Menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka
Monday, 05 February 2024
4 Februari 2024
23 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat serta bertanya khabar semua pesakit di wad tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin
Monday, 05 February 2024
2 Februari 2024
21 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Serta Acara Menandatangani Surat Pengisytiharan
Thursday, 01 February 2024
31 Januari 2024
19 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Serta Acara Menandatangani Surat Pengisytiharan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sementara itu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dalam Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan, diikuti Pengisytiharan Memegang Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah jawatan dilakukan di hadapan Raja-Raja Melayu dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Manakala Johor diwakili Pemangku Sultan Johor, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Perlis diwakili Pemangku Raja Perlis, Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, serta Yang di-Pertua Negeri Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak selain dif-dif kenamaan, yang mewakili badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong turut menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan bermulanya secara rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Ketua Utama Negara baharu Malaysia berdasarkan undang-undang dan Perlembagan Persekutuan.
Terdahulu, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru, sebelum ke Hangar DiRaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menuju ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan disambut Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan ahli jawatankuasa masjid di Masjid Al-Firdaus, Kem Sungai Udang
Monday, 29 January 2024
26 Januari 2024
14 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan ahli jawatankuasa masjid di Masjid Al-Firdaus, Kem Sungai Udang, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menyempurnakan Majlis Penyerahan Coaster Bagi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Sungai, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti; YBhg. Mejar Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas; Tuan Haji Kamal Arifin bin A. Rahman is Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Encik Zulkifli bin Hanifah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka.
PPDK adalah program yang diwujudkan sebagai satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, Keluarga, Komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian.
PPDK Seri Murni Kem Sungai Udang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1990 memiliki 28 orang pelatih 2 orang petugas dan 1 orang penyelia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan Bukit Baru, Melaka
Monday, 22 January 2024
19 Januari 2024
7 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan Bukit Baru, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Live Performance of The Whirling Dervishes of Rumi and Marbling Art Show, Republik of Turkiye
Monday, 15 January 2024
13 Januari 2024
1 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan The Live Performance of The Whirling Dervishes of Rumi and Marbling Art Show, Republik of Turkiye anjuran Kedutaan Republik Turkiye di Malaysia sempena menyambut 60 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Turkiye di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Tapak ke Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Jernih di Lubok China
Monday, 15 January 2024
12 Januari 2024
30 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan Tapak ke Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Jernih di Lubok China, Melaka.
Turut hadir YB. Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga & Daya Guna Awam dan YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam.
TAPS Jernih yang dibina bukan sahaja mampu mengatasi isu bekalan air malah ia seiring usaha memajukan Masjid Tanah dengan pembangunan mampan pada masa hadapan.
Empangan yang dibina ini diyakini membawa limpahan manfaat dalam persediaan menghadapi pertambahan penduduk dan kawasan perindustrian baharu yang bakal dibina.
TAPS Jernih yang menelan peruntukan RM200 juta mampu membekalkan 14 juta liter air sehari kepada penduduk dan industri di sekitar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Ar-Rabbani, Kampung Sungai Siput, Lubok Cina
Monday, 15 January 2024
12 Januari 2024
30 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rabbani, Kampung Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas. Hadir sama YB. Datuk Hj. Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024
Monday, 08 January 2024
6 Januari 2024
24 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri sekaligus menyempurnakan Perasmian Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 di adakan di Dataran Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB serta diiringi dengan paluan gendang daripada pelbagai kaum.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.
31 kumpulan gendang melibatkan 543 peserta dalam dan luar negara antaranya Indonesia, Poland, Thailand, Sri Lanka dan Korea telah menampilkan keunikan masing-masingp mewarnai persembahan pada Pesta Gendang Nusantara 2024 kali ini.
Penganjuran ini secara tidak langsung memperkenalkan Melaka di mata dunia sebagai sebuah negeri warisan dan berbudaya yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia, dan ia juga memperkembang dan memperkasakan kebudayaan tradisional melayu kepada generasi muda sebagai teras kebudayaan nusantara melalui penggalakkan proses asimilasi dari persembahan pelbagai rentak dan jenis muzik tradisional serantau.
Kemuncak Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 dibahagikan kepada dua segmen iaitu di mana segmen Gabungan Pesta Gendang dan segmen kedua Gabungan artis dan Pesta Gendangan Nusantara. Turut memeriahkan majlis adalah pertunjukan bunga api pada malam kemuncak.
Pesta Gendang Nusantara 2024 turut diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai First ‘Gendang Nusantara’ Performance dan Most Performers In A ‘Gendang Nusantara’ Performance.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, Sungai Rambai
Monday, 08 January 2024
5 Januari 2024
23 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, Sungai Rambai, Melaka.
Usai Solat Jumaat berlangsung Majlis Penyerahan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar berjumlah RM 30,000.00 daripada 5 syarikat antaranya Fazil Group, Restaurant Mohd Chan, Yayasan Geomatika, Innive Sdn Bhd dan Synergy Agrofarm Sdn Bhd yang turut disaksikan oleh YB Puan Siti Faizah Binti Abdul Azis, Adun Sungai Rambai.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti