ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025

Monday, 11 August 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025
8 Ogos 2025
14 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2; YABhg. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8; YBhg. Dato’ Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara dan YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Dr. Abdul Malik Abdullah, Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA).
Tahniah diucapkan kepada YABhg. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 kerana telah menerima Anugerah Lifetime Visionary Leadership yang telah disampaikan oleh TYT Tun Seri Setia.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menyampaikan lagi kepada 10 penerima anugerah lain.Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025 Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025 Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Amal, Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2025
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd.

Monday, 11 August 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd.
8 Ogos 2025
14 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd. di Petaling Jaya, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Encik Mohamad Azlan Bin Jaafar, Pengarah Urusan/Pengarang Kumpulan; Encik Abd Wahid Idris, Ketua Pegawai Kewangan; Encik Aznan Bakar, Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia; Encik Wan Hasnan Wan Hasan, Pengarang Kosmo!/ Kosmo Ahad! dan Puan Siti Rohaya Syed Hassan, General Manager Digital & Informasi.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia mendengar taklimat berkenaan cara operasi syarikat dan seterusnya dibawa melawat sekitar syarikat serta bertemu kakitangan.
Media Mulia Sdn. Bhd. ialah penerbit dan pemegang permit Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad serta semua kandungan dan platform media digital dan sosial yang dikaitkan dengan tajuk ini.
Ianya sebuah syarikat media yang berasaskan nilai sejagat, menekankan kepada prestasi tinggi dan budaya kerja kecemerlangan, berinovasi, adaptif dan sensitif terhadap keperluan semasa dan perubahan masyarakat.Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd. Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd. Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA’25)

Friday, 08 August 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25)
7 Ogos 2025
13 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA’25) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diadakan di Auditorium Masjid Al Azim Melaka.
Turut hadir YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajan Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBrs. Tuan Haji Azam bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia; YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka; YBrs. Encik Mustafa Kamal bin Mohd Nor, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Seri Dr Abdul Fattah bin Abdullah, Presiden ANGKASA.
Program ini diadakan adalah salah satu inisiatif oleh SKM Negeri Melaka untuk memberi kefahaman tentang peranan koperasi dalam meningkatkan sosio ekonomi kariah masjid dan surau melaluí aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Dalam masa sama juga, untuk menggalakkan lagí penubuhan koperasi kariah masjid di Negeri Melaka.
Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang mengadakan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri.
Program ini berlangsung selama 1 hari yang melibatkan Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid, Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Syarak.
Majlis perasmian KOKMA’25 ini turut diserikan dengan sesi pelancaran panduan Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid dan Surau Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Turut berlangsung sesi penyerahan cek Bantuan Pembangunan Ekonomi Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka (E-Komas) sebanyak RM100,000.00 daripada pihak Kerajaan Negeri Melaka ke pihak SKM Negeri Melaka bagi membantu koperasi kariah masjid untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam melaksanakan aktiviti perniagaan terutama Baraqah Hub. Kini sebanyak 13 koperasi kariah masjid telah menerima manfaat tersebut.
Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) turut menyerahkan wang zakat perniagaan sebanyak RM3,000.00.Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25) Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25) Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025)

Thursday, 07 August 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025)
7 Ogos 2025
13 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025).
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YTM Dato’ Dr. Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar, Pakar Perunding Kanan & Ketua Unit Geriatrik Hospital Selayang dan Ketua Perkhidmatan Geriatrik Negeri Selangor; YBrs. Dr. Tay Hui Sian, MCGM Organising Chair serta YBrs. Dr. Alan Ch’ng Swee Hock, MSGM President.
Perubatan Geriatrik adalah cabang perubatan yang khusus menangani penjagaan kesihatan warga emas. Ia merangkumi aspek klinikal, pencegahan, pemulihan, dan sosial bagi individu yang lanjut usia, dengan mengambil kira perubahan fizikal, mental, dan sosial yang berlaku seiring dengan usia.
TYT Tun Seri Setia berharap semoga persidangan selama tiga hari ini yang dihadiri oleh pengamal perubatan daripada seluruh Malaysia ini dapat memberi impak yang besar dalam dunia perubatan agar dapat membantu merawat serta mencegah penyakit-penyakit yang dihidapi oleh pesakit.Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025) Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025) Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Persidangan Kongres Perubatan Geriatrik Malaysia (MCGM 2025)
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob

Thursday, 07 August 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
6 Ogos 2025
12 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 di Bukit Peringgit, Melaka untuk beramah mesra dan bertanya khabar. TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar YABhg Tun Khalil sentiasa sihat wal’afiat dan dalam pemeliharaan Allah SWT jua.Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi dan menyantuni YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC

Thursday, 07 August 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC
6 Ogos 2025
12 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC dan Pengenalan Rasmi Barisan Pemain Melaka FC untuk musim Liga Super 2025.
Hadir sama YB. Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan NGO; YBhg. Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), YBhg. Datuk Wira Haji Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Melaka FC.Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Melaka FC
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57

Monday, 04 August 2025 by tytmelaka
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57
3 Ogos 2025
9 Safar 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57, Peringkat Kontinjen Melaka tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI).
Pelbagai aktiviti dan jualan telah dijalankan sepanjang Sambutan Hari PERKEP ke-57. Antara aktiviti yang menarik adalah pertandingan memasak mee segera, gubahan bunga, gubahan sirih junjung, deko kek serta ukiran buah tembikai.
Turut hadir YBhg. Datin Rushaslinda binti Muhammad, Pengerusi PUSPANITA Melaka; YBhg. Datin Diana Aini binti Mokter, Pengerusi PERKEP Melaka dan YBhg. Datin Zailifah binti Ali, Pengerusi BAKAT 3 Divisyen Melaka.
Tahniah diucapkan kepada pasukan dari Istana Melaka yang berjaya merangkul juara bagi pertandingan ukiran buah tembikai.YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57 YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57 YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Hari Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ke-57
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka

Monday, 04 August 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka
2 Ogos 2025
8 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka di Rumah Sejahtera Bukit Baru, Bukit Pulau, Melaka.Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke program gotong-royong bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka

Monday, 04 August 2025 by tytmelaka
ang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka
1 Ogos 2025
7 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Turut hadir YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Md Nasir bin Ghani, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Malaysia dan YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan beberapa pesakit dan mendoakan agar semuanya cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.ang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka ang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka ang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Nordin bin Marman

Wednesday, 30 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Nordin bin Marman
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
29 Julai 2025
4 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Nordin bin Marman, mantan pemandu rasmi kepada YABhg. Toh Puan yang telah kembali ke rahmatullah di kediamannya di Semabok, Melaka.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Al-Fatihah.Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Nordin bin Marman Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Nordin bin Marman Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Nordin bin Marman
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12

Recent Posts

  • Lawatan ke Brunel University London

    Lawatan ke Brunel University London

    18 November 2025 27 Jamaldilawal 1447H TYT Tun ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP