ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Mengunjungi Bazar Aidilfitri di Klebang, Melaka.

Saturday, 23 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri hadir berkunjung ke Bazar Aidilfitri di Klebang, Melaka.
Turut hadir sama YB. Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menunaikan Solat Isyak dan Solat Tarawih di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak

Saturday, 23 April 2022 by TYTMelaka
Solat Sunat Terawih
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri hadir menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah yang hadir dan pegawai syarak masjid.

.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyampaian sumbangan Aidilfitri dan berbuka puasa di Sungai Petai

Saturday, 23 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Aidilfitri kepada Saudara Baru dan Berbuka Puasa Serta Solat Maghrib Bersama Pemimpin Masyarakat DUN Rembia anjuran YB. Datuk Muhammad Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan di Masjid Luqmanul Hakim, Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertuan Agong berangkat pulang dari lawatan di Negeri Melaka.

Saturday, 23 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat pulang setelah tamat lawatan ke Negeri Melaka.
Mengiringi SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam Melaka ialah TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta isteri dan EXCO Kerajaan Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 orang Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Saturday, 23 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 orang Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel DoubleTree by Hilton pada pagi ini sebelum mengakhiri lawatan selama dua hari ke Melaka.
Majlis turut disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka mengetuai senarai penerima watikah selaku pengerusi MAIM.
Pada majlis berkenaan juga, Al-Sultan Abdullah turut berkenaan menyampaikan sumbangan kepada dua masjid dan sebuah surau di negeri Melaka. Seri Paduka Baginda turut berkenan bergambar bersama penerima-penerima watikah serta bersama EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan juga kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa di Dataran Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka

Friday, 22 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa di Dataran Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka diiringi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta isteri.
Turut hadir kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka serta anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz.
Seri Paduka Baginda berdua turut menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Azim selepas Majlis Berbuka Puasa.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mencemar duli berkunjung ke Pasar Ramadan Peringgit

Friday, 22 April 2022 by TYTMelaka
Bazar Ramadhan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli berkunjung ke Pasar Ramadan Peringgit diiringi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta isteri.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertuan Agong berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Selat, Banda Hilir.

Friday, 22 April 2022 by TYTMelaka
Solat Jumaat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Selat, Banda Hilir, Melaka bersama TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyambut Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Melaka

Friday, 22 April 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta isteri menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka), YB. Datuk Zaidi Bin Johari (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka), YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut mengiringi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke tempat persemayaman sepanjang Seri Paduka Baginda di Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis iftar bersama warga dan pelajar-pelajar UTeM di Masjid Abu Bakar UTeM

Thursday, 21 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis iftar bersama warga dan pelajar-pelajar UTeM di Perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Sebelum majlis TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyertai Program Ramah Mesra Yayasan Canselor UTEM bersama Majlis Perwakilan Pelajar UTeM di Bilik Mesyuarat Utama Canselori UTEM.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Solat Fardhu Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama-sama hadirin.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 93
  • 94
  • 95
  • 96
  • 97

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa

    Kunjungan Hormat YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa

    2 September 2025 9 Rabiulawal 1447H TYT Tun Ser...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP