ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

10 Mei 2023
19 Syawal 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Perjumpaan minum petang bersama YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

26 April 2023
5 Syawal 1444H

YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff mengadakan perjumpaan minum petang bersama TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Eastin Hotel, Pulau Pinang.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

26 April 2023
5 Syawal 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor di Sri Mutiara, Pulau Pinang.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

25 April 2023
4 Syawal 1444H

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Istana Perlis, Kuala Lumpur.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

19 April 2023
28 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut diperkenalkan dengan YBrs. Tuan Abdul Aziz bin Baba, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

11 April 2023
20 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) oleh TYT Duta Besar simbolik pembukaan Ambassador Road di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat pulang setelah tamat lawatan ke Negeri Melaka

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

6 April 2023
15 Ramadan 1444H

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat pulang setelah tamat lawatan ke Negeri Melaka.
Mengiringi SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam Melaka ialah TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta isteri dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

6 April 2023
15 Ramadan 1444H

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel Casa Del Rio pada pagi ini sebelum mengakhiri lawatan selama dua hari ke Negeri Melaka.
Majlis turut dihadiri oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Pada majlis berkenaan juga, Seri Paduka Baginda turut berkenan bergambar bersama ahli-ahli MAIM serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

5 April 2023
14 Ramadan 1444H

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman bersama YAB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta isteri menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sempena Majlis Santapan Berbuka Puasa Negeri Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) Negeri Melaka

Thursday, 13 July 2023 by tytmelaka

5 April 2023
14 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) Negeri Melaka yang telah berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Berikut Senarai Barisan Exco Baharu Kerajaan Negeri Melaka ;

1. YAB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Ketua Menteri Melaka merangkap Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET

2. YB. Datuk Rais Yasin
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana

3. YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan

4. YB. Dr. Muhamad Akmal Saleh
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan

5. YB. Fairul Nizam Roslan
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital

6. YB. Datuk Kalsom Nordin
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

7. YB. VP Shanmugam
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan

8. YB. Ngwe Hee Sem
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan

9. YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan

10. YB. Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

11. YB. Datuk Rahmad Mariman
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama

Read more
  • Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21

Recent Posts

  • perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    26 Ogos 2025 2 Rabiulawal 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP