ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Perasmian Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Karate Para Asia Ke-2

Monday, 24 July 2023 by tytmelaka
Rasmi penutup karate 2

21 Julai 2023
3 Muharram 1445H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Karate Asia Ke-19 dan Kejohanan Karate Para Asia Ke-2 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 4.30 petang diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan YB. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan
Hadir sama YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB. Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden World Karate Federation (WKF), Mejar Jeneral Nasser Al-Razzoqi, Presiden Asian Karate Federation (AKF) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka dan MAKAF sebagai penganjur kerana berjaya melibatkan 32 negara serta seramai 388 atlet.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan perlawanan akhir Acara Kata Wanita antara Jepun dan Hong Kong.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Masjid Kampung Hulu untuk Solat Jumaat

Monday, 24 July 2023 by tytmelaka
Rasmi penutup karate 3

21 Julai 2023
3 Muharram 1445H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin
Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyambut keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Masjid Kampung Hulu, Melaka untuk Solat Jumaat.
Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda, YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB. Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB-YB ADUN serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Khutbah Solat Jumaat telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Seusai Solat Jumaat, Seri Paduka Baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 orang Anak-Anak Yatim.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Friday, 21 July 2023 by tytmelaka
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
20 Julai 2023
2 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyambut keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Hotel Casa Del Rio, Melaka.
Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli merasmikan Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 yang akan berlangsung pada 21 – 23 Julai 2023 di MITC Melaka.
Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda, YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF) serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation (AKF) yang pertama

Friday, 21 July 2023 by tytmelaka
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation (AKF) yang pertama
20 Julai 2023
2 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation (AKF) yang pertama bersama Jawantankuasa baru selepas perlantikan semasa Kongres AKF ke-18 yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Major General Nasser Al-Razooqi, Presiden AKF. Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden World Karate Federation (WKF).
TYT Tun Seri Setia bersama Jawatankuasa Eksekutif AKF berkesempatan melawat tempat perlawanan di MITC, Ayer Keroh serta menyaksikan raptai sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 yang akan berlangsung pada 21 – 23 Julai 2023 di MITC Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
Majlis Makan Malam sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Chmpionship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023
20 Julai 2023
2 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 anjuran Kerajaan Negeri Melaka di Hotel Hatten, Melaka.
Majlis makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan delegasi daripada 30 buah negara yang menyertai kejohanan ini.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya; YB. Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); Mr. Antonio Espinos, Presiden World Karate Federation (WKF), Mejar Jeneral Nasser Al-Razzoqi, Presiden Asian Karate Federation (AKF) dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kongres Asian Karate Federation (AKF) ke-18

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
19 Julai 2023
1 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Kongres Asian Karate Federation (AKF) ke-18 yang berlangsung di Hotel Hatten, Melaka.
Pada kongres kali ini turut berlangsung pengundian untuk pemilihan barisan kepimpinan AKF yang baru bagi 2023-2027.
TYT Tun Seri Setia telah dilantik oleh ahli kongres menjadi Executive Council AKF yang baru manakala Major General Nasser Al-Razooqi, Presiden AKF berjaya mengekalkan kedudukan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023M

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
19 Julai 2023
1 Muharram 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir bagi merasmikan Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023M yang diadakan di Auditorium Masjid Al Azim, Melaka.
YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhammad, Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka menerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq, seterusnya diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka. Tahniah juga kepada 13 penerima lain yang dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh-Tokoh Maal Hijrah 1445H di negeri ini.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YBhg. Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam bersama delegasi Executive Council World Karate Federation (WKF) dan Asian Karate Federation (AKF) serta Malaysia Karate Federation (MAKAF)

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
18 Julai 2023
29 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menganjurkan Majlis Makan Malam bersama delegasi Executive Council World Karate Federation (WKF) dan Asian Karate Federation (AKF) serta Malaysia Karate Federation (MAKAF) di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Delegasi diketuai oleh Mr. Antonio Espinos, Presiden WKF dan Major General Nasser Al-Razooqi, Presiden AKF serta YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden MAKAF.
Ketibaan delegasi disambut dengan persembahan silat daripada Persatuan Seni Silat Seligi Putera. Kedatangan delegasi seramai lebih 60 orang daripada seluruh dunia adalah sempena Kejohanan 19th Asian Senior Karate Championship and 2nd Asian Para-Karate Championship 2023 yang akan berlangsung pada 21 – 23 Julai 2023 di MITC Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
18 Julai 2023
29 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YBhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation

Thursday, 20 July 2023 by tytmelaka
18 Julai 2023
29 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Ahli EXCO World Karate Federation (WKF) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation yang di pengerusikan oleh Mr. Antonio Espinos, Presiden WKF dan Major General Nasser Al-Razooqi, Presiden Asia Karate Federation (AKF) di Hotel Hatten, Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 58
  • 59
  • 60
  • 61
  • 62

Recent Posts

  • Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-270 di Istana Negara, Kuala Lumpur

    Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-270 di Istana Negara, Kuala Lumpur

    8 Oktober 2025 16 Rabiulakhir 1447H TYT Tun Ser...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP