Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah
Saturday, 30 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi merasmikan Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022M yang diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, Melaka.
YBhg. Datuk Hajah Hasnah Haji Salam yang menerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq, seterusnya diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Melaka. Tahniah juga kepada 12 penerima lain yang dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh-Tokoh Maal Hijrah 1444H di negeri ini.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan Hormat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara
Friday, 29 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Azhari bin Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah lagenda sukan badminton negara YBhg. Datuk Mohmed Misbun bin Mohd Sidek.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Orang Kaya Temenggong Paduka Perak Darul Ridzuan
Friday, 29 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato’ Seri Haji Wan Fadzir Wan Hussain, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar merangkap Ahli Dewan Negara Perak Darul Ridzuan.
Turut hadir Toh Sedewa Raja Dato’ Haji Abdul Talib bin Abd. Fahmi, Orang Besar Jajahan Kampar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, Alor Gajah, Melaka
Friday, 29 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, Alor Gajah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sambutan Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Melaka
Friday, 29 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Majlis ini dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, disusuli bacaan Yasin, Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun sebelum berakhir dengan Solat Fardhu Isyak berjemaah.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri; dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Thursday, 28 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Prof Massila bin Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Perniagaan Orang Kampung
Thursday, 28 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada En. Habibul Azmi bin Datuk Hj Manggar, Pengarah Urusan, Perniagaan Orang Kampung.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat dari Syarikat Dominant Opto Technologies
Thursday, 28 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari Mr. Tay Kheng Chiong, Pengarah Urusan Dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Dominant Opto Technologies.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
‘’The 19th World Pencak Silat Championship 2022’’
Tuesday, 26 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Pembukaan ‘’The 19th World Pencak Silat Championship 2022’’ di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Mengiringi TYT Tun Seri Setia ke Majlis ialah YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali; Ketua Menteri Melaka, YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka dan YB. Datuk Zaidi bin Johari; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Seri Bapak Prabowo Subianto; Menteri Pertahanan Republik Indonesia merangkap Presiden PERSILAT dan YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) serta YBhg. Tan Sri Norza Zakaria; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Penganjuran kali ini adalah satu penghormatan besar kepada Malaysia khusunya Negeri Melaka sebagai tuan rumah kepada lebih 40 buah negara yang mengambil bahagian dalam kejuaraan ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penyempurnakan Penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M)
Tuesday, 26 July 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada YBhg. Bapak Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta barisan kepimpinan tertinggi Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti