emas, empat perak dan empat gangsa. Jepun pula menduduki tangga kedua selepas berjaya memungut tiga pingat emas, tiga perak dan dua gangsa diikuti Iran dengan tiga emas, dua pingat perak serta tujuh gangsa.
Manakala, Malaysia pula kekal di kedudukan ke-13 sama pada Kejohanan Karate Asia Ke-18 di Tashkent, Uzbekistan pada 2022. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat itu disertai 32 buah negara dan mempertandingkan 17 kategori.
Sebelum Majlis Penutup TYT Tun Seri Setia meluangkan masa menyaksikan pertandingan akhir kategori lelaki senior Kumite antara Kazakhstan dan Iran dan menyempurnakan acara penyampaian hadiah selepas berakhirnya perlawanan akhir itu.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Karate Para Asia Ke-2

Monday, 24 July 2023 by tytmelaka
Rasmi penutup karate 2

21 Julai 2023
3 Muharram 1445H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Karate Para Asia Ke-2 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 4.30 petang diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan YB. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan
Hadir sama YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB. Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden World Karate Federation (WKF), Mejar Jeneral Nasser Al-Razzoqi, Presiden Asian Karate Federation (AKF) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka dan MAKAF sebagai penganjur kerana berjaya melibatkan 32 negara serta seramai 388 atlet.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan perlawanan akhir Acara Kata Wanita antara Jepun dan Hong Kong.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Masjid Kampung Hulu untuk Solat Jumaat

Monday, 24 July 2023 by tytmelaka
Rasmi penutup karate 3

21 Julai 2023
3 Muharram 1445H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin
Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyambut keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Masjid Kampung Hulu, Melaka untuk Solat Jumaat.
Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda, YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB. Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Khutbah Solat Jumaat telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Seusai Solat Jumaat, Seri Paduka Baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 orang Anak-Anak Yatim.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Friday, 21 July 2023 by tytmelaka
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
20 Julai 2023
2 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyambut keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Hotel Casa Del Rio, Melaka.
Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli merasmikan Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 yang akan berlangsung pada 21 – 23 Julai 2023 di MITC Melaka.
Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda, YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF) serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation (AKF) yang pertama

Friday, 21 July 2023 by tytmelaka
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation (AKF) yang pertama
20 Julai 2023
2 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation (AKF) yang pertama bersama Jawantankuasa baru selepas perlantikan semasa Kongres AKF ke-18 yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Major General Nasser Al-Razooqi, Presiden AKF. Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden World Karate Federation (WKF).
TYT Tun Seri Setia bersama Jawatankuasa Eksekutif AKF berkesempatan melawat tempat perlawanan di MITC, Ayer Keroh serta menyaksikan raptai sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 yang akan berlangsung pada 21 – 23 Julai 2023 di MITC Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
Majlis Makan Malam sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Chmpionship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023
20 Julai 2023
2 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 anjuran Kerajaan Negeri Melaka di Hotel Hatten, Melaka.
Majlis makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan delegasi daripada 30 buah negara yang menyertai kejohanan ini.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); Mr. Antonio Espinos, Presiden World Karate Federation (WKF), Mejar Jeneral Nasser Al-Razzoqi, Presiden Asian Karate Federation (AKF) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kongres Asian Karate Federation (AKF) ke-18

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
19 Julai 2023
1 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Kongres Asian Karate Federation (AKF) ke-18 yang berlangsung di Hotel Hatten, Melaka.
Pada kongres kali ini turut berlangsung pengundian untuk pemilihan barisan kepimpinan AKF yang baru bagi 2023-2027.
TYT Tun Seri Setia telah dilantik oleh ahli kongres menjadi Executive Council AKF yang baru manakala Major General Nasser Al-Razooqi, Presiden AKF berjaya mengekalkan kedudukan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023M

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
19 Julai 2023
1 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bagi merasmikan Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023M yang diadakan di Auditorium Masjid Al Azim, Melaka.
YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhammad, Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka menerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq, seterusnya diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka. Tahniah juga kepada 13 penerima lain yang dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh-Tokoh Maal Hijrah 1445H di negeri ini.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YBhg. Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 54
  • 55
  • 56
  • 57
  • 58

Recent Posts

  • Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M

    Majlis Bicara Dhuha (Fiqh Usrah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H/2025M

    03 September 2025 10 Rabiulawal 1447H YABhg. To...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP