ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar

Saturday, 24 May 2025 by tytmelaka
Perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar 3
24 Mei 2025
26 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar yang berlangsung daripada 24 Mei hingga 25 Mei 2025 di Hotel Hatten, Melaka.
Turut hadir YB Dato’ Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia; YB Puan Siti Faizah Binti Datuk Abd. Azlo, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan; YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia; YBrs Dr. Ruzita Binti Mustaffa, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka; YBrs Tuan Ts. Sawal Bin Marsait; President Malaysian Society Of Radiographers (MSR) dan YBrs Prof. Madya Dr. Noorazrul Azmie Bin Yanya, Pengerusi Program Malaysian Radiation Therapist Seminar (MRTS) 2025.
TYT Tun Seri Setia berharap semoga seminar selama dua hari ini yang dihadiri oleh pengamal perubatan daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia ini dapat memberi impak yang besar dalam dunia perubatan agar dapat membantu merawat serta mencegah penyakit-penyakit yang dihidapi oleh pesakit.
Perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar 1 Perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar 2 Perasmian 1st Malaysian Radiation Therapist Seminar 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Langkawi

Friday, 23 May 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Langkawi 1
23 Mei 2025
25 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Ulu Melaka, Langkawi.
Usai selesai menunaikan solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid serta beramah mesra bersama jemaah yang hadir.
Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Langkawi 3 Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Langkawi 2 Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Qadim, Langkawi 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Santapan Pagi Bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Friday, 23 May 2025 by tytmelaka
Santapan Pagi Bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 1
23 Mei 2025
25 Zulkaedah 1446H
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan hadir ke santapan pagi bersama TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melawat KRI Bung Karno di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
TYT Tun Seri Setia diberikan tabik hormat setibanya di KRI Bung Karno oleh Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut sebelum diberikan penerangan dan dibawa mengelilingi kapal.
Santapan Pagi Bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 2 Santapan Pagi Bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 3 Santapan Pagi Bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Demonstrasi Maritim Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25)

Thursday, 22 May 2025 by tytmelaka
Demonstrasi Maritim Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 1
22 Mei 2025
24 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan Demonstrasi Maritim yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
Hadir sama TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah serta YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Selesai demonstrasi TYT Tun Seri Setia melawat Kapal Selama KD Tunku Abdul Rahman milik Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyaksikan Pertunjukan Udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman turut berkenan mencemar duli menyaksikan pertunjukan udara.
Turut hadir TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah serta TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.
Demonstrasi Maritim Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 2 Demonstrasi Maritim Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 3 Demonstrasi Maritim Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25)

Wednesday, 21 May 2025 by tytmelaka
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 3
21 Mei 2025
23 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Pulau Langkawi, Kedah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YDH. Tan Sri Dato’ Seri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara dan Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi.
TYT Tun Seri Setia kemudian melawat beberapa reruai di MIEC antaranya Turkey Aerospace Industries, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Desan Shipyard (Turki), Leonardo (Itali), WESTSTAR Aviation Services, Galaxy Aerospace Malaysia dan lain-lain.
LIMA’25 menyaksikan penyertaan sebanyak 860 syarikat pempamer, yang terdiri daripada 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.
Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini turut menampilkan penyertaan rasmi daripada 46 buah negara, menjadikannya antara edisi terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak lebih tiga dekad.
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 1 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 2 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 4 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh

Tuesday, 20 May 2025 by tytmelaka
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh 1
20 Mei 2025
22 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menyapa dan bertanya khabar beberapa pesakit yang sedang menerima rawatan.
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar semua YBhg. Datuk Wira dan semua pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh 4 Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh 2 Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

Sunday, 18 May 2025 by tytmelaka
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025
18 Mei 2025
20 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Johan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 iaitu Pasukan Thailand di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Terdahulu TYT Tun Seri Setia menyaksikan perlawanan akhir regu berkumpulan antara Pasukan Malaysia menentang Pasukan Thailand.
Perlawanan menyaksikan Pasukan Malaysia memberikan tekanan yang kuat sebelum tumpas kepada Pasukan Thailand.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan Thailand yang muncul juara edisi ini serta tahniah kepada Pasukan Malaysia yang menjadi naib juara manakala tempat ketiga disandang oleh Pasukan Korea.
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 2 ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 3 ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran UTeM

Friday, 16 May 2025 by tytmelaka
Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran UTeM 1
16 Mei 2025
18 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr, Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff bin Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara; YBhg. Dato’ Seri Hasan Malek, Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan Penyampaian Royalti Jualan Buku Tertinggi dan Penyampaian Sijil Penghargaan Rakan Strategik serta menyaksikan Pertukaran Surat LOA Penerbitan Buku Omar dan Hana antara UTeM dengan ASTRO.
Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran UTeM 2 Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran UTeM 4 Perasmian Majlis Sanjung Bitara Penerbit Universiti 2024 anjuran UTeM 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersempena dengan Hari Belia Negara

Friday, 16 May 2025 by tytmelaka
Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersempena dengan Hari Belia Negara 1
16 Mei 2025
18 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan .
Turut hadir YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM); Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Presiden Belia 4B.
Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersempena dengan Hari Belia Negara 4 Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersempena dengan Hari Belia Negara 3 Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersempena dengan Hari Belia Negara 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Tengkera

Friday, 16 May 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Tengkera 3
16 Mei 2025
18 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan Pegawai Syarak Masjid.
Usai selesai di masjid TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Rahim bin Adam, 79 tahun yang sedang uzur di kediamanya.
Solat Jumaat di Masjid Tengkera 1 Solat Jumaat di Masjid Tengkera 2 Solat Jumaat di Masjid Tengkera 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10

Recent Posts

  • perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    26 Ogos 2025 2 Rabiulawal 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP