ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.
26 Julai 2025
30 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.
Majlis Anugerah ini adalah untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada semua khususnya para atlet, jurulatih dan penggiat sukan yang telah mengharumkan nama negeri. Semoga Melaka terus melakar pelbagai kejayaan yang membanggakan bukan sahaja dalam pembangunan negeri, tetapi juga dalam bidang sukan.
Untuk rekod banyak kejayaan telah dilakar oleh para atlet Wushu Melaka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya, pada Temasya SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, pasukan kita berjaya membawa pulang 19 pingat; termasuk 9 emas. Kemudiannya pada Temasya SUKMA 2024 di Sarawak, atlet Wushu Melaka sekali lagi membuktikan keunggulan dengan mengutip 16 pingat (7 emas, 4 perak, 5 gangsa) sekali gus muncul juara keseluruhan Wushu SUKMA 2024.
Ucapan penghargaan dan terima kasih perlu diberikan kepada Persatuan Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka serta Majlis Sukan Negeri kerana tidak pernah jemu memajukan bidang ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pimpinan serta seluruh jawatankuasa yang berusaha tanpa mengenal lelah merancang melatih dan melaksanakan program sukan secara konsisten. Setiap persatuan sukan perlulah ditadbir dengan cekap, telus dan penuh integriti kerana tanggungjawab ini adalah amanah yang besar untuk membina masa depan sukan negeri.
Turut berlangsung acara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pelbagai pihak. Semoga pemeteraian ini akan memberi impak besar kepada pembangunan platform sukan di peringkat negeri dan negara.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Olahragawan kepada Tan Zhi Yan dan Anugerah Olahragawati kepada Tan Cheong Min.
Tahniah kepada semua pemenang yang akan menerima anugerah. Teruslah melangkah lebih jauh dan membawa nama Melaka ke pentas yang lebih tinggi. Kepada yang belum berjaya, jadikan ini sebagai pemangkin untuk bangkit dengan lebih hebat pada masa hadapan.
Hadir sama YB Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan NGO; YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan; YB Tuan Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Tuan Low Chee Leon, Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Puan Leng Chau Yen, Timbalan EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YBhg. Datuk Wira Dr. Haji Nur Azmi bin Ahmad, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia; YBrs. Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri dan YBhg. Datuk Wira Gan Tian Loo, Presiden Persatuan Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Majlis Makan Malam Anugerah Sukan Wushu, Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
25 Julai 2025
29 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan merangkap ADUN Sungai Rambai iaitu Danial Syafiq bin Junny & pasangannya Cik Ratna Sari binti Razali di Perkarangan Japerun Sungai Rambai, Sungai Rambai, Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Anak YB. Puan Siti Faizah binti Datuk Haji Abdul Azis
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.
25 Julai 2025
29 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.
Sejurus memberhentikan kenderaan, TYT Tun Seri Setia menghampiri mangsa dan terus membuat panggilan ke Hospital Melaka agar pihak hospital segera menghantar ambulans untuk mengambil mangsa.
Setelah itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Melaka dan berkesempatan menyantuni beberapa pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia ke Hospital Putra, menziarahi isteri kepada YBhg. Datuk Haji Hamzah bin Haji Bajuri yang merupakan bekas guru TYT Tun Seri Setia semasa di SK Semabok pada tahun 1961
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Ilahi.Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka membantu mangsa kemalangan jalan raya berdekatan Lebuh Ayer Keroh semasa dalam perjalanan dari Masjid Al-Alami, MITC ke Hospital Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka

Monday, 28 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka.
25 Julai 2025
29 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Teks khas Khutbah Jumaat bertajuk ’’Memperkasa Ekonomi Umat Islam Tanggungjawab Bersama’’ telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal Hafis bin Razali, Pengarah Bahagian Syariah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersempena Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN’25) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 26-27 Julai ini,
Turut hadir YBhg. Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Haji Azam bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Encik Rozdeen bin Mohd Jaafar, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SKM.Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025

Monday, 21 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025
20 Julai 2025
24 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 yang diadakan di Gelanggang Gasing Delima, Kampung Pengkalan Renggam, Kandang, Melaka.
Kira-kira 100 peserta daripada 16 pasukan termasuk wakil dari negara Indonesia, Thailand, Singapura dan peserta daripada seluruh Malaysia berentap selama 3 hari di sini.
Pertandingan yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencetuskan minat bagi permainan gasing diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Usaha seperti ini perlu terus dipergiat untuk menghidupkan seni permainan tradisional Melayu khususnya permainan gasing pangkah bagi memastikan warisan ini tidak hilang ditelan zaman.
Sementara itu beberapa ketua pasukan gasing dari luar negara memuji inisiatif DMDI mempromosi permainan tradisional bagi memartabatkan permainan gasing menerusi pertandingan antarabangsa seperti ini.
Selepas menyempurnakan perasmian penutup, TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Selangor menentang pasukan Melaka yang telah berlangsung dengan penuh sengit.
Tahniah kepada pasukan Selangor yang telah muncul sebagai juara untuk Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 edisi pertama ini.
Turut hadir YB Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Islam merangkap ADUN Ayer Molek; YBhg. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan DMDI; YBrs. Cik Ezlina Binti Alias, Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Melaka dan YBhg. Datuk Haji Abu Bakar Bin Abdul selaku Pengerusi pertandingan.Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Penutup Pertandingan Gasing Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan.

Monday, 21 July 2025 by tytmelaka
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan.
19 Julai 2025
23 Muharram 1447H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas persilaan kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan.
DYMM Tuanku turut mencemar duli berangkat ke Galeri Diraja serta berkenan menyampaikan pengisahan kepada TYT Tun Seri Setia sejarah di sebalik bahan-bahan pameran yang ada di galeri tersebut yang merupakan koleksi peribadi ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.
Hadir sama YAM Tengku Abdul Samad Alhaj, Tengku Panglima Besar Selangor; Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj, Pengerusi Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan ahli-ahli Kerabat Diraja Selangor yang lain.TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan. TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan. TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang, Selangor Darul Ehsan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.

Monday, 21 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
18 Julai 2025
22 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia turut menunaikan Solat Jenazah Allahyarham Haji Abdullah bin Musa bersama jemaah lain kemudiannya menjamu selera di restoran Ole-Ole Rasa, Melaka Raya.
Sebelum pulang TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang merupakan Setiausaha Politik semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka serta melawat isteri mantan pengawal peribadi TYT Tun Seri Setia di kediamannya di Ozana Resort, Melaka.Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Bandar Hilir serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor.

Thursday, 17 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor.
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut dan diberi taklimat oleh Encik Mahmudin bin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM.
Lawatan dimulakan di Galeri Penyelidikan dan Muzium FRIM kemudiannya ke Pusat Teknologi Herba (HTC) bagi melihat pempropesan herba-herba tempatan daripada awal sehingga ke produk akhir.
Setelah itu lawatan ke Pusat Bioteknologi Biousahawan FRIM. Dr. Siti Suhaila binti A. Rahman, selaku Ketua Pusat Bioteknologi Biousahawan telah memberikan taklimat dan penerangan proses-proses berkenaan pengklonan, bioteknologi terhadap pokok-pokok yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor. Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor. Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269

Thursday, 17 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269
16 Julai 2025
20 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 ini.
Antara agenda penting mesyuarat kali ini termasuk Taklimat Khas Keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269 Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-269
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka
12 Julai 2025
16 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka yang diadakan di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia serta 150 kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya jogging bersama semua peserta sekitar Taman Botanikal.Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program FIT DOSM Zon Selatan dan Larian Santai sempena Kick-Off Hari Statistik Negara 2025 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13

Recent Posts

  • Lawatan ke Brunel University London

    Lawatan ke Brunel University London

    18 November 2025 27 Jamaldilawal 1447H TYT Tun ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP