Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO MELAKA)
Saturday, 26 March 2022
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman selaku Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO MELAKA) hadir sebagai Tetamu Kehormat di Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO MELAKA) di Swiss Garden Hotel Melaka.
YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Bengkel Jahitan : Jana Pendapatan Kreatif yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO).
Mesyuarat Agong NCWO tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, EXCO Hal Ehwal Wanita Pembangunan Keluarga dan kebajikan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Perkahwinan anak lelaki YBhg. Datuk Haji Mat Ali bin Haji Salleh
Saturday, 26 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam menghadiri Majlis Perkahwinan anak lelaki YBhg. Datuk Haji Mat Ali bin Haji Salleh iaitu Encik Meor Muhammad Shariffudin bin Datuk Haji Mat Ali dan pasangannya Cik Nor Syafinaz Natassha binti Zuhairy di Taman Duyong Permai, Bukit Duyong, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam di Rumah Malaysia, Kedutaan Malaysia di Kemboja
Thursday, 24 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama delegasi hadir ke Majlis Makan Malam di Rumah Malaysia, Kedutaan Malaysia di Kemboja, Phnom Penh yang dianjurkan oleh TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
Turun hadir bersama adalah YB Datuk Okhna Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Morodok Techo National Stadium & Phnom Penh Safari, Cambodia
Thursday, 24 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Morodok Techo National Stadium & Phnom Penh Safari, Cambodia. Lawatan ini turut disertai oleh TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
Dalam lawatan tersebut, TYT Tun beserta rombongan telah diberikan penerangan berkenaan persiapan Kemboja sebagai Tuan Rumah Sukan Sea 2023. Rombongan juga turut berpeluang menonton pertunjukan haiwan yang terdapat di Phnom Penh Safari.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Bersama YM SS Tn Hj Kamarruddin bin Hj Yusuf, Mufti Kemboja
Thursday, 24 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan perjumpaan bersama YM SS Tn Hj Kamarruddin bin Hj Yusuf, Mufti Kemboja di Sekolah Agama KM 9, Phnom Penh, Kemboja.
Turut hadir bersama adalah TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai program pendidikan dan kebajikan masyarakat Islam di Kemboja.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Food Bank DMDI Cambodia di Phnom Penh, Kemboja
Thursday, 24 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menyempurnakan Majlis Perasmian Food Bank DMDI Cambodia yang di Pejabat DMDI Kemboja, Phnom Penh, Kemboja.
Perasmian Food Bank DMDI Cambodia ini adalah hasil daripada mesyuarat yang telah diadakan bersama Jawatankuasa DMDI Kemboja pada 22 Mac 2022 yang lalu.
Turut hadir pada majlis ini adalah YB Datuk Dr. Oukhna Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengerusi DMDI Kemboja; TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja; H.E Dr. Sos Mousine, Member of Parliment; YBhg Datuk Wira Zainal B. Hussin, Pengurus Besar Yayasan DMDI; Cik Hazelen Bt Talib, Setiausaha Agung DMDI serta Jawatankuasa DMDI Kemboja.
Sempena perasmian ini seramai 10 orang penerima telah menerima sumbangan Food Bank DMDI Cambodia dimana ianya terdiri daripada Beras, Susu, Gula, Garam, Kicap dan Mee. Para penerima mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sumbangan ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Bersama Mr. Nut Unvoanra, Deputy Secretary General of The Cambodian Investment Board
Thursday, 24 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Mr. Nut Unvoanra, Deputy Secretary General of The Cambodian Investment Board di Pejabat Council of Development of Cambodia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat SEAKF Congress di Pnom Penh, Kemboja.
Wednesday, 23 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, selaku Presiden South East Asia Karate Federation (SEAKF) mempengerusikan Mesyuarat SEAKF Congress di Pnom Penh, Kemboja.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kujungan Hormat daripada Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri
Wednesday, 23 March 2022
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kujungan Hormat daripada Ahli-Ahli Koir Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Mengetuai rombongan YM Raja Datin Seri Dato’ Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin, Isteri YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, selaku Naib Yang DiPertua BAKTI. Ahli-ahli yang turut hadir termasuk YBhg. Datin Seri Noraini Abdullah, isteri YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar), YBhg Datin Seri Jessica Lim, isteri YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan), YBhg Datin Seri Kavitha a/p Vivekanandan, isteri YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Menteri Sumber Manusia), YBhg Datin Seri Shamsiah M. Yassin, isteri YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Bersama Jawatankuasa DMDI Kemboja
Tuesday, 22 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa DMDI Kemboja di Pejabat DMDI, Parkson Mall, Phnom Penh, Kemboja.
Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa DMDI Kemboja yang diketuai oleh YB. Datuk Oukhna Dr. Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengerusi DMDI Kemboja.
Turut hadir bersama dalam sesi perjumpaan ini adalah TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim (Duta Besar Malaysia ke Kemboja), H.E Dr. Sos Mousine (Member of Parliment), H.E Nos Les (Setiausaha Kementerian Pendidikan), H.E Yob Ahskary (Setiausaha Kementerian Agama), YBhg. Datuk Wira Zainal B. Hussin (Pengurus Besar Yayasan DMDI), YBhg Datin Seri Azreen Bt Abu Noh (Penasihat DMDI Venture Sdn. Bhd.) dan Cik Hazelen Bt Talib (Setiausaha Agung DMDI).
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan ini antaranya kerjasama dalam bidang pendidikan, ekonomi serta kebajikan.
TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan melawat ke Masjid Al Azhim & Rumah Anak-Anak Yatim di Prek Tapov serta Masjid Al – Serkal di Phnom Penh, Kemboja.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti