ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Yang di-Pertua Negeri Melaka Beri Penghormatan Terakhir dan Ziarah Pesakit di Hospital Melaka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Majlis Pengebumian Cikgu Saleh
11 Julai 2025
15 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahim, Kg Tengah Padang, Merlimau, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan solat jenazah dan hadir ke majlis pengebumian bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Cikgu Saleh bin Lempah iaitu bapa kepada YB. Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Usai selesai di masjid, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi Encik Awal bin Bugal yang sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Melaka.
Manakala pada sebelah pagi TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Jamaat bin Hitam di kediamannya di Bukit Katil, Melaka.Majlis Pengebumian Cikgu Saleh Majlis Pengebumian Cikgu Saleh
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia
9 Julai 2025
13 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, Melaka.
Dalam lawatan ini, TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan ucapan bagi memberi semangat kepada semua 135 atlet yang menyertai. Dalam ucapan tersebut TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta Program Akademi Karate Malaysia yang menyertai kerana telah membuktikan bahawa semangat untuk berjaya masih membara dalam diri generasi muda.
TYT Tun Seri Setia turut mengingatkan kejayaan tidak datang dari bakatsemata-mata, tetapi dari disiplin, semangat yang kental dan kepercayaan pada diri sendiri serta jangan sesekali gentar dengan cabaran, kerana setiap halangan yang dihadapi adalah batu loncatan untuk menjadi lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersedia untuk menempah nama di persada antarabangsa.
Semasa ucapan penutup TYT Tun Seri Setia menyeru agar jadilah atlet yang bukan hanya kuat pukulannya, tetapi luhur akhlaknya, jadilah pejuang yang bukan hanya mengejar kemenangan, tetap juga menjaga maruah sukan dan negara serta berharap semoga Program Akademi Karate Malaysia ini menjadi batu asas kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Lawatan ini turut dihadiri YBhg. Datuk Wira Haji Nur Azmi Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF); YBhg. Datuk M Paneerselvam, Naib Presiden 1 MAKAF; Encik Hanshi Shamsudin Sheikh Ali Sayabo, Naib Presiden 3 MAKAF merangkap Timbalan Presiden Akademi Persekutuan Karate Malaysia Negeri Sembilan; Mr. Renshi Wrickrama Suriya, Naib Presiden 5 MAKAF; Mr. Shihan Alexander Arlanthu, Exco dan Pengerusi Bakat Persekutuan Karate Malaysia; YBrs. Encik Mohamad Nizam bin Abu Talib, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan; YBrs. Encik Muhammad Fakrurrazzi bin Basrah, Pengurus Sukan Karate Cawangan Bakat MSN dan YDH. ASP Mohd Fuad bin Ali, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Daerah Jasin.Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
9 Julai 2025
13 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Speaker Devwan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Haji Rais Bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YBrs. Encik Yao Lien Ti, Presiden Yeashin International Development Co. Ltd; YBrs. Encik Simon Tan, Pengurus Besar Birkin International Hotel; YBrs. Encik Chiu Chih-wei, Ahli Perundangan Yuan, Taiwan dan YBrs. Encik Chen Mingyi, Ahli Majlis Perbandaran New Taipei.Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka. Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka. Majlis Perasmian Pembukaan Birkin International Hotel, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka
08 Julai 2025
12 Muharram 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman selaku Pengerusi Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) telah hadir ke Program Seminar “Wanita Anggun : Penggayaan pakaian & Berkomunikasi” yang diadakan di Swiss Garden Hotel, Melaka.
Program seminar anjuran Persatuan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Utama Datin Wira Zuriyah binti Abd Aziz, isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada kaum wanita berhubung kepentingan menjaga keterampilan diri, penggayaan pakaian & perhiasan yang sesuai dalam persekitaran yang tertentu, serta cara berkomukasi yang lebih baik bagi meningkatkan keyakinan wanita dalam kehidupan sosial seharian. Ceramah disampaikan oleh pakar perunding imej CUTECARRY, Encik Hafiz Mustapha.
Turut hadir YB. Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka; Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI); Pertubuhan Perkumpulan perempuan (WI); Persatuan Keluarga Polis (PERKEP dan Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS).YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka YABhg. Toh Puan Hadiri Seminar Wanita Anggun Anjuran NCWO Melaka
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
YT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M yang diadakan di Masjid As-Salimin, Kandang, Melaka. Majlis turut dihadiri YB. Dato' Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YDH. SAC Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka; Encik Shaifulfazlee bin Mohammad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka. Majlis dimulakan dengan menyantuni Anak-Anak Yatim dan penyampaian sumbangan oleh TYT Tun Seri Setia serta penyumbang-penyumbang lain. Kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib serta Tausiah bertajuk
6 Julai 2025
10 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M yang diadakan di Masjid As-Salimin, Kandang, Melaka.
Majlis turut dihadiri YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YDH. SAC Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka; Encik Shaifulfazlee bin Mohammad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan menyantuni Anak-Anak Yatim dan penyampaian sumbangan oleh TYT Tun Seri Setia serta penyumbang-penyumbang lain.
Kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib serta Tausiah bertajuk “Menyantun Kasih, Menyulam Sayang, Menjunjung Berkat” yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Muhammad bin Hashim Al Hafiz, Imam Besar Masjid Al-Azim dan diakhiri dengan Solat Isyak.
Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan Inspektor Nurul Izwani Dirai Bersama Kehadiran TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
6 Julai 2025
10 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir meraikan Majlis Perkahwinan anak perempuan Encik Mohamad Hanafi bin Mohd Derus iaitu Inspektor Nurul Izwani binti Mohamad Hanafi yang merupakan pengiring rapat kepada YABhg. Toh Puan & pasangannya Encik Md. Azuan bin Sukeri yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Majlis Perkahwinan Inspektor Nurul Izwani Dirai Bersama Kehadiran TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan 1

Majlis Perkahwinan Inspektor Nurul Izwani Dirai Bersama Kehadiran TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan 1

Majlis Perkahwinan Inspektor Nurul Izwani Dirai Bersama Kehadiran TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan 1

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Meraikan Anak Yatim dan Miskin Sempena 10 Muharam Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka.

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Majlis Meraikan Anak Yatim dan Miskin Sempena 10 Muharam Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka. 1
5 Julai 2025
9 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyerikan Majlis Meraikan Anak Yatim dan Miskin Sempena 10 Muharam Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menunaikan Solat Isyak berjemaah di Surau Al-Muhibbin dan menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Majlis Meraikan Anak Yatim dan Miskin Sempena 10 Muharam Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka. 1 Majlis Meraikan Anak Yatim dan Miskin Sempena 10 Muharam Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka. 1 Majlis Meraikan Anak Yatim dan Miskin Sempena 10 Muharam Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka. 1

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Sidang Kassim

Wednesday, 16 July 2025 by tytmelaka
Menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Sidang Kassim 2
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Sidang Kassim yang sedang menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia diiringi Dr. Ahmad Helmi bin Hamdan, Pengarah Hospital Alor Gajah berkesempatan menyantuni semua pesakit-pesakit di Wad 2A serta menyampaikan sumbangan peribadi dan mendoakan agar semuanya segera sembuh serta dipermudahkan segala urusan.
Menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Sidang Kassim 3 Menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Sidang Kassim 4 Menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Sidang Kassim
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025 “Navigating Global Trade Shifts: Asia’s Response to United State Tariffs under Trump and Beyond…”

Monday, 07 July 2025 by tytmelaka
Perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025
5 Julai 2025
9 Muharram 1447H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025 “Navigating Global Trade Shifts: Asia’s Response to United State Tariffs under Trump and Beyond…” anjuran Center for Economic and Sustainable Development (CESDAsia) bersama Research and Information System for Developing Countries (RIS).
Perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025 "Navigating Global Trade Shifts: Asia's Response to United State Tariffs under Trump and Beyond..." 2 Perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025 "Navigating Global Trade Shifts: Asia's Response to United State Tariffs under Trump and Beyond..." 3 Perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025 "Navigating Global Trade Shifts: Asia's Response to United State Tariffs under Trump and Beyond..." 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka

Monday, 07 July 2025 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka
27 Jun 2025
1 Muharam 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka dan menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta kepada warga emas.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia kemudiannya menjamu selera bersama penduduk kampung Bakar Batu di Kampung Bakar Batu.
Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka 4 Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka 3 Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14

Recent Posts

  • Lawatan ke Brunel University London

    Lawatan ke Brunel University London

    18 November 2025 27 Jamaldilawal 1447H TYT Tun ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP